Mengidam sangat nak makan roti ni walaupun tak pregnant...
Resepi ni aku jumpa kat blog hanneyabaas.. Kalo nak cuba bolehla klik kat situ.. Tapi untuk roti aku guna resepi roti kentang aku macam kat sini..
Untuk filling lak aku wat separuh je dari yang hanney wat..
Bahan-bahannya (ROTI)
(Dari dapur Miza)
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml air suam
1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
Filling
40 g butter
55 g gula perang
4 g serbuk kayu manis
Cream Cheese Topping (Boleh jugak adjust kepekatan ikut suka tekak)
112g cream cheese
65g margerine
80g gula icing (aku guna susu pekat manis)
5 sudu besar susu segar (aku guna air suam)
sedikit perahan lemon (aku guna 1sb sunquick-lemon takdok)
Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)
4. Biarkan naik dua kali ganda, Bakar pada suhu 170 darjah selama 25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat mencuba.
Potong-potong, susun dalam loyang yang dah disapu butter.
Ni topping cheese
Lembut sangat rotinya..
No comments:
Post a Comment