Assalamualaikum...
Buat pie tee ni konon-konon nak bawak ke ofis, sebab semalam(jumaat) ada potluck. Plan nak buat pie tee dengan tepung pelita. Dah siap tebang daun pisang kat dapur dan layurkan. Tapi malang, saya budak baru belajar, time nak melipat tu, daun asyik pecah je padahal dah layur atas api. Sebab dah lewat malam, terus malas nak buat kuih tu.. Haha dasar..
Pastu taknak buang masa, terus godeh adunan nak buat pie tee. Tapi masa buat ni pun tersekat-sekat. Aisyah demam, jadinya dia asyik merengek jela... (hurm padahal kalo tak demam pon gitu jugak peelnya, nak menangis aje manjang)... Goreng 2 - 3 ketul, menangis.. Masuk bilik jap tidurkan dia... Anak dah tidur, pegi dapur... Goreng lagi, menangis lagi.. 2-3 kali berulang dapur-bilik-dapur, last-last, mama yang nangesss.. T___T
Bila dah diuji banyak kali cenggitu, malas dah la nak teruskan.. Haha see, malas lagi.. Simpan balance adunan dalam peti ais, tutup lampu kipas semua, masuk tido. Esok paginya saya masuk pejabat bawak badan je hehe, takpela kot, skip sekali.
Balik keje petang tu baru dapat habiskan adunan. Memang puas hati makan. Suka dengan kulit dia. Sangat rangup. Suami pon cakap yang ni jauh lebih sedap dari yang dekat the chicken rice shop tu.. Buat sendiri memang puas hati makan. Ok kawan-kawan, jom kita masak pie tee hari ni.. :-)
Resepi dapat dari sini
Resepi:Waterlily@waterlily in da kitchen
Sumber:KakNor@secubitgaramnor67.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan - Bahan :
7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
200ml air.
sedikit pewarna kuning-jika suka
(saya tak isi pon)
Cara membuat Kulit Pai Tee:
1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kacau sebati.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan toskan.
Untuk inti saya guna resepi mat gebu:
BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Cara Membuat Inti:
UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
UNTUK PIE TEE :- Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. Hidangkan segera
Selamat mencuba!!!
TIPS PENTING:
1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah selalu dikacau bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.
NOTA TAMBAHAN:
Pastikan gunakan minyak yang banyak,cukup untuk deep fry. Kalau taknak guna minyak yang banyak,sila laa guna kuali bersaiz kecil ye.
Sila tukar bekas yang lebih kecil apabila adunan sudah semakin sedikit untuk memastikan kulit pai tee masih boleh dibentuk menggunakan acuan.
Jadi buat penggemar pai tee nih,boleh laa buat sendiri lepas ni yer..boleh makan puas2 dan bila2 masa.. kulitnya tu boleh dibuat lebih awal dan simpan dalam bekas kedap udara..