Assalamualaikum....
Ni siaran ulangan bulan lepas punya cerita sempena birthday mak dengan adik beradik yang lain... Aku bawalah kuih-kuih sikit memandangkan aku nak bawak makanan yang heavy-heavy tak reti. Aku siapkan sandwich, brownies, agar-agar pandan santan, dengan lapis cheese chocolate...
Untuk resepi brownies, aku guna resepi ni.. Yang dah diejas supaya tak terlalu manis...
Brownies mieja
Bahan A
100gm butter
170gm chocolate masakan
- Dua-dua bahan ni dicairkan. Aku guna microwave
Bahan B
100gm tepung
30gm serbuk koko
1/4 st baking powder
- Ketiga-tiga bahan ni di ayak
Bahan C
2 biji telur
50gm gula perang/gula castor (Resepi asal guna 180gm gula)(aku guna gula pasir yg blend je)
2 sudu makan air
sedikit esen vanila
- 4 bahan ni dikacau sampai gula larut
Cara:-
1. Panaskan oven suhu 160C.
2. Alas loyang 8" atau 10" dengan kertas minyak.
3. Masukkan bahan A ke dalam Bahan C. Gaul sebati. Tambahkan bahan B.
4. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 20 minit.
5. Dah suam baru potong.
6. Boleh topping dengan nutella sebab dia kurang manis.
Untuk resepi agar-agar santan boleh tengok kat sini.