Lazada

Wednesday, November 7, 2012

Kek Karamel Coklat Moist

Dapat dari blog yang selalu jugak jenguk, blog ana suzana.. Resepinya di sini..



BAHAN KARAMEL:
STEP 1:2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang

STEP 2:letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..

Make sure karamel td memenuhi ruang loyang tu tau.. pandai2 korang le senget2kan loyang tu time masak kasi karamel tu tak selonggok kat tgh2 aje.. dah siap ketepikan..

STEP 3:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ~ aku guna 3/4 cwn aje.. takmo manis sgt..1 sudu teh esen vanila3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

STEP 4:kacau perlahan bhn2 kat atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td

STEP 5:bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min ~ aku guna kaedah kukus.. lg senang.. kukus sampai masak le.. dlm stgh jam kot..

****sementara tu,siapkan BHN KEK CHOCOLATE MOIST
BHN A :1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:4 biji telur - pukul dgn whisk atau blend (aku blend sekejap)

CARA :~ satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk

~ tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi

~ bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hgga masak...bergantung kpd oven masing2... ( aku kukus sampai kek tu betul2 masak.. dlm 1 jam stgh kot..)

~ dah masak,biar kek sejuk atau hgga kek meregang baru di terbalikkan kek.. simpan kek dlm peti ais bg menambahkan kelazatan ketika makan.. ewahhh.. hehehe..

Nasi Beriani

Resepi dapat dari myresepi


 

Bahan-bahan

  • BAHAN ASAS :
  • Beras Basmathi (sukatan 4 pot)
  • Rempah briyani
  • Susu cair dan minyak sapi
  • Perwarna kuning
  • Rempah tumis 2 paket kecil (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih)
  • BAHAN UTK KISAR :
  • Halia (besar ibu jari)
  • Bawang putih (9 biji)
  • Bawang merah (7biji)
  • BAHAN HIASAN :
  • Daun bawang dan daun sup yang di potong dan bawang goreng

Cara-cara

  1. 1.Panaskan minyak sapi lbh kurang 1 senduk supaya mnjadi minyak dan tumis rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll)
  2. 2.Masukkan bahan2 yang di kisar tadi, tumis hingga naik bau dan masukkan rempah briyani ADABI dan letak susu cair lbh kurang 1/2 tin
  3. 3.Basuh beras dan letak sukatan air yg sama banyak dengan beras.. kemudian masukkan bahan yang telah di tumis tadi ke dalam periuk nasi yg berisi beras yang sudah di basuh tadi..
  4. Bila nasi da masak.. tunggu skejap.. jangan trus letak perwarna.. takut nanti warna tu kembang meresap ke smua nasi.. bila da rasa perlu, baru letak perwarna dan hias dengan bahan hiasan.. :)

Wednesday, September 12, 2012

Sandwich Telur Simple

Resepi yang tercipta secara tak sengaja semasa nak gi piknik ngan family...





Bahan-bahannya:-

1 bungkus roti (saiz besar)
4 biji telur - direbus dan dilecek
3 sudu besar mayonis -saya guna kimball
2 biji bawang merah-dicincang halus
1 biji lada besar - dibuang biji dan dicincang halus
sedikit daun sup/bawang - jika suka 
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa


Cara-cara membuatnya:-



1. Telur rebus dilecek.
 
 

Lada besar dan bawang merah dicincang halus.


Tambahkan serbuk lada sulah.

Tambahkan mayonis.

Gaul rata.



Siap untuk dihidangkan.. Yummy2..


Wednesday, August 8, 2012

Biskut almond london

Assalamualaikum... 

Sempena cuti panjang baru-baru ni, (cuti Nuzul Quran), sempat buat biskut ni... Resepi dapat kat myresepi, tak gunakan emplex.. Bagi sape-sape yang rasa was-was untuk guna emplex ni, boleh gantikan dengan tepung beras untuk tambahkan kerangupannya... Selamat mencuba..



Resepi: Sumbangan: Nizamadey

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat (compound coklat lebih baik dr cooking coklat)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. (Saya guna pipe untuk sadur coklat...x comot sgt!!) Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.




Tuesday, July 31, 2012

Font Untuk Fondant

Assalamualaikum...

Masih mencari-cari semangat dan mood untuk membaking.... Kita kasi warm up dulu... Hehehe..
Rasa lepas raya ni macam nak buat majlis sket untuk sambut birthday anaknda yang kebetulan jatuh pada hari pertama puasa baru-baru ni. Semoga mama diberi kerajinan untuk buat sendiri kek Aisyah... Untuk itu, jom kita usha-usha peralatan yang mungkin diperlukan....


Mesti ade buku untuk rujuk kan..kan.. Sape-sape yang suka baking pasti kenal dia ni..



acuan untuk tulis font kalau guna fondant







Comelsss kek ada butterfly

Ade lagi jenis tulisan lain                  






Kalau berminat nak beli ke atau nak tengok sila ke website ini. cuppieslina, macam-macam dia jual.. Pilih saja mana yang berkenan..

Monday, July 30, 2012

Apam Belang

Sumber: Kak Ita


APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Ucu Faridah

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)


Gambar dari blog Kak Azlita


Entry Merapu

Assalamualaikum wbt...

Salam Ramadhan semua. Hari ni dah 10 hari kita berpuasa, tapi setakat ni aku tak penah masak lagi juadah untuk berbuka dan bersahur.. Lauk semua pakat beli je... Tahun ni banyak sangat aktiviti yang dibuat sebelum puasa yang buatkan aku rasa penat sangat sampai mengganggu emosi untuk masak, cewaahh.. Harap-harap suami baca..;p

Lama tak masak maknanya tak dapatla nak update resepi-resepi kat sini.. Takpe mungkin lepas raya semangat masak tu akan kembali.. Kalau ade orang yang nak datang beraya kat umah, barula rasa semangat sikit nak masak... kalo setakat kami bertiga tu, Memang..  Memangla baik makan kat kedai je.. Kepada kawan-kawan/ saudara maraku yang nak datang raye tu bolehla fikir menu ape nak direquest. Kalau yang mane aku boleh buat tu, bolehla.. Kalau request yang pelik-pelik, jangan tak telan pulak kalau rasanya pon aneh..

Entahla sekarang ni dah tak ade semangat nak masak dan masukkan dalam blog ni... Kita masak penat-penat dan siap share resepi lagi kat semua orang.. Tapi tak semua orang sependapat dengan kita. Ada jugak yang jenis kedekut taik hidung masin bab-bab share resepi ni.. Itu yang ambe dok pahang tu... Bila time dia minta resepi ngan kita, laju je kita bagi.. Resepi tu siap dia boleh guna untuk jual lagi... Tapi bila taim kita minta resepi dia, mak aihh... Macam minta duit pat juta je... Kalau resepi turun temurun dari moyang nenek macam kuih-muih versi nak pupus lagi aneh, tu aku pahamla... Tak kesahla tak nak share pon... Ini setakat puding karamel, atau benda-benda yang kalau kita google sendiri pon boleh dapat beratus ribu result... Sungguh aku tak paham dengan manusia macam ni... Dahla, kalau ko nak wat kedekut, tu kau punye pasal la cik kak...



Image google dari blog yuitsumuni


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...