Lazada

Wednesday, December 21, 2016

Realiti Hidup

Assalamualaikum wbt...


Meneruskan usaha membersihkan memori handphone.. Update la sekeping dua gambar kat tempat kerja.. kalau umur panjang, nanti dah tua @ pencen, boleh tengok balik muka zaman-zaman muda... Mih3...









Kak huda, orang kuat projek jeti istana...









Tumpang bergambar kat site orang..





Akak-akakku, walau tekanan kerja macamana sekalipun, jangan terjun sungai yer... Ada boye dalam tu... (Walau panas terik tu, nak bergambo, rela silau mata...)




Melihat kawasan hakisan tebing sungai... 








Masak nasi arab kat pejabat.











Goreng ayam berempah..




Tuesday, December 20, 2016

Family Day Ofis

Assalamualaikum wbt...

Hari ni sementara nak tunggu waktu balik, nak clear memory phone... Ni masa family day ofis kat Tg Leman, Mersing 4-5.12.2016 baru ni...




Potong kain untuk bahagikan ikut rumah sukan...
























Tak leh nak bersukan pon.. Hannah meragam... Dok tepi pantai amik gambo jela...


Monday, October 10, 2016

Septemberians' Birthdays


Assalamualaikum....

Ni siaran ulangan bulan lepas punya cerita sempena birthday mak dengan adik beradik yang lain... Aku bawalah kuih-kuih sikit memandangkan aku nak bawak makanan yang heavy-heavy tak reti. Aku siapkan sandwich, brownies, agar-agar pandan santan, dengan lapis cheese chocolate...

Untuk resepi brownies, aku guna resepi ni.. Yang dah diejas supaya tak terlalu manis...

Brownies mieja
Bahan A
100gm butter
170gm chocolate masakan
- Dua-dua bahan ni dicairkan. Aku guna microwave

Bahan B
100gm tepung
30gm serbuk koko
1/4 st baking powder
- Ketiga-tiga bahan ni di ayak

Bahan C
2 biji telur
50gm gula perang/gula castor (Resepi asal guna 180gm gula)(aku guna gula pasir yg blend je)
2 sudu makan air
sedikit esen vanila
- 4 bahan ni dikacau sampai gula larut

Cara:-
1. Panaskan oven suhu 160C.
2. Alas loyang 8" atau 10" dengan kertas minyak.
3. Masukkan bahan A ke dalam Bahan C. Gaul sebati. Tambahkan bahan B. 
4. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 20 minit.
5. Dah suam baru potong.
6. Boleh topping dengan nutella sebab dia kurang manis. 





Untuk resepi agar-agar santan boleh tengok kat sini.




Breakfast at Tiffany's - Resepi nasi lemak & kuih kayu keramat


Assalamualaikum semua...




Ehem-ehem.. Tengok tajuk tak mudahlah rakyat marhaen ni.. Jangan kenncamm ako!! Punyalah takde idea nak masak apa kalau time hujung minggu kat rumah. Tak abis-abis dengan nasi lemak.. Kali ni rajin sikit sebab aku buat dengan kuih sekali..





Nasi lemak aku yang tak berapa lengkap. Sebab tak ada kacang (aku tak suka), tak ada timun.. Aku baham aje mana yang ada.. Nasi lemak aku ni senang giler cara membuatnya...



Resepi nasi lemak

Beras - aku guna 2 pot kecik tu
Daun pandan - 2 helai (dicarik dan disimpul)
Halia - Dihiris
1 sudu makan minyak masak
1 sudu serbuk santan kara
sedikit garam


Cara:-

1. Cara masak macam masak nasi biasa, cuma tambah halia, minyak masak,  serbuk kelapa dan garam sikit. Letak atas periuk nasi. Masak macam biasa. Dah masak, karas-karas sikit.. Tutup semula periuk smpai nasi lembut.



Sambalnya pon senang yang amat kalo aku punya style. Tumis bawang, lada blend sampai naik minyak dan wangi, tambah garam gula, asam jawa secukup rasa. Siap... Boleh hidangkan dengan ikan bilis goreng dan telur rebus.




Ni pulak resepi kayu keramat atau cakoi. Aku jumpa kat fesbuk... Buat sikit je, separuh dari resepi kat bawah sebab tak ramai kat rumah ni.. Balik-balik muka aku jugak tukang perabih... Macam manalah tak kurus...

Resepi Kuih Kayu keramat@ Cakoi:-


Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering
3 sudu besar marjerin/butter
3 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
1 biji telur
1/4 cawan air (untuk menguli)

Cara-cara:-

1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan membentuk doh.
2. Uli adunan hingga licin dan rehatkan selama 1/2jam.
3. Canai dan potong ikut saiz yang disukai.
4. Goreng dengan api sederhana besar. Angkat dan toskan. Boleh makan dengan sambal bilis nasi lemak tu.
Kalo nak fefeeling breakfast at Tiffany's tu cicahlah dalam nutella.




Wednesday, September 21, 2016

Scarlet Heart - Ryeo

Assalamualaikum....

Sekarang ni ada satu drama Korea baru kat Channel One, 393, tajuknya 'Scarlet Heart - Ryo'. Best wooo... Aku mula-mula tengok dari ep 07. Pastu start dari ep 08 dah mula jatuh cinta (kah3x) dekat hero utama dia, (Lee Joon Gi- Olo2 omey ngattt!!!)... Harap-harap laki aku tak baca blog ni.. (Tapi kalau dia baca harap2 dia faham ler time kul 9.05mlm - 10.20mlm tu time bini dia berangan tengok cerita dongeng, tengok putera raja hensem sambil melupakan masalah di alam nyata, tapi biasanya mmg dia selalu bagi aku pon remote tv)


Ni 1st time aku tengok drama sampai tahap obses dengan pelakon dia.. Dah lama tak macam ni.. Last buat peel macam ni masa Form 2 kot.. Dulu-dulu minat giler dengan Wong Hei... Skang ni Wong Hei dah tak relevan, huhu... Dia dh jadi atok2..


Korang carilah sendiri sinopsis cerita dia.. Aku cuma nak cuci mata tengok hero dia je.. (Berasa macam budak tingkatan 2 kembali, yahuuuuuuuuuuuu!!!!)






Barisan pelakon utama dia. Adik angkat aku yg tengah-tengah tu.. (Muahahahah)





Oloh-oloh, omey ngat









Versi moden








Omey ngat.. Muka licin benau jerawat sebutir pon tadokkk...



Thursday, August 4, 2016

Labuuuuu!!! Where are you???!!



Assalamualaikum wbt...

Hai... Lamanya tak ke sini untuk menatap skrin yang ada banyak gambar collage makanan ni... Rindu pulak rasanya... Sejak dua menjak ni mood nak berbelog udah ke laut.. Bukan setakat laut pantai Pelindung, ni dah jauh meraban ke lautan Hindi.. Merentasi lautan Pasifik langsung!!

Tengah-tengah serabut ni.. kalau nak release stress kena banyak tengok pemandangan yang indah.. Supaya hati tenang, fikiran pun waras... 




Okey, nak cuci mata kejap...

...

...

...

...

...

...

... 

...

...

...

...

...

...

... 

...

...

...

...

...

...

... 





Armchair... HUuuuu bestnya kalo dapat letak kat rumah ni....




Perghh.. sambil lepak-lepak hujung minggu.. Sambil bermimpi di siang hari...





 Design ni pon suka jugak... Tapi nak kaler lain... Ni terlalu ceria sangat dia ni...




Yang ikea ni paling murah.. RM299 satu...






Comelnyer yang ni.. Design modern... Mesti jadi taman permainan Hannah kalo beli... (T________T)





Yang ni ikea jugak... RM 299




Yang ni pon aku suka jugak.. Modern klasik. Macam lelaki tua ganyut kawen dengan anak dara sunti... Macam si *** dengan si ***. Hahaha.. Nama takleh sebut nanti kena saman... 




Tengah survey-survey armchair yang comey lotey tapi murah... Kat manalah nak dapat ye kalo kat Kuantan armchair hak bawah RM400 sebijik ..??? Setakat yang aku dah survey ni rasanya, yang dekat ikea je yang harganya mampu milik  .. Hak kat tempat lain mampu tengok dengan tangisan aje ler...



Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H..

Assalamualaikum wbt...

Hari ni saya dah masuk opis selepas bercuti panjang dan beraya sakan sampai kepala pun dah naik migrain.. Dah Syawal ke - 6, ramai yang sambung cuti memandangkan Jumaat lepas pon dah diisytihar cuti umum jugak..

Di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari raya buat semua pembaca-pembaca yang sudi singgah dan baca blog ni.. Terima kasih banyak-banyak.. 

Saya pun nak minta maaf jugak  kalau ada sebarang penulisan saya yang menyinggung perasaan orang. Untuk kawan-kawan, sedara mara yang mengenali... Mohon maaf zahir batin atas semua kesalahan samaada tutur kata.. Perbuatan atau tulisan yang tidak enak dibaca dan didengar.. Saya ini hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan.. Semua yang baik itu datang dari Allah.. Yang buruk..tercela itu kelemahan saya sendiri...


Kepada yang sudi datang, jemputlah beraya ke rumah.. InshaAllah tuan rumah ada sokmo kat rumah.. Tapi kalo nak datang, kalau boleh informlah dulu kot2 rumah masa tu tengah bersepah ke... Kih3... Sempatlah mengemas kan...






Ni je antara biskut yang sempat nak buat.. Kalau ikutkan nafsu nak buat 12 jenis tapi ni ikut kemampuan akal dan masa 4 jenis je yang mampu disiapkan.. Huhu..

Chocolate chips cookies, cornflakes madu, bangkit cheese dengan semperit.. Pastu last minute aku buat tart nyonya sebab permintaan dari mak.. Memang tak sampai hati nak menolak dan kata tak boleh buat..






Raya pertama je amik gambo beria.. Hari kedua dan seterusnya nan hado...


Selamat hari raya dari kami sekeluarga.. Maaf zahir dan batin... 
dari Faisel, Miza, Aisyah dan Hannah...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...