Cheesecake Trifle
Resepi ni dapat dari member opis.... Sangat berbaloi buat.. Akan stick dengan resepi ni sokmo...
Bahan-bahannya:-
Lapis Pertama
1. Base bawah Sebiji cheesecake /kek span (ikut pilihan masing-masing)-nak sedap sila guna cheesecake. Ada jual kat giant atau carefour tu..
Lapis Kedua
2 tin susu cair
2-3 sudu besar gula (kalo tak suka manis, 2 sudu dah cukup)
4 sudu besar (rata) tepung kastard
1 biji telur
Lapis Ketiga
jeli nona (perisa ikut kegemaran masing2. Saya guna mangga)
buah-buahan koktel dalam tin
buah prune-dipotong kecil (jika suka)
Cara-cara:-
- Kacau tepung kastad, telur dan susu biar sebati.
Masukkan dalam periuk. Tambah gula. Masak atas dapur sampai pekat. (api jangan kuat)
Susun kek yang telah dipotong ke dalam bekas. (Buat ni dulu sebelum masak kastad)
Bila kastad dah agak pekat dan masak, tapis dulu kastad tu sebab dia berketul-ketul. Ratakan di atas kek tadi.
Curahkan jeli yang telah dimasak (ikut arahan pada pembungkusannya) ke atas kastard tadi.
Susun buah-buah koktel dan prun (atau buah ikiu kegemaran anda e.g peach.. ) ke atas jeli tadi. Biarkan sejuk. Simpan dalam peti ais semalaman.
Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment