Assalamualaikum wbt...
Tempahan dari akak kat pejabat.. Order dari Kak Limah untuk adik iparnya... Ada miss communication sikit... Sebenarnya saya dah terlupa order dari dia... Saya ingatkan dia nak order untuk hari lain, rupanya dia nak awal sikit.. Disebabkan rasa bersalah yang amat, kek ini telah dibuat dengan setulus hatiku... Mesti rasa dia sedap giloss.... Muahahahh...
Kalau nak cuba, bolehla try resepi ni...
Kek sponge:
Bahan-bahan:-
125gm tepung naik sendiri
125gm gula kastor
15gm ovellate
5 biji telur
70gm minyak jagung/masak
40gm susu cair/air
1/2 st pewarna hijau
1/2 st esen pandan/vanila
Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Putar gula bersama ovellate. Masukkan sebiji telur dahulu supaya senang nak putar.
3. Selepas agak kembang, putarkan baki 4 biji telur sehingga kembang dan gula hancur.
4. Bila dah kembang, masukkan pewarna, esen pandan dan susu/air.
5. Masukkan tepung. Putar hingga kembang.
6. Masukkan minyak. Gaul kaup balik.
7. Masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak terlebih dahulu. (Jangan gris loyang dengan minyak/butter kerana akan halang kek naik dan kek akan jadi keras dan bentat)
8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak. Bila cucuk sweker keluar bersih.
9. Cepat-cepat keluarkan dari oven dan terlangkupkan atas redai. Bila dah agak sejuk, dalam 10 minit, keluarkan dari loyang.
KASTAD PANDAN
Ni resepi saya amik dari blog Naz
Bahan-bahan:
1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau
(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer
CARA MELAPIS KEK KASTAD:-
1. Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik.
Kalau tak nak lapik pun boleh juga. (Saya tak lapik)
2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3. Kemudian
tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek,
sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag.
4. Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
5. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad
6. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu.
7. Biar kastad sejuk dan keras.
8. Bila
dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak
kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan
loyang dari kek kastad.
9. Hias
ikut suka. Taburkan kelapa parut kering
10.Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk
No comments:
Post a Comment