Lazada

Friday, October 16, 2015

Nutella Cheese Pie / Tart

Assalamualaikum...

Nak share resepi nutella cheesetart. Tart ni aku bawak masa gi beraya kat umah member baru-baru ni.. Cheesetart ni sejenis tart yang sangat universal aku rasa.. Untuk topping tu kita boleh tukar apa-apa filling pon yang kita suka... nak isi coklat masakan boleh, peanut butter boleh.. Buah-buah segar macam cempedak atau durian pon sedap jugak.. 'The sky's the limit' bak kata omputehhh.. Tapi mana-mana yang korang rasa logik la ye nak isi.. Jangan isi tayar basikal sudah..


Untuk crust:-

125gm butter
250gm tepung gandum
30gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu besar air
sedikit esen vanila

Cara untuk crust:
1. Gaul semua bahan sehingga membentuk doh
2. Masukkan ke dalam acuan tart. Ratakan.
3. Bakar suhu 170 celcius (atau ikut oven anda) selama 20-23 minit.
4. Sejukkan dulu sebelum isi filling


Untuk filling
250gm cream cheese
1 biji telur
50gm gula kastor
sedikit esen vanila
nutella - untuk dipaip di atas

Cara:-
1. Putar semua bahan sehingga lembut, kembang dan sebati.
2. Dah sebati, tuangkan ke atas kulit tart.
3. Bakar suhu 160 celcius selama 10-20 minit atau sampai cheese yang melekat di tangan bila sentuh. Tapi jangan sampai cheese merekah. Sejukkan
4. Dah sejuk, boleh paipkan topping nutella.




Sori gambar blurrr... Ni je gambar yang sempat diambil sebelum gi beraya kat Rompin umah my ex housemate kak Izzati..









Roti John

Assalamualaikum…

Ni nak habiskan stok daging korban. Dah hampir nak habis dah pun 2kg daging yang kitaorang dapat.. 1st time selama 6 tahun kawin ni berjaya habiskan.. Kalau tak, sampai tahun depan pon tak abis…

Cara yang suami aku buat ni rasa macam praktikal sangat. Memang boleh save duit belanja dapur.. Di samping try macam-macam resepi baru… Mr husband potong siap-siap daging ni, pastu packkan dalam plastic kecik, anggaran sekali masak. Pastu simpan dalam freezer. Setiap malam, 1 bungkus dia angkat letak siap-siap kat chiller supaya balik kerja tu bila nak masak daging tu dah lembut.. So, menyenangkan kerja aku jugaklah kan… Sebab part siang daging ni aku failed.. Kematu jadinya daging tu aku potong ikut suka melintang menegak membujur lalu melintang patah gigi..

Jadi, part daging dah siap.. Part bahan-bahan seterusnya. Kalau tak nak guna daging segar pon boleh, guna daging kisar atau daging burger pon sedap jugak..


Bahan-bahan
200gm daging segar, dicincang
½ labu bawang  Holland, dicincang halus
2 biji bawang putih dicincang halu
2cm halia, ditumbuk (kalau masak ayam/daging memang kena isi halia untuk hilangkan bau hamis dia)
1 bungkus serbuk kari (aku guna kari daging Baba’s)
1 kiub ayam
2 biji telur
Mayonis
Sos cili
Salad/tomato/timun
Roti sosej secukupnya

Cara-caranya:-
1. Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bawang Holland, halia dan bawang putih sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan serbuk kari. Tumis sampai rempah masak.
3. Masukkan daging. Masak sampai daging empuk. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Sejukkan inti dahulu.
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur.  Masukkan 1 sudu besar inti dalam telur tadi. Kacau rata. Tuang dalam kuali. Tekapkan roti. Bila telur dah masak. Angkat
4. Hiaskan dengan sayur salad, tomato dan timun.
5. Picitkan sos cili dan tomato. Kalau suka boleh taburkan serbuk lada hitam.. Pastu boleh ngappp..








Spagetti Lasagna


Assalamualaikum…

Request dari cik abang yang nak makan western..  Korek-korek dalam peti ais, terserempak dengan saudara mara cheese kat dalam tu.. Dorang wat reunion ke hape ntah… Ada cream cheese, cheddar dengan mozzarella. ‘Ok, bolehla ni, pas ni kalo nak wat lasagna…’ Getus hati kecilku (haha)

Pastu aku pun kuarkan daging cincang, sos prego dengan lada capsicum untuk wat inti dia… Dah siap masak semua, gali pulak dalam cabinet, nak amik kulit lasagna.. Tak jumpa!! Macaroni pon yelekkk..! Yang ada hanya spaghetti.. ‘Cane ni? Inti dah siap seme.. Takkan nak masak nasi pulak kot? Malas betul la.. nasi kena wat lauk pulak (tengok, isteri mithali punya perhitungan) ‘Aah, hentam jela guna spaghetti ni. Masuk perut pon hancur lumat jugak’.. 

Last-last, jadilah spageti lasagna ni.. Padan muka aku. Amalkanlah selalu wat keje macam pak pandir ni ye.. Nasib baik ada spaghetti.. kalo tak, memang malam tu berjemaah la kami laki bini makan maggi..

Aku macam segan je nak bagi resepi kat orang sebab kejadian di sebalik lasagna ni dah bocor.. (-___-) 










Mango Cheese Cake

Assalamualaikum...

Mango cheesecake sempena birthday ayah, Kimi dan Asippu bulan 10 ni... Sebenarnya aku nak wat non bake cheesecake, tapi bila dah timbang bahan-bahan, baru aku teringat stok gelatin dah habis.. Jadi, sebab dah takde masa nak kuar gi bakery, terpaksalah wat yang bakar je..

Nak resepi tak? Resepinya sama aje macam blueberry cheesecake yang aku pernah wat kat sini dulu.. Cuma taruk puree mangga sikit dalam tu... Jom ibuk-ibuk bapak-bapak kita ke dapur yukk..


Crust:

Untuk base:
12-15 keping biskut digestive / marie-dimesin sehingga halus
75gm mentega -dicairkan

Untuk cake:
500gm cream cheese (sebaiknya guna brand philadelphia)
3/4cawan gula castor
100ml whipping cream (aku guna uht brand Anchor, lemak berkrim gitu)
4 biji telur
sebiji mangga masak ranum-dikisar halus (tambah air sikit masa blend)
sedikit esen vanila
Untuk hiasan:
sebiji mangga dihiris 


Cara-cara:-
1. Gaulkan mentega cair dan biskut marie sehingga mendapat adunan yang boleh dikepal.
2. Tekankan dan masukkan kedalam loyang. Padatkan dengan dasar gelas/sudu. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tambahkan whip krim, mangga puree dan esen vanila. Putar lagi sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi biskut marie tadi.
6. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius selama 40 minit / bergantung kepada oven anda.

7. Simpan sejuk semalaman.
8. Untuk hiasan, hiaskan dengan hirisan mangga. Sejukkan dulu sebelum dimakan.








Cheesecake ni ala-ala durian crepe jugak.. Kalau kesedapan durian crepe bergantung pada sedapnya durian tu, macam tu jugaklah dengan mango cheesecake ni. Kalau mangganya manis, harum, memang sedap sangatlah jadinya.. Tapi aku lebih suka kalo mango cheesecake jenis chill. Kesegaran mangga tu kita boleh rasa..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...