Lazada

Monday, March 31, 2014

Separuh Nafasku Hilang

Assalamualaikum wbt.....

   Rasa tak bersemangat je nak pergi kerja arini.. Memikirkan tulang belakang 'my part time job' yang dah rosak... Sedihnya... Hand mixer saya dah berkhidmat selama 4 tahun akhirnya rosak juga... 

   Kisahnya minggu lepas ada 'bulk order' untuk cheese leleh dari opis hubby.. Memandangkan saya start operasi lepas balik dari kerja, jadi semuanya kena buat sekaligus.. Tapi banyak kali... Sebab guna mixer kecik.. Oven pon yang kecik.. Kena bakar banyak kali... Kena siapkan 5 biji kek dalam tempoh 8mlm - 12 malam. Bayangkan memmang marathon bakar kek malam tu....Sampai tersenguk-senguk depan oven..

   Tapi masa buat kek tu, mixer tu xbuat perangai lagi, nasib baiklah... Lepas dah siapkan kek, nak kena siapkan topping cheese dia lak.. Masa nak putar cheese tu, dia dah start wat peel... Macam ada ekkk ekkk sikitla... Tapi still jalan lagi sampai siapla semua tempahan.. Alhamdulillah...

  Tapi keesokkannya, bila nak buat kek yang kakak saya order untuk birthday anak dia, memang terus jammm tak jalan-jalan... Nagesss tau... Uwaaa cane nak wat ni... Nak g beli dah tak sempat.... Last-last godeh ngan senduk kayu jela... Kejungla kek chiffon ku itu... Sorry Imran.... Next time mokja wat kek sedap2 untuk Imran ehhh..

   





Pics are googled.







         Nila rupa mixer yang dah banyak berjasa kepada saya selama ini. Mixer ni hubby yang beli... Tu yang sedih tu.. Ada sentimental value... Nak kecek beli kitchen aid tak lepas lagi setakat ni hoho... Kat mana nak beli mixer yang heavy duty sket kat area Kuantan? Berjaya Mixer pon ok... Malas betul nak pergi survey satu-satu kedai... Help me plez...

Thursday, March 27, 2014

Masak kat Ofis

Assalamualaikum wbt...

Hari ni masak awal sikit.. Boleh cepat sikit makan..





Menu, masak patin tempoyak, goreng tauge, ikan masin goreng dengan sambal tempoyak... Dan air sunquick ais..

Tuesday, March 25, 2014

PESAWAT MH 370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI

Assalamualaikum wbt...

     Semalam, ada pengumuman dari PM berkenaan penemuan terkini MH370 yang mengatakan pesawat berakhir di Lautan Hindi'... Memang timeline twitter  & fb saya penuh dengan orang bercerita tentang ini... Bila dapat berita ni, ya Allah sedihnya rasa.. Walaupun tiada yang saya kenal dalam pesawat tu.... Kita semua mengharapkan agar akan ada keajaiban. Supaya semua yang berada di dalam pesawat tu selamat... Tapi jika ini takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya, kita hanya mampu berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat, bagi yang muslim... Semoga semua ahli keluarga dan rakan-rakan mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini..

      Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat mereka... Walau apapun, diharapkan semoga usaha mengesan dan mencari kotak hitam dapat diteruskan sehingga ditemui. Supaya sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui apakah sebenarnya punca kejadian malang ni.. Juga sebagai lesson learned supaya di masa akan datang kita dapat memperbaiki sistem-sistem yang terlibat dan supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan dari berulang..




Wednesday, March 19, 2014

Tempahan

Tempahan cheesecake leleh dari officemate, Ida.. 

Ceritanya, Ida nak berniaga untuk hari sukan sekolah dekat area umah nenek.. Jadinya dia ajak saya join sekali buat kuih untuk diletak digerai dia.. Buat sikit dulu nak test market kotnya buat banyak-banyak tak laku mau nangess den..

Alhamdulillah cheese leleh ni dapat sambutan hangat.. Makcik dia pon nak repeat order lagi ni.. Rezeki2..


Tuesday, March 11, 2014

Sotong Masak Air Dengan Serai

Assalamualaikum wbt...


        Resepi sotong masak air dengan serai ni memang antara menu yang mak selalu masak... Resepinya simple aje... Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau kena time musim sotong, bila ayah pergi mencandat sotong, memang banyak yang dia bawak balik. Sebab umah kitaorang tepi pantai Beserah.. Memang makan seafood fresh sokmo...

      Puasla mak masak ketupat sotong, pastu kitaorang adik beradik buat sotong bakar ataupun kalau malas sangat, goreng bodo je (istilah goreng tanpa apa-apa mcm kunyit garam) semata-mata minyak dan sotong... Perghh sedapp... Masak kari sotong.. Pon sedap... Nak-nak kalau sotong tu jenis yang ada telur...

         Resepi hanya perlukan 4 jenis bahan, memang simple... Harap kawan-kawan sudi cuba.. Kalau nak suh rasanya lagi sedap, masak tengahari, makan malam tu, panaskan je semula... Rasanya lagi menangkappp... 






Bahan-bahan:-
1/2kg sotong (kalau tak suka kulit boleh buang kulit, buang dakwat dan dibersihkan)
2 tangkai serai-diketuk
2 ulas bawang merah, dihiris
2 biji lada kecil, diketuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

 1.  Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan serai, bawang merah dan lada.
3. Bila air dah mendidih, masukkan sotong. Perasakan dengan garam. JIka suka boleh tambah serbuk perasa.
4. Dah masak, boleh angkat untuk dihidangkan.

Tempahan

Assalamulaikum wbt...

Order dari pelanggan minggu lepas...

 Cheesecake leleh.. Order dari ex-officemate di JKR Ktn, Kak Wan.. TQ akak..





 Walnut brownies... Juga order dari ex-officemate di JKR Ktn, Kak Wan & Mastura.. TQ Kak Wan dan Mas....

Monday, March 10, 2014

Order dari customer

Tempahan Cheesecake Leleh dari Mastura.
2 bekas strawberry cheesecake leleh
2 bekas lemon cheesecake leleh1 bekas vanilla cheesecake leleh




#Pray For MH 370

Assalamualaikum semua...

Hujung minggu ni seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang bertolak dari KL ke Beijing.. Hujung minggu yang kita semua  tunggu-tunggu untuk bersama keluarga bertukar menjadi penantian penuh harapan. Seluruh rakyat Malaysia bersimpati dan mengharapkan semua penumpang dan krew kapal terbabit selamat...

Kalau kat umah tu, memang kami sekeluarga dok menghadap Astro Awani jelah sebab nak update berita terkini. Bila dalam keadaan macam ni, dapatlah jugak beberapa ilmu pengetahuan tentang kapal terbang dan penerbangan yang selama ni kita tak tahu...

Saya prefer baca update status di twitter sebab rasanya twitter ni lebih cepat status update dia nak banding dengan fb.. Tapi yang tak sedapnya ramai yang suka tweet benda-benda yang tak sahih.. Rasanya lebih baik kita sama-sama doakan yang terbaik dan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.. Tiada satu perkara pun yang mustahil untuk terjadi dalam dunia ni dengan izin Allah... 

Kepada semua penumpang dan krew MH730, kaum keluarga dan sahabat handai mereka, dan semua anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat, wartawan dan jurugambar... Sama-sama kita doakan yang terbaik...


 



picture taken from lonelytravelog.com
 


Wednesday, March 5, 2014

Strawberry Swissroll

Assalamualaikum..

Ni cerita minggu lepas. Hujung minggu jela biasanya ada masa nak try masak resepi yang dah berkepuk lama simpan dalam draft. Resepi ni dapat dari blog resepi citarasawan.




Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla 

Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C
Buah Strawberry secukupnya
Pewarna pink (strawberry) dan hijau (daun)
coklat emulco dan lidi  
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat

Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)

Cara-cara :

 1.  Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk.  Ketepikan.

2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.  Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.

3.  Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau).  Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya.  Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.




4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit.  Angkat dan ketepikan.

5.  Tuang baki adunan ke atas motif strawberry. ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.

6.  Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit.   Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar.  Keluarkan kertas alas bawahnya.  Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas.  Sapu rata krim dan atur beberapa biji strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.
  




7.  Celup lidi di dalam coklat emulco dan buat titik untuk bijinya. (Yg ni saya xbuat. Coklat emulco takde stok kat umah)

8.  Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

Mee Calong Beserah

Assalamualaikum...

Ni hujung minggu lepas punya citer.. Alkisahnya suami tiba-tiba nak makan makan mee calong pulak.. Padahal sebelum ni incik ahmad faisel tak minat pon. Kalau gi kedai mee calong kat kampung, saya sorang je yang makan beria-ia.. Dia relaks je makan mee kari / rojak... 






Kalau siapa yang teringin nak makan tu, tapi kat tempat anda takde, bolehla cuba resepi ni... Mee calong ni sebenarnya macam mee sup jugak. Cuma bezanya kena makan dengan homemade fishball. Baru terasa keasliannya..


Bahan-bahan:


1/2 kg ikan kembung/selayang (diambil isi untuk buat fishball, tulangnya direbus dan diblend, tapis dan  diambil air-untuk buat kuah -


1/2 cawan ais kiub/tube

8 biji bawang merah-dihiris


5 biji bawang putih-hiris


2 batang kulit kayu manis


3 biji bunga lawang


3 biji bunga cengkih & 3 biji buah pelaga


daun sup dan daun bawang



tauhu goreng yang disumbat dengan isi ikan


taupok 



mee kuning / meehun yang telah dicelur - saya guna mee lidi


sambal lada merah






Cara-cara:


  1. Mula-mula, siang dan ambil isi ikan. Kita perlu keluarkan semua tulang halus pada ikan. (Pastikan tiada tulang pada isi tersebut nanti nak makan tercekik tulang dah spoil). Gaul bersama dengan sedikit garam & dan gula. Blend bersama ais. Buatkan bentuk bebola. Rebus ke dalam periuk yg berisi air mendidih. Masak sehingga bebola terapung tanda dah masak dan sedia diangkat.
  2. Untuk membuat tauhu sumbat. Potong tauhu menjadi 2 bahagian. Sumbatkan lebihan isi ikan tadi ke dalam tauhu.
  3. Tulang ikan tadi direbus ke dalam sedikit air. Masukkan ke dalam blend dengan sekali tekan. Tapis untuk mendapatkan stok ikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan stok ikan tadi, kemudian tambahkan beberapa cawan air. biarkan sehingga menggelegak.
  5. Masukkan sup bunjut, tauhu yang telah disumbat dengan isi ikan & bebola ikan tadi ke dalam kuah. Tambahkan garam, lada sulah, stok ayam, daun sup. Perasakan.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama mee kuning yg telah siap direbus@ bihun. Taburkan daun bawang & daun sup ke atasnya. (Kalo suka boleh taruk bawang goreng)
  7. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...