Lazada

Tuesday, April 29, 2014

Tempahan - Pandan Layer Cake

Assalamualaikum wbt...

Tempahan dari akak kat pejabat.. Order dari Kak Limah untuk adik iparnya... Ada miss communication sikit... Sebenarnya saya dah terlupa order dari dia... Saya ingatkan dia nak order untuk hari lain,  rupanya dia nak awal sikit.. Disebabkan rasa bersalah yang amat, kek ini telah dibuat dengan setulus hatiku... Mesti rasa dia sedap giloss.... Muahahahh...


Kalau nak cuba, bolehla try resepi ni...

Kek sponge:
Bahan-bahan:-
125gm tepung naik sendiri
125gm gula kastor
15gm ovellate
5 biji telur
70gm minyak jagung/masak
40gm susu cair/air
1/2 st pewarna hijau
1/2 st esen pandan/vanila

Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
2. Putar gula bersama ovellate. Masukkan sebiji telur dahulu supaya senang nak putar.
3. Selepas agak kembang, putarkan baki 4 biji telur sehingga kembang dan gula hancur. 
4. Bila dah kembang, masukkan pewarna, esen pandan dan susu/air. 
5. Masukkan tepung. Putar hingga kembang.
6. Masukkan minyak. Gaul kaup balik.
7. Masukkan kedalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak terlebih dahulu. (Jangan gris loyang dengan minyak/butter kerana akan halang kek naik dan kek akan jadi keras dan bentat)
8. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga masak. Bila cucuk sweker keluar bersih.
9. Cepat-cepat keluarkan dari oven dan terlangkupkan atas redai. Bila dah agak sejuk, dalam 10 minit, keluarkan dari loyang.



KASTAD PANDAN
Ni resepi saya amik dari blog Naz

Bahan-bahan:
1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
 Secubit garam

Perisa pandan dan pewarna hijau
(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. 
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer


CARA MELAPIS KEK KASTAD:-
1. Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. 
Kalau tak nak lapik pun boleh juga. (Saya tak lapik)
2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. 
4. Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
5. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad
6. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. 
7. Biar kastad sejuk dan keras.
8. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
9. Hias ikut suka. Taburkan kelapa parut kering
10.Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk

 












Friday, April 25, 2014

Rainbow Cake With Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum wbt....

Ni tempahan lebih kurang 2 minggu lepas dari ex-officemate, Kak Wan... Dia order rainbow cake untuk birthday kakak dia... TQ kak Wan for the order...

Kepada sesiapa yang nak cuba buat, saya sertakan resepinya kat sini... Saya dah tak ingat ambik dari blog mana... Pesen saya, google resepi, simpan dalam phone... Pastu buat.. Pastu lupa amik dari mana.. Sebab tak copy dengan url dia skali... Saya nak minta izin share kat sini ye... TQ...


Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/
Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Krim Mentega
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
150g mentega
350g krimwell (saya ganti dengan 250gm cream cheese)
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan.



















Thursday, April 24, 2014

Cari barang @ Nikorex


Assalamualaikum wbt...

Ini cite bulan lepas jugak... Pencarian barang-barang untuk stor rumah.. Memandangkan adik pempuan bongsuku akan kawen hujung bulan Mei ni, dan kenduri dia akan dibuat kat uamh kitaorang, terpaksalah mengemas umah sikit... Lepas bincang-bincang adik beradik, rasanya senang kalau buat kat umah kami. Since abg kmie (abg no. 2) pon dok sebelah kiri umah je, bolehlah pinjam umah dia untuk acara masak-masak..ah lama cari kedai yang jual barang-barang camni.. Pastu sebelah kanan lak umah makcik ngan pakcik... Senang sikit rasanya saudara mara nak berkumpul...

Okay, sebenarnya nak cite pasal kedai ni... Dia ada jual macam-macam produk storage dan mostly untuk peniagalah.. Sebab ramai yang kuar masuk kedai dia ni yang jual baju bajan kat pasar malam.. Ada jual patung, rak-rak, ampaian... Yang kami cari rak bertingkat untuk diletakkan dalam stor umah... Sebab dah hazab sangat keadaan setor tu, rasanya kalau rimau gajah dok dalam tu pon tak jumpa kot...

Sebelum ni memang dah ada cari-cari tapi sebab harga dia macam agak mahal, kami hold dulu... Rak agak-agak saiz 5 kaki panjang, lebar 3 kaki, ada 5 tingkat, rata-rata dijual pada RM250. Kat kedai ni rak sama, tapi panjang sikit and lebar sikit, dia jual RM170 jer.. Terus angkat 2.. Nanti satu nak letak dalam setor, satu lagi nak letak kat dapur. Nak isi barang-barang bakeri..





Okay, ni kedainya... kat Jalan Wong Ah Jang.















Ok, jom serbu kedai dia.. 

[Kuantan] Nikorex Display Products (M) Sdn Bhd
A127 & A129, Jalan Wong Ah Jang, 
25150 Kuantan, 
Pahang Darul Makmur.
Malaysia.
 +609-5133799, +609-5132799
 +609-5143788

Tuesday, April 22, 2014

Wedding sepupu - Congrats Hairullah & Fetty

Assalamualaikum wbt...

Punyalah lama nak upload cerita kawen my cousin ni.. Dah sebulan dah... Guane-guane pong ambe nak up jugak kat sini untuk disimpan sebagai  memori kami-kami semua....




Okay perjalanan cerita dimulakan dengan hari pernikahan di Felda Tersang, kalau tak silap saya.. Kad kawen takde lak nak refer.. Kelihatan semua hulubalang dan hulubelalang dah ready nak berlepas...



Okey, ini pengantin lelaki @ my cousin @ hairullah @ abg ngah.. Banyaknya gelaran mu..


Gambar depan, my kakak ipar. Belakang dia tu kembar kepada pengantin lelaki.. Abg long... Ye. Mereka kembar.. Dulu masa kecik-kecik, kacang aje nak bezakan dorang.. Nape ntah bila dah besar muka sama.. Konpius sokmo nak panggil abg long ke, abg ngah ni..Kena tengok betul-betul baru panggil..



Adik pengantin lelaki. Yg depan Dr. Siti Robayah. Belakang Baya jugak namanya. Dua beradik je yang pempuan. Yang lain 6 semua lelaki.



Saja snap gambo ni nak curi idea nanti mueheheh jangan maroh...




Ambe tak terlibat dengan adegan ni.. Share dari whatsapp grup family...






Ni kenduri sebelah lelaki lak.. Seminggu kemudiannya.. Lokasi: dewan Wawasan, JPS Kuantan.



Ehh ehh..awalnya Baya naik pelamin..


Pakej ni rupa-rupanya makcik amik dari my ex officemate di jkr dulu... Jumpa en rosdi kat sini...

Okay, part paling best sebab ada tempat lepak... Dalam bilik meeting.. Bolehlah tokwan berehat...

Okay, ahli-ahli mesyuarat. Sharifuddin jadi chairman... Baya jadi PA bos... Mastura jadi consultant... Faiz jadi SU...





Okey, perkenalkan bos saya.. Nasib baik dia tak meragam masa ni.. 

Syukur semuanya berjalan lancar... Majlis yang sangat cantik.. Dipenuhi orang-orang yang cantik-cantik (bodekss sikit, 👻) dan disayangi.. Kepada Hairullah & Fetty, selamat melangkah ke alam rumahtangga. Semoga bahagia hingga ke syurga...



p/s: Gambar pengantin pempuan takde sebab ni semua gambar dari hp... Kamera abis bateri nanti masukkan semua

Wednesday, April 16, 2014

Sama sibuk

Assalamualaikum..

Pukul 11.18malam. Masih berada di dapur.. Menyiapkan tempahan untuk esok.. Assistant kecikku sama naik nak menolong maknya. Sian lak kat Aisyah.. Minggu ni deret maknya tak main dengan dia bila balik dari opis.. Ni dia tengah leka habiskan saki baki adunan dalam piping bag. Macam-maam patern cacing yang keluar.. Lantaklah, janji awak bahagia sudah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...