Lazada

Friday, November 30, 2012

Demo Kelas Hiasan Kek


Assalamualaikum wbt...

Ni gambar-gambar masa pergi kelas  hiasan kek anjuran 'Kedai Barang Kita', salah sebuah kedai yang menjual peralatan bakery di Kuantan.  
Kelas kali ini secara  demo, dari pasukan Richs yang ajar tentang produk-produk whip cream keluaran syarikat mereka. 2 orang tenaga pengajar diimport khas dari Vietnam sebagai cikgu pada hari itu. Manakala yang sorang lagi tu, macam brand manager kot, malaysian..

Menurut kata spokeperson Rich ni,(lupa nama dia) Vietnam adalah antara negara yang top di dunia dalam bidang hiasan kek. Orang Vietnam anggap kek sebagai sesuatu yang patut dihargai, macam hadiah, bukan semata-mata untuk dimakan. Hiasan kek mereka pon sangat berseni dan penuh warna warni, dan agak sarat berbeza dengan hiasan kek di negara kita.


Demo dari Chef Bao, kek nenas

  Demo dari Chef Aao, (atas kiri), kek buah naga. 

Sebelah kiri bawah, Chef Bao buat juga hiasan angry bird atas permintaan anak-anak murid, heheh. Baru kami tau, di Vietnam, mereka tidak buat hiasan kartun-kartun macam kat negara kita. Mereka lebih suka hiasan macam bunga teratai, nenas, buah naga (macam berciri Buddhsim skit, kan?).. Tapi chef bao ni kan, on d spot dapat jugak dia buat walaupun masa makcik-makcik suh buat tu dia macam blur skit, angry bird tu macamana.. Kalau dah pro tu sekejap je buatnya..



Inilah antara jenis-jenis hiasan yang kami belajar sepanjang kelas tu. Dapat juga tips penyimpanan whip cream yang betul. Selama ni whip cream tu, dari freezer, lepas nyahfozenkan, yang baki tu saya akan simpan semula dalam freezer. Rupanya, once kita dah keluarkan dan nyahfozenkan whip cream tu, kita kena whip semua sekali dan simpan dalam freezer baki yang ada. Bila nak pakai biarkan sekejap pada suhu bilik dan whip semula. Banyak lagila tips-tips yang diajar selain dari jenis-jenis hiasan ni.. Dan puas hati jugak masa nak balik, kami dapat door gift yang berupa satu kotak Rich's Whip Cream Gold label dan 9 nozel aising untuk kami praktis di rumah. Tapi setakat ni masih belum sempat lagi nak test ilmu yang dah belajar tu... Haihhh..

Ni antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat Rich's ni..


image dari blog wahseng


Strawberry Banana Milk Shake

Resepi sendiri, campak-campak plus nak habiskan buah-buah yang dah terlebih ranum...


Bahan-bahan ( Utk 2 org )

  • 2 biji pisang montel (atau pisang lain)
  • 500ml susu segar perisa strawberi
  • 2 biji strawberi
  • 1 cup yogurt

Cara-cara

  1. Blend kesemua bahan-bahan diatas.
  2. Tuangkan ke dalam gelas. Tambahkan ais jika suka.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, November 29, 2012

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wbt..

Kek ni macam-macam orang bagi nama. Ada panggil kek sarang semut, ada panggil kek sarang lebah... Tapi kalo mak saya/makcik-makcik saya, dorang panggil kek sponge.. Agaknya sebab teksturnya macam span.. 
Setiap kali hari raya/kenduri atau buat makan-makan, memang kek ini la yang mak akan request suruh saya buat.

Ok, jom kita tengok resepinya... Resepi ni dapat dari Naz Oven Kecil...


Gambar kek yang dipotong takde sebab bawak kek sebiji masa kenduri kawen sepupu baru-baru ni..




KEK GULA HANGUS
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Halimah via blog Koleksi Resepi Diana

Bahan untuk gula hangus :
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas-saya guna air paip je
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana.
  2. Bila gula dah agak cair, (dan dah bertukar warna kekuningan), masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Bila gula dan larut sepenuhnya, padamkan api. Masukkan 2 sudu besar mentega. Biar panas air mencairkan mentega.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :

  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan esen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Naz kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
  7. Bakar selama 50minit pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah.

Red Velvet Cake

Tempahan Red Velvet Cake dari member ofis, Dd sempena birthday suaminya..




Untuk resepi, boleh lihat DISINI.

Fish N Chips

Bila malas masak nasi.. Beli fillet ikan frozen, beli kentang fozen...Tambah nuget ayam.... Goreng...

Isi sos cili dengan mayonis sikit.. Potong lemon sebiji....  Dah pun siap.. Jemput makan semua...



Agar-Agar Santan Gula Melaka

Dapat resepi dari blog, Naz OvenKecil

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA




Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)-Saya guna 1 kotak kecil santan
  • 1 biji telur ayam+secubit garam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
  2. Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. 
  5. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  6. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
  • Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
  •  
  • Saya tambah sikit ye, ni tips dari makcik saya. Lepas agar-agar dah mendidih, barulah masukkan bancuhan santan+telur. Lepas je masuk bancuhan telur tu, jangan dikacau kerana nanti serdaknya tak cantik (jadi kecik). 

Pandan Layer Cake

Yang ni guna kek span pandan yg siap kat carefour. Masa ni baru nak berjinak-jinak baking kek..


Buat masa umur Aisyah setahun..


Ni ikut resepi mat gebu bulat-bulat

Resepi asal dari myresepi. 
Oleh: Mat Gebu
 

Pandan Layerd Cake 

Bahan-bahan ( Saiz kek (8 x 8 x 3) inci ) -Saya guna loose pan bulat 7''

  • BAHAN2 UNTUK KEK:-
  • 5 biji telur Gred A
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 15 g ovallate
  • 1 camca teh paste pandan
  • 2 camca besar susu segar/cair 
  •  
  • BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
  • 1050 g santan
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jelly
  • 1 camca teh paste pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
  3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi kurang seinci dari saiz loyang kek. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
  4. UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
  5. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin saiz sama dengan masa bakar kek tadi. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
  6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
  7. Bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..
  8. Satu petua....gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan...

Wednesday, November 28, 2012

Sotong Masak Lada Hitam

Assalamualaikum wbt...

Barangkali ada pembaca yang berpendapat seperti saya? Bahawa penyediaan hidangan untuk dinikmati seisi keluarga bagaikan sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang isteri. Tidak kirala surirumah sepenuh masa, atau ibu bekerja. Walau sepenat manapun, pasti sedaya upaya cuba mencuri-curi masa memasak untuk suami dan anak-anak tercinta. Bagaikan magis.. Makanan yang disediakan dengan penuh kasih sayang itu membuatkan kita sering merindui air tangan ibu.
Saya sendiri walaupun sudah berumahtangga, kesempatan makan hidangan yang disediakan emak memang tidak dilepaskan. Walaupun seringkali cuba untuk memasak hidangan yang sama, tetapi rasanya TIDAK sama!  Antara hidangan air tangan emak yang tiada tandingannya ialah ketupat sotong, laksam dan kari ikan (ada banyak lagi).. 

hari ni saya nak berkongsi hidangan yang simple dan mudah. Sesuai untuk mereka yang kesuntukan masa sebab bahan-bahan yang ada di rumah.







Sotong Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
3 ekor sotong-sederhana besar (dibuang kulit luar, dibersihkan & dipotong bulat)
2 ulas bawang merah kecil-dihiris
2 ulas bawang putih-diketuk
1cm halia-diketuk
2 sudu besar sos tiram
3 biji cili padi
2 sudu kicap manis
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis 


Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram, kicap dan masukkan sotong. Kacau rata.
3. Bila sotong dah bertukar warna/masak, masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Siap dan boleh diangkat untuk dihidang.

Roti Loaf Chocolate

Resepi ni saya dapat bersama-sama dengan breadmaker yang saya beli. Beli B.M yang murah je sebab tak mampu nak beli yang mahal-mahal macam orang lain.. Tapi okla pada saya.. Janji dia memudahkan kerja.. 
Banyak juga resepi yang dia sertakan. Ada beberapa resepi roti, kek dan jem. Tapi setakat ni, saya sempat cuba buat 2 aje daripadanya... 
Ok, jom kita semak resepi mudah ni..






Resepi ini akan menghasilkan roti bersaiz 2.0 paun
Sumber: User Guide Empress BreadMaker

Bahan-bahan:-
160 ml air
190ml susu segar
560gm tepung gandum protein tinggi
8 sudu besar gula
2 sudu besar mentega/minyak
1 1/2 sudu kecil garam
30gm serbuk coklat
1 sudu kecil yis


Cara-caranya:-
Guna breadmaker:-
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk roti mengikut susunan di atas.
2. Tekan 'function' 4 (Sweet). Mesin melakukan semua kerja, menguli, menaik dan membakar roti. 
3. Bila roti dah masak dan dah bunyi 'bip' boleh keluarkan dan hidangkan.

Monday, November 26, 2012

Chilled Mango Cheesecake

Assalamualaikum wbt...

Ingat lagi dulu masa pregnantkan Aisyah, mengidam nak makan cheesecake kat Secret Recipe... Masa tu tak pandai lagi baking kek... Tak tau pon kek kat situ rasa macam mana, tapi sebab orang asyik bercerita, jadi terliur... Siap google lagi nak cari pendapat kek apa yang paling sedap kat situ... Dan disebabkan ramai yang rekemen blueberry cheesecake dan chocolate indulgence, jadi belila 1 slice setiap 1... Sekarang?? Malasla nak beli kat situ.. Dahla mahal, hoho.. (Sebenarnya kalo buat sendiri lagi banyak kos keluar, kalo setakat nak merasa sikit tu baik beli je)...

Bermula dari saat itulah, saya mula google sendiri, resepi-resepi kat internet... First saya try resepi yang non bake sebab masa tu belum ada oven... Saya cuba buat chilled oreo cheesecake. Tapi resepi dari mana memang tak ingat dah sebab masa tu saya print dalam kertas, lepas dah siap masak tu, buang.. Tak terfikir nak simpan...

Kat sini saya nak kongsi resepi cheesecake yang tak payah bakar. So, kepada sesiapa yang mungkin sedang mencari resepi cheesecake yang mudah, bolehla cuba yang ini...









Chilled Mango Cheesecake
Sumber: Mat Gebu

Resepi: CNP semula dari mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biskut marie -saya guna digestive biscuit
100 gram mentega, dicairkan
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
2 biji buah mangga masak ranum, 1 dikisar isinya, 1 lagi didadu
1 1/2 camca besar gelatin halal (mat guna jenama "NUR")-saya guna halalgel
125 ml air suam
200 ml whipping cream, disejukkan (1 kotak kecil)-saya guna vivo non dairy whip cream

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Biskut marie dihancurkan (mat guna food processor), kemudian masukkan mentega cari sedikit demi sedikit sehingga mandapat bancuhan yang boleh dikepal. Masukkan dalam tin springform berukuran 8 inci (20 cm) dan tekan padat2. Sejukkan dalam freezer.
  2. Putar cream cheese dengan gula halus hingga berkrim, masukkan puree mangga tadi, putar rata. Dalam bekas lain, putar whipping cream hingga kembang, kemudian masukkan ke dalam bancuhan keju tadi. Gaul rata menggunakan spatula. Ketepikan.
  3. Gelatin halal di bancuh bersama air suam, kacau hingga larut dan kelihatan jernih. Tuang ke dalam adunan cheese tadi, kacau rata dan masukkan 1/2 dari buang mangga yang didadu tadi, gaul rata. Tuang dalam tin yang disejukkan dalam freezer tadi, ratakan.
  4. Simpan semula tapi kali ni dalam peti sejuk selama 3 - 4 jam atau hingga keras. Keluarkan dari tin, hias atasnya dengan baki buah mangga dan hidangkan..
CATATAN MAT GEBU :- Masa nak keluar kan kek dari tin, mat basahkan tuala dapur dengan air suam dan pekap keliling tin cake tadi sehinga kelihatan kek sedikit longgar dari tin. Kemudian bila nak potong, mat layur pisau atas api sekejap. Selamat mencuba untuk semua.. 
** Saya ikut catatan mat gebu


Sunday, November 25, 2012

Pau Ayam

Assalamualaikum wbt..

Masa zaman saya kecik-kecik dulu, ada penjual pau naik motor jual pau di kawasan kampung kami... Setiap petang dia akan datang pusing-pusing di sekitar rumah kami membunyikan hon motornya... Berlari-lari kami mengejar takut terlepas... Padahal memang dia akan berhenti punya....  Paunya sangat lembut dan sedap... Kegemaran saya pau daging yang berisi telur rebus... Kakak saya pula lebih suka pau kacang... Makan panas-panas memang sedap... Sambil-sambil main kejar-kejar/rounders/batu seremban/police sentre...  Ahh memori lalu yang menggamit kenangan.. Tapi lepas tu dapat tau pau tu orang cina  yang buat.. Cuma tukang jualnya melayu.. Sejauh mana kebenarannya wallahua'alam... 

Sekarang ni kalau nak makan pau yang lembut, sedap dan konfiden sikit nak makan sebab orang melayu yang buat dah tak susah.. Kat pasar malam pon dah ada ramai yang menjual.. Cuma harga tak dapatla macam dulu-dulu ye tak.. Kalau nak murah-murah silala buat sendiri... 

Nak cuba buat?? Ok, kali ni nak kongsi resepi pau ayam yang saya dah cuba buat, resepinya dari blog otai masak-masak, en mat gebu. Untuk lihat versi beliau, boleh klik di sini.






BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Saturday, November 24, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum..

Tengah tercari-cari dessert yang cantik, tapi senang dibuat... Sesenang A, B..C? Secepat 1..2..3.?? Hihii, mari-mari, saya ada resepinya... Tak perlu dibakar/kukus/masak... Dan sangat presentable dan cantik..(tapi saya punya tak cantik, sila tgk yg k. Azlita buat untuk menaikkan semangat anda heheh).. Jom kita semak resepi... Resepi ni dapat kat belog akak AZLITA MASAM MANIS. Apa yang boleh saya simpulkan dari belog ni, Kak Azlita ni sangat berseni orangnya.. Hasil tangan beliau pon cantik2.. Kalo godeh-godeh gambar kat belog dia, mak aihh terasa kerdil sangat diri ni. Bayangkan berapa banyak usaha beliau dalam nak menghasilkan gambar-gambar macam tu. Dengan props-props yang pelbagai tu lagi.. Memang salute sangat dengan akak ni... As for me, pakai bedal je guna apa yang ada kat dapur.. Dahla asik2 ulang tayang pinggan mangkuk yang sama sampai diri sendiri pon naik bosan..
Okla, stop bebel, jom kita cekidaud the resepi..



Kek Lapis Cheese Persona
Sumber Asal: Ryo


KEK LAPIS CHEESE PERSONA
Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
1. Sediakan loyang berukuran 9x9 (ita guna 7x7)  
-(Saya guna loose pan bulat saiz 7")
2. Sebaiknya loyang loose pan supaya mudah kita nak keluarkan kek nanti. Lapik dasar loyang 
dengan baking paper atau kertas minyak.
3. Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati
4. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair
5. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan
6. Panaskan susu segar, padamkan api.
7. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu yang suam2 panas anggaran 1 saat. Dan terus susun dalam loyang
8. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya, ratakan
9. Ulang proses melapis biskut dengan kaedah yang sama selapis demi selapis kemudian 
sapukan lagi adunan cheese tadi.
10. Ulang proses melapis hingga habis
11. Biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
12. Kemudian, kisar baki biskut yang ada(saya campur dengan biskut oreo), taburkan 
dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.
13. Tekan2 sikit permukaan tu
14. Masukan dalam peti sejuk, dan biarkan selama sekurang kurangnya 6 jam sebelum dipotong.

Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung

Assalamualaikum...

Minggu lepas, masa pegi cari makanan kat pasar malam. Dah lama sebenarnya tak pegi pasar malam sebab malas nak cari parking dan menunggu lama. Singgah kat gerai jual sayur..  Oh mak, banyaknya sayur-sayur kampung yang dah lama nak makan tapi sebab malas nak singgah tak dapatla nak makan.. Padan muka..
Ada tempoyak, jeruk maman, rebung, petai, belacan, pucuk paku and the list go on.. Rasanya meleleh air liur sampai makcik jual tu perasan agaknya saya ni bercakap sorang diri..  Dipendekkan cerita, saya beli tempoyak, jeruk maman dan rebung. Yummy yummyyyy... Cukupla bekalan untuk seminggu..

Beli rebung sebab terliur tengok blog otai masak, mat gebu yang masak udang masak lemak cili api dengan rebung.. Teringat-ingat.. Kalo nak tengok yang dia masak, DISINI



En.mat, saya cnp semula resepinya ya,

Udang Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung
Sumber: Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-) 
3 cawan hirisan rebung 
12 ekor udang saiz sederhana 
3 batang serai, dititik 
700 ml santan cair 
250 ml pati santan 
1 keping asam gelugor 
Garam dan gula secukup rasa 

BAHAN KISAR HALUS :-) 
1/4 cawan cili padi kampung 
1/2 inci kunyit hidup 
7 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 

CARA MEMBUATNYA :-) 
  1. Rebung dicelur hingga lembut, toskan. Udang dibersihkan, gunting hujung muncungnya serta kaki2 kecil. Cuci dan toskan.
  2. Dalam periuk, satukan rebung, serai, udang dan bahan kisar halus, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan cair dan kacau. Bila mendidihm masukkan asam gelugor. Masak hingga rebung masak.
  3. Tambah pati santan dan masukkan garam secukup rasa serta secubit gula. Kalau nak guna serbuk perasa pun tak de masalah. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api..


Kek Aiskrim Strawberry Chocolate Moist

Assalamualaikum wbt..

Jom kita masak kek aiskrim arini....




Bahan-bahan:-
Kek span (Dasar)
80gm gula
60gm self raising flour
10gm serbuk koko
40gm minyak jagung
8gm ovellete
3 biji telur
30gm air
1 sudu kecil chocolate emulco

cara-caranya:-
1. Sebatikan gula& ovellete.
2. Masukkan telur &tepung. Putarkan bahan-bahan tersebut sehingga gebu.
3. Perlahankan mixer & masukkan air,coklat emulco & serbuk koko. Lajukan kembali mixer.
4.  Perlahankan mixer kembali & masukkan minyak jagung. Biarkan ianya sebati. Masukkan bahan ke dalam loyang berukuran 8 inci.
5. Bakar pada suhu 170 celcius selama 35minit.
6. Setelah masak, biarkan sejuk pada suhu bilik. Potong kek kepada 2 lapis/bahagian.
Potong sedikit bahagian tepi supaya ada ruangan untuk isi dengan aiskrim nanti.

Untuk mousse/aiskrim
Bahan 1
150gm jem strawberry
140gm yogurt berperisa asli
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pes lemon/ sunkist paste
50gm air
1/2 sudukecil pewarna merah

Bahan 2
20gm gelatin
50gm air

Bahan 3
250gm krim putar-nondairy whip cream
1/2 sudu kecil pewarna merah

Cara:-
1. Campurkan semua bahan 1kecuali pewarna & masak sehingga cair,barulah masukkan pewarna
2. Rendam gelatin dan cairkan secara double boiler. Masukkan ke dalam adunan 1.Biarkan sejuk seketika.
3.Pukul 250gm whip cream hingga gebu. Masukkan ke dalam bahan di atas tadi. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan separuh adunan ke atas kek coklat tadi sehingga meliputi semua bahagian kek. Lapiskan dengan baki kek tadi.
5.Tuangkan semua adunan sehingga menutupi semua atas dan tepi kek. Biarkan selama sekurang-kurangnya 5 jam di dalam peti ais.
6. Sedap dihidang sejuk.



Lamb Chop

Kadang-kadang asik makan benda yang sama pon jemu juga. Dapat idea lepas tengok ANA SUZANA yang suka masak macam-macam despite life dia yang hectic tu..

Bakar dalam loyang cover dgn aluminium foil



Jemput makan..
Bahan-bahan untuk perap:-
Kepingan kambing bahagian bahu-beli kat giant/yg sewaktu dengannya

1 labu bawang holland-ditumbuk halus
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
2-3 sudu sos blackpepper Life
2-3 sudu sos BBQ Life
2-3 sudu kicap manis-nak bagi hitam sket
minyak zaitun
mixed herbs/oregano/basil-1 sudu kecil
**Kesemua bahan diatas diperap selama 1-2 jam. Kalo lagi lama perap lagi sedap. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius sehingga masak. Perlu sentiasa balik-balikkan daging untukpastikan dia masak. Kalo nak masak dalam pan pon boleh. Guna non stick pan.



Bahan-bahan untuk sos:
1 labu bawang holland-didadu kecil
2 ulas bawang putih-dicincang halu
2-3 sudu sos blackpepper Life
2-3 sudu sos BBQ Life
2-3 sudu kicap manis-nak bagi hitam sket
minyak zaitun untuk tumis

Cara-caranya:-
1. Tumiskan bawang holland & bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sos BBQ, sos blacpepper dan kicap.
3. Masak sehingga agak pekat. Rasakan jika perlu tambah garam


Roasted potato & babycarrot
3 biji ubi kentang-dibuang kulit dan dibersihkan. Potong baji 6 setiap biji
1/2 peket baby carrot
minyak zaitun
garam dan lada hitam secukup rasa
mixed herbs

Cara:-
1. Gaul semua bahan di atas. Bakar di dalam ketuhar bersama daging.

Untuk coleslaw:-
Salad-saya campur ungu+hijau
2-3 besar mayonis/coleslow dressing
garam+blackpepper secukup rasa
1 sudu olive oil
jus dari sebiji lemon

Cara:-
1. Gaulkan mayonis+minyak zaitun+olive oil sehingga sebati.
2. Perasakan dengan garam dan lada hitam
3. Gaulkan sebati dengan salad
4 Hidangkan dengan daging dan salad kentang.

Donut Lembut

Alkisahnya tengahari semalam tak kuar pegi mana-mana waktu lunch hour. Juz berdua dengan opismate. Sebab hari Jumaat waktu rehatnya panjang, so kami decide mahu buat donut.. Lepas cari barang-barang yang diperlukan kami pon start projek masak-memasak.. Resepi dapat dari makcik member. Saya rasa sedap jugak... Tapi bila dah sejuk dah tak berapa lembut..  Jadi arini nak try buat semula kali ni guna resepi dari IZAHMUFFINLOVER.





Resepi: Donut Lembut


2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
2. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
3.Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
4.Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.

penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

**Cara saya:
1. Masukkan semua bahan dalam B.M
2. Lepas siap uli, rehatkan 30minit
3. Terapkan bentuk. Biar rehat 45minit-1jam.
4. Goreng.

***Tips:-
1.Saya dapati PERLU rehatkan adunan selepas bentukkannya. Berikan masa untuk yis mengembang. Sebab tu donut yg kami buat di opis xlembut sebab kami rehatkan sekejap je.
2. MESTI goreng dengan minyak yang banyak.(DEEP FRY).

-Sekian laporan dari saya. Selamat mendonut dan selamat berhujung minggu...=)


Tuesday, November 20, 2012

Tiramisu Cheesecake -Kaedah Chill

Dapat resepi ini dari member ofis.








Bahan-bahan A- Untuk Kek Span Kopi.
125gm tepung self raising flour
15gm ovellate
125gm gula kastor
5 biji telur gred B
40gm air
7ogm minyak masak/jagung/butter cair
1sudu teh kopipaste/ kopi oil

Cara-cara:-
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 170 darjah celcius selama 10 minit.
2. Dalam mangkuk, satukan ovellate bersama gula sehingga sebati dan rata.
3. Masukkan telur dan tepung bersama bahan di atas tadi. Pukul sehingga gebu dan tak jatuh.
4. Perlahankan mixer, masukkan air serta kopi oil/ kopi paste. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Perlahankan mixer, masukkan minyak jagung/butter cair. Pukul lagi sehingga rata dan kacau pula dengan spatula/senduk kayu.
6. Sediakan tin pembakar saiz 8". Alas dengan kertas(tak perlu gris).
7. Tuangkan adunan separuh bekas dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35-40 minit. Setelah masak, keluarkan dari loyang.

P/s:   Adunan kek ini dapat untuk 2 biji kek sederhana tebal. kalo mau kek tebal, buat satu loyang sahaja. Untuk  resepi tiramisu ni,guna setengah adunan je..

Bahan B:-
250gm cream cheese
120gm gula kastor
150gm yogurt asli

200gm krim putar-non dairy
20gm gelatin halal-halalgel
80ml air


Bahan C:-
1 sudu besar nescafe+ 1/2 sudu kecil pes kopi@ capuccino
3 sudu besargula kastor

50ml air panas 



Cara-cara:-

1. Belah kek menjadi 2 bahagian.
2. Bahan B-Pukul krim putar sehingga kembang dan sejukkan ke dalam peti ais.
3. Panaskan gelatin bersama air. Sejukkan.
4. Pukul krim keju dan gula hingga lembut dan masukkan yogurt.
5. Masukkan gelatin ke dalam adunan keju & pukul sehingga sebati & campurkan pula krim putar tadi dan pukul lagi
6. Sekiranya terlalu cair masukkan ke dalam peti ais sebentar (3-5 minit).
7. Ambil 1 bahagian kek dan letakkan ke dalam acuan bulat (jenis loose tin) 8". renjiskan sirap kopi sehingga rata dan lembap.
8. Sapukan krim keju atas dan tepi kek. 
9. Letakkan pula lapisan kedua kek dan renjis lagi sirap kopi serta sapukan krim keju sehingga rata. Hentakkan tin agar krim keju sampai kebawah.
10. Sejukkan kek selama 5 jam@ semalaman.
11. Keluarkan dan taburkan serbuk koko ke atas kek dan hiaskan.
12. Sedia untuk dihidang.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...