Lazada

Tuesday, March 10, 2015

Kek fondant pororo

Assalamualaikum..

Tajuk tak berkait pon dengan isi cerita sebenornya hihi.. Arini si Aisyah ajak mama main plastesin. Disuruhnya buat patung pororo and friends. Aduhai ingat mak awak ni kreatif ke? Tangan dahlah tak berseni. Tapi bila asyik didesak tu, mama mengalah juga akhirnya.. Google je gambo hewan tu dengan kawan-kawannya.. Berlambak keluar.. Pehtu tengok tak cukup syarat pulak tu plastesin yang ada. Warna putih dengan oren takde. Boleh je wat kaler oren sket,  kuning campur merah. Tapi warna putih takde, tak best.. Pikir-pikir, lantak le labu. Janji ada rupa sikit-sikit udah.. Bukan susah sangat nak gembirakan hati budak kecik ni..

Hasil pororo dan kawan-kawan yang mama buat.. Sorry ye terpaksa awak tukar uniform pulak kali ni. Agak-agak  kalo amik tempahan kek fondant, dengan figurine buruk camni, pengsan tak customer??.. :p

Saturday, March 7, 2015

Cheewy Geowy Brownies

Assalamualaikum..

Nak share resepi brownies yang saya buat semalam.. Sebut pasal brownies ni, saya paling teruja kalo tengok brownies Kak Yani, The Kitchen Guardian. Kalau tengok ig dia, mashaAllah memeng meleleh air liur. Dengan permukaan dia yang crispy dan berkedut-kedut, tapi padat dan lembap kat sebelah dalam.. Memang tak tido malam... Ada beberapa resepi yang saya google dan cuba compare. Ada yang pakai coklat masakan, ada yang tak. Ada yang guna baking powder. Ada jugak resepi yang tak perlukannya. Jadi, kalo nak tau resepi tu kena ke tak dengan selera kita, terpaksalah banyak eksperimen sendiri. Saya tak suka kalo brownies yang jenis cakey. Brownies ikut spek saya mestilah jenis yang padat-padat kenyal gitu. Macam kuih talam. Sebelum ni pernah guna premix, tapi dia jadi macam kek coklat. Memang tak pakai dahlah premix tu sampai sudah.

Resepi yang saya nak share arini dari blog kak fida. Tapi.. Saya ada modified sikit sebab lepas study resepi dari blog2 lain. Dan sukatan cawan saya dah tukar siap-siap kepada gram. Sebab cawan dan sudu menyukat saya dah hilang. Maklum le dah lama tak baking ni.  Ok kat bawah ni resepinya..

RESEPI DOUBLE DARK CHOCOLATE BROWNIES
Bahan-bahan:
117g Mentega  - dipotong kiub pd suhu bilik
1 cwn. @ 125gm Tepung serbaguna 
1/2 sdt baking powder*
1/2 sdt garam*
1/4 @ 31gm cawan serbuk koko
225g coklat masakan (miza guna 200gm, 1 pek kecil beryl's
1 1/4 @ 310gm cawan gula kastor (miza guna 250gm shj. Tapi ni pon masih manis)
3 bj Telur gred A

Kaedah:
Panaskan ketuhar pada suhu 180'c (miza guna suhu 170 celcius) dan alaskan loyang 20x20 cm (miza guna loyang 9") dgn kertas minyak dan lengser sedikit dgn mentega.
Ayak bhn bertanda * dan ketepikan.
Cairkan coklat bersama mentega menggunakan kaedah double boil.
Masukkan gula dan putar diikuti telur dan campuran tepung.
Pukul sekadar sebati shj dan jgn terlebih putar.
Tuang dlm loyang dan bakar selama 60-50 (miza bakar 30 minit sahaja) minit bergantung ps ketuhar. Brownies msk apabila lidi penguji kek yg dicucukkan keluar bersih.
Sejukkan brownie sebelum dipotong.

**penting: miza bakar 30minit shj. Sebaik oven bunyi, terus keluarkan. Dan biarkan brownies betul2 sejuk. Kalo bakar lama, brownies kita akan kering dan tak goewy..

Thursday, March 5, 2015

Ketam pernah gigit awak tak??

Assalamualaikum wbt..

Hi, perkenalkan... Nama saya Aisyah.. Bukan Aaisyah Dhia Rana ank Cik Ta tu. Ni Aisyah yang takut kena gigit dengan ketam.

Nama je dok umah tepi pantai.. Bila ajak gi pantai memang suka sangat... Tapi takut kena gigit dengan ketam ya Rabbi...

Terpaksalah abahnya dukung sampai melepasi kawasan ketam yang banyak-banyak tu. Sampai kat gigi air je hilang takut dia. Ajak balik pon tak dengar dah..

Tuesday, February 24, 2015

Resepi Lompat Tikam

Assalamualaikum...

Tekak ni tiba-tiba rasa nak makan kuih lompat tikam. Al kisah time lunch tu kuar beli goreng pisang... Ternampak kuih ni atas meja... Tapi masa tu tak rasa nak makan lagi... Bila petang time nak balik tu, tiba-tiba teringat pulak... Ah sudahhh.. Nak tak nak kenalah buatkan jugak...

Resepi saya google aje.. Dari blog Kak Nor, Azlita Masam Manis.. Sampailah ke Dapur Mas.. Melekat kat situ.. Tengok Mas note kat situ, dia tak isi air kapur tu, rata-rata blogger lain semua letak.. Pastu saya terbaca kat satu blog chinese blogger ni, lupa nama dia.. Dia kata 'just put a very tiny drop op alkaline water' supaya dia tak pahit... Alamak macam suspen pulak.. Last-last saya decide isi jugak air kapur tu ,tapi sikit dan bancuh cair-cair.

Puas hati betul dapat makan kuih yang dibuat sendiri. Rasa macam sedap sangat pulak keh keh keh...Tapi siyes lembut je... Berasa lemak masin santan secukup rasa. Aroma wangi daun pandan. Manis gula melaka tu...Ohh yummy...

Kalau nak cuba buat boleh la tengok resepi ni ye...







Kuih Lompat Tikam
Resepi :  Kak Fida Myresepi 
Sumber: Dapur Mas
Bahan : Menghasilkan 10 -12 mangkuk kecil (Miza dapat 6 bekas cheesecake leleh macam dalam gambar ni)





  Lapisan bawah :
 62 g tepung beras @ 8 sudu besar
 660 ml air @ 2 1/2 cwn + 2 sudu besar  
62 ml air pandan @ 3 sudu besar  + 1/2 sudu kecil pewarna hijau 
1/2 sudu kecil garam 
1 sudu kecil air kapur - Mas x letak (Miza letak sikit sangat dalam 1/2 sudu teh dan bancuh cair-cair)


 Lapisan atas : 
25 g tepung beras @ 3 sudu besar  
600 g santan pekat @ 2 cawan + 5 sudu besar  
1/2 sudu kecil garam 


Cara : 

1. Campurkan bahan2 lapisan bawah di dalam periuk, Kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat, sampai nampak adunan meletup letup besar. Matikan api. Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil yang bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk. Ketepikan. 

2.  Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.  

3. Tuang secukup air gula ke atas kuih dan boleh di hidangkan. Jika suka makan sejuk,simpan kuih yang telah diisi air gula di dalam peti sejuk

Air gula : 
250 g gula melaka @1 cawan - yang telah dihiris halus
500 ml air @ 2 cawan  
1 helai daun pandan - di simpul 

Cara : Gula melaka, daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut. Tapis dan sejukkan.


Thursday, February 12, 2015

Nafsu perempuan

Assalamualaikum...

Amboi tajuk tak boley belah betui arini.. Tapi betul la kan.. Orang pempuan ni ada 1 akal, sembilan nafsu.. Macam-macam keinginan dia.. Dah dapat yang itu, tak puas hati, nak yang lain pulak.... 

Ni bukan nak tuju kat orang lainlah, memang khas untuk diri sendiri... Cadangnya, hujung bulan ni, nak buat makan-makan sikit kat opis en hubby. Aku punya senarai cadangan menu bukan main banyak lagi kononnya nak buat sendiri semua... Memang angan-angan mat jenin ni... Tapi takpe... Cuba buat setakat mana yang terdaya.. Insha Allah niat nak sedekah makan kat orang, akan Allah permudahkan nanti....


A. Menu On the day, 27.02.2015 (Friday)
1 Red velvet cake
2 Bluberry cheesecake
3 Cheesecake leleh
4 Biskut coklat chip
5 Biskut Cornflakes cranberry
6 Puding sumi
7 Agar-agar santan
8 Talam berlauk
9 Congo bars
10 Trifle
11 sandwich
12 jeruk mangga asam boi


B. Menu Yg Nak DiTempah
1 Nasi dagang
2 Laksa putih / pahang
3 Meehun goreng
4 Laksa penang

Air- 2 jenis


 
Congo bars ni macam sedap je.. Gambar dari blog selera sakura







Agar-agar santan ni boleh buat sebab simple je.. Gambar dari blog sendiri







Gambar dari blog sendiri jugak. Blueberry cheesecake..





Chocolate chips cookies ala famous amos... Gambar dari blog sendiri jugak. Ingatkan nak buat sebagai gift. Ni kalo banyak masa boleh buat banyak..Kalau tak... Skip jela.. 




Royal fruit flan cake - Gambar dari blog green apple... Teringin nak buat sebab nampak cantik.. 






Cheesecake leleh - Gambo dari blog sendiri.. Taknak buat dalam bekas kecik-kecik camni.. Ingat nak buat seketul tu, pandai-pandaila dorang potong nanti... Senang kije... 






Puding tapai berkuah- Tapainya dah beli semalam... Nak makan macam cuak pulak... Tapi bila tengok gambar ni teringin nak makan.... Gambar dari belog jagatsahaya





Gambo dari blog buku resepi.









Yang ni terasa nak buat sebab tengok semua kuih jenis manis-manis.. Biasa orang lelaki tak suka sangat kuih manis ni.. So tambahlah satu menu savouri.. Talam roti berlauk ni... Gambar dari blog mat gebu...



p/s: Tiba-tiba rasa macam, entah apa-apa je entry kali ni..


Thursday, January 29, 2015

Puding Sumi


Mood nak buat puding ni tiba-tiba je datang. Semangat sikit nak buat sebab masa pergi bakery baru ni jumpa acuan biru ni. Terus grab satu. Kebetulan pulak bulan Januari ni, dalam family ada 5 orang yang sambut hari lahir. 



Tak sempat nak ambik gambar yang elok sikit... Dah siap terus nak bawa ke rumah mak... Masa letak dalam peti ais tu kedudukan loyang tu senget sikit. Dah tak cantik kedudukan sumi tu...




Bila cari resepi semuanya guna agar-agar yang bertali. Aih malasnya nak masak kalo guna hak bertali ni.. Biasa guna jenis serbuk je.. Senang kerja... Saya follow je resepi yang tertera kat belakang pack agar-agar nona tu cuma tambah apa-apa yang patut.


Bahan-bahan:-
1 bungkus serbuk agar-agar Nona (yang tak berwarna-pack kuning)
200gm gula kastor
4 sudu besar tepung kastard***
1 tin susu cair***
1 bungkus jelly sumi
sedikit esen vanila
pewarna jika suka
-2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul.
1 liter air







Cara:-





1. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk dahulu.

2. Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.

3. Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.

4. Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.

5. Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.

6. Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.

Sunday, January 11, 2015

Random Entry

Assalamualaikum...

Boleh bukak lagi blog ni rupanya, hihi... Ingat dah kena block.. Almaklumlah, bila dah lama tak buka ni, password pun dah lupa... Tambah-tambah lagi takde idea la nak cerita pasal apa.. Nak bagi resepi pon dah lama tak cuba try masak benda baru... Setakat masak yang biasa-biasa aje...

Tapi sempena tahun baru ni, nak rajin-rajinkan diri sikit. Share gambar pon boleh jugak kan.. Mewarnai lagi blog kusamku inih. Bak kata omputih, 'A picture speaks a thousand words'.. Alahai nak speaking meaking pulak pempuan ni pagi-pagi ni.. Arini saya standby banjir je kat pejabat, kebosanan sedang melanda...



Mee kari kat Restoran Natam Semambu... Biasa pagi-pagi makan roti canai/ lontong / nasi minyak.. Tapi semalam nak try makan yang lain pulak.. Suh cik abg order mee kari ni.... Perghh sedapp..!!






Ni masak satay goreng. Masalah bila beli ayam seekor ni, part yang sedap dimasak part yang bertulang dan berkulit macam bahagian peha, kepak dengan tulang. Bahagian isi kalau nak goreng kunyit takde yang nak makan sebab sama ada kering sangat atau sebab isi dia tu bertali-tali. Jadi penyelesaiannya, terpaksalah dibuat satay, dan dimakan dengan nasi putih. Bahan dia pun simple sangat..

Satay goreng:-
500gm Isi ayam-dipotong kecil-kecil 
Kunyit hidup8** /serbuk kunyit secukup rasa
Garam secukup rasa
5-7 biji bawang merah ***
1 inci halia***
1 inci lengkuas***
4 tangkai serai***
1/2 cawan gula pasir


Bahan-bahan bertanda*** dihiris dan dikisar halus.


Cara-cara:-
1. Perap ayam dengan semua bahan di atas. Biarkan sekurang-kurangnya sejam atau semalaman dalam peti sejuk.
2. Bila dah siap diperap, panaskan 1/2 cawan minyak masak dalam kuali.
3. Goreng daging ayam sehingga masak. Boleh dihidang dengan nasi putih panas/ nasi himpit.

***Kalau suka, boleh juga masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar sikit. 



Main masak-masak kat pejabat. Tiap kali turn kami standby banjir kalau kena hari Sabtu/Ahad, macam nilah.. Sebab kantin tutup.. Pakat-pakatlah masak sendiri kat pantry.. Ni time cuti tahun baru, Kak limah nak masak nasi lemak... Saya tolong sikit-sikit. Jasa yang paling besar saya sumbangkan ialah TOLONG MAKAN. Hihi..




Ni lauk makan tengahari masa standby banjir.. Kami masak, masak lemak telur itik, goreng ikan masin, ulam timun dan tomato, tembikai sikit, dengan ayam goreng... 





Masak trifle untuk potluck kat pejabat.  Dapatlah 2 bekas ni.. Satu dapat bagi hubby bawak bekal ke opis dia... Resepi kat sini










Puding raja...Nyummm nyummm...





Macaron. Order dengan Dolce La Mour.. Susahnya lahai nak makan macaron yang sedap kat Kuantan ni..




Air bukan sebarang air kosong. Minum air ni tiap-tiap hari mau kena diabetes. Agaknya untuk segelas air ni dia isi sekilo gula kot...





Rindu gilesss nak buat blueberry cheesecake... Dapat buat jugak akhirnya sempena meraikan kejayaan anak sedara dalam STAM. Makan-makan dengan family.



 Gerai roti dan pizza kat pasar tani Pekan..  Piza tu sedap gilesss... Roti dengan donut dia pon lembut..Gebu sangat...







Cita-cita sempena tahun baru... Dah lama berangan nak bukak gerai macam ni.. Kena mintak tolong adik nampaknya... Nak bukak kat tapak kat pasar malam ke, pasar tani ke... Jual aneka roti, piza, kek, donut... Eiii bestnya... Ya Allah permudahkan impianku ini supaya jadi kenyataan... Aminn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...