Lazada

Monday, September 7, 2015

Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum...

Bila dah ada anak kecik ni, aktiviti membaking jadi makin terhad. Tapi bila ada sambutan birthday ahli keluarga, masa ni la time terbaik untuk cuba resepi-resepi baru..

Sabtu lepas ada makan-makan sempena birthday mak. Sekali dengan semua yang lahir bulan september. Ramai la pulak sambut bulan ni.. Meriah betul. Sampai aku rasa nak birthday bulan ni jugak kalo boleh..  Kali ni aku bawak brownies, chocolate cheesecake dengan puding sumi. Aku suka betul birthday kali ni sebab banyakkkkk makanan hihi.. Masing-masing bawak sikit-sikit sorang. Adik aku, Mastura buat nasi minyak, ayam masak merah dengan gulai rusa. Kak teh, kakak ipar, bawak tiramisu & lasagna. Kak cik, kakak ipar aku bawak roti jala + kari ayam, cream puff dengan birthday cake. Kak siah bawak sagu gula melaka. Memang sesi ternak lemak la pendek kata. Cover balik time aku pantang aritu ha3..


Ok, kali ni aku nak share resepi chocolate cheesecake yang sedap ni..

Chocolate cheesecake
Dapurmiza


Bahan2 untuk crust
1 1/2 paket biskut oreo- buang krim. Dan hancurkan
70gm butter- dicairkan
Gaulkan keduanya. Masukkan kedalam loyang yg dah disapu butter. Padatkan. Simpan dalam peti ais sementara kita siapkan fillingnya.


Filling
250gm cream cheese- aku guna philadelphia
1 kotak kecil krim Anchor
3 biji telur
1/2 cwn gula kastor
15gm serbuk koko
5 sudu makan coklat masakan yang telah dicairkan.


Cara:-

1. Panaskan oven suhu 180 celcius.
2. Dalam mangkuk, putar cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila, coklat cair, krim dan serbuk koko.
4. Gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang tadi. Alas bawah loyang dengan aluminium foil. (Aku wat lima lapis sbb kita nak bakar kaedah bain marie. Tak nak bagi crust dia lembik dimasuki air)
5. Letakkan acuan ke atas dulang yg besar sikit. Letakkan air panas atas loyang tu. Bakar selama 40-50 minit smpai msk. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari acuan.




Disebabkan ramai sangat empunya birthday sampai tak muat nk tulis nama sorang-sorang atas kek, aku tulis atas kertas je. Pastu lekat kat lidi.Buruk beno hiasan.. Nasib baik untuk makan-makan family jer.. Hihi... Kalau banyak masa, bolehla print, buat pasal sikit... Ni seme last minute punya idea..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...