Lazada

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni saya dah masuk opis selepas bercuti panjang dan beraya sakan sampai kepala pun dah naik migrain.. Dah Syawal ke - 6, ramai yang sambung cuti memandangkan Jumaat lepas pon dah diisytihar cuti umum jugak..

Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya buat semua pembaca-pembaca yang sudi singgah dan baca blog ni.. Terima kasih banyak-banyak.. 

Saya pun nak minta maaf jugak  kalau ada sebarang penulisan saya yang menyinggung perasaan orang. Untuk kawan-kawan, sedara mara yang mengenali... Mohon maaf zahir batin atas semua kesalahan samaada tutur kata.. Perbuatan atau tulisan yang tidak enak dibaca dan didengar.. Saya ini hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan.. Semua yang baik itu datang dari Allah.. Yang buruk..tercela itu kelemahan saya sendiri...


Kepada yang sudi datang, jemputlah beraya ke rumah.. InshaAllah tuan rumah ada sokmo kat rumah.. Tapi kalo nak datang, kalau boleh informlah dulu kot2 rumah masa tu tengah bersepah ke... Kih3... Sempatlah mengemas kan...






Ni je antara biskut yang sempat nak buat.. Kalau ikutkan nafsu nak buat 12 jenis tapi ni ikut kemampuan akal dan masa 4 jenis je yang mampu disiapkan.. Huhu..

Chocolate chips cookies, cornflakes madu, bangkit cheese dengan semperit.. Pastu last minute aku buat tart nyonya sebab permintaan dari mak.. Memang tak sampai hati nak menolak dan kata tak boleh buat..






Raya pertama je amik gambo beria.. Hari kedua dan seterusnya nan hado...


Selamat hari raya dari kami sekeluarga.. Maaf zahir dan batin... 
dari Faisel, Miza, Aisyah dan Hannah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...