Lazada

Saturday, November 12, 2011

Daging Masak Blackpepper

Menu malam ni masak yang sempoi ajer.... Plannya nak buat semalam tapi balik keje rasa penat sangat....  Tak jadi masak, ajak cik abang pegi jalan-jalan makan angin dan makan malam sekali...... Memandangkan arini cuti, haruslah bagi suami rasa air tangan isterinya pula...  


Berkobar-kobar nak masak daging blackpepper dengan sup cendawan....  Ni gara-gara nak abiskan stok daging korban yang masih ada dalam peti...  Tak nak dah jadi macam tahun lepas, daging korban aidiladha tahun 2009 masih ada dalam peti setahun kemudian... Kehkehkeh... Itu ape kes tu..??  Chef malas..


Saya gunakan perencah 'blackpepper ready-made' Maggi.. Ianya sangat-sangat menyenangkan kerja saya .... 




Googled








Bahan-bahannya:-
Daging - agak-agak (saya guna tadi dalam 300gm)
1 paket Maggi Perencah Berlada Hitam
1 ulas bawang besar dipotong baji
3 ulas bawang putih - dihiris
3 ulas bawang merah kecil - dihiris 
2cm halia - dipotong
1 biji lada benggala - dihiris panjang
2 sudu makan kicap manis
2 tangkai daun bawang - dipotong anggaran 2cm


Cara-caranya:-
1. Rebus daging dalam kuali. Apabila sudah masak, sejukkan sebentar dan dihiris nipis.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang dihiris tadi* sehingga naik bau.
3. Masukkan daging yang dihiris tadi. Masukkan perencah Maggi. Kacau sebentar. 
4. Masukkan lada benggala, bawang besar dan kicap. Perasakan.
5. Apabila sudah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan panas-panas dengan nasi putih.


***Baru je capai periuk, Aisyah dah sungguh-sungguh menangis... Kuat pulak tu..... Mama nak masak pon tak tenteram.. Alahai anak manja abah....

Puding Roti Marble / Pelangi

Resepi ni buat sempena direquest oleh member ofis... Sebenarnya dia bukan nak resepi, cuma nak tau step untuk memarblekan puding ni...  Nak cerita dalam telefon ni susah...  Jadi saya ambik keputusan untuk buat sendiri dan tunjukkan penerangan dengan gambarajah supaya dia lebih senang faham... Saya pon bukan reti buat puding ni... first time buat....Cuma sebelum ni pernah buat puding blackmore yang lebih kurang aje coraknya, cuma ada beza sikit aje pada bahan-bahan yang digunakan. 


Resepi ni saya dapat dari myresepi. DI SINI.  Disumbangkan oleh hana6877....    Saya CnP aje... (^_^)












Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)


Bahan-bahan yang diperlukan


Cara-cara



  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.





  1. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). 





2. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan 
    butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.







3.   Bahagi kepada 3 warna pilihan. Satu adunan biarkan warna asal. Dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. Kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul-ketul




















4.   Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.


5.     Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.

Thursday, November 10, 2011

Sup Tulang Rusuk

Untuk tempoh seminggu dua ni, bersedialah berhadapan dengan pelbagai menu berasaskan daging tanpa jemu... hihihi...   Kebetulan raya Aildiladha tahun ni mak ada masuk korban, jadi dapatlah sikit sorang rasa...   Dapat daging dan tulang jugee.. Daging tu kemudian kita fikirkan apa nak buat dengan dia... Buat masa ni, biarkan dia 'enjoy the sweet moment' berehat dalam peti dulu....  


Resepi ni dapat dari blog mak Hanis Zalikha yang pemes itu... Setakat ni, cuba resepi nanirostam ni memang tak mengecewakan.... Sebelum ni try resepi nasi ayam dia, ada kelainan dari nasi ayam yang biasa masak..... Untuk lihat rupa sup tulang dia yang best tu,  KLIK.


Ni pula rupa sup saya.. Makan dengan mee je...
















Saya CnP aje la.. Malas nak tayep.. No offense ye...


) Beli tulang rusuk kambing. Rebus dengan api kecil sampai empuk. Kalau nak buat makan tengahari...pagi-pagi tu dah mula tenggekkan periuk atas dapur dan rebus tulang rusuk kambing guna api kecil dan tutup periuk supaya wap terperangkap dan daging cepat empuk. Masukkan dua tiga ketul bawang putih yang diketuk, 1 inci halia dan 2 batang serai yang juga di ketuk.Setelah agak empuk masukkan ubi kentang dan buah tomato.

2) Mesti guna bawang merah dan bawang putih goreng buatan sendiri.(Hiris bawang merah dan bawang putih nipis-nipis berasingan dan goreng juga berasingan). Tabur tepung gandum, garam dan perasa ke atas bawang hiris lalu goreng ke dalam minyak yang agak banyak. goreng dengan api kecil sehingga garing kekuningan. angkat dan tos di atas kertas tisu dapur. Setelah agak sejuk dan rangup simpan di dalam bekas kedap udara berasingan bawang putih goreng dan bawang merah goreng.

3) Di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis dan (ketumbar, jintan manis, jintan putih yang telah dikisar terlebih dahulu).Setelah garing cepat-cepat tutup api dan tuang kesemua termasuk minyak kedalam air rebusan tulang yang telah empuk.

3) Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih, halia, lada putih, lada hitam, serbuk kas-kas sehingga lumat. Tumiskan didalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi sehingga naik bau dan agak garing. Tutup api dan masukkan kesemua bahan termasuk minyak sekali ke dalam sup tadi. Masukkan garam dan serbuk pati ayam.

4) Akhir sekali, di dalam sedikit minyak lebihan bawang goreng tadi, tumiskan tiga sudu makan tepung gandum sehingga berwarna kekuningan dan tutup api serta tuang gorengan tepung tadi dengan minyak sekali ke dalam sup tadi.Biar sebentar dan selepas itu boleh di angkat. Gorengan serbuk tepung tadi adalah untuk memekat dan menambah keenakan rasa sup tulang tersebut.

Hidang bersama taburan bawang goreng merah dan putih, daun sup dan daun bawang serta boleh dimakan dengan sambal kicap.

Cara membuat sambal kicap : Tumbuk cili padi dan bawang putih sampai lumat lalu masukkan kicap soya manis.

Kesemua sukatan bahan-bahan adalah mengikut agak-agak dan kesukaan sendiri.

Cream Puff

Resepi ni dikutip di blog mat gebu....  Macam bese mana-mana masakan dia yang nampak bes, kena try kalo tak rasa macam loser.... Mana boley pempuan yang dah kawen kalah memasak dengan orang bujang...Huhuhu..... Saya copy n paste semula resepinya... Untuk resepi asal, buleh rujuk di SINI.


BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla



CARA MEMBUATNYA :-)







Sediakan krim kastard dulu. Wrap dengan plastic wrap supaya dia tak berkepala.





  1. UNTUK KRIM KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.




  1. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. 



  1. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. 

  1. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. 



  1. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.






  1. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...




Monday, November 7, 2011

Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Patutnya ni entry malam tadi... Tapi line intenet macaam siput...Abis semua yang dah siap taip tak sempat save dalam draft...  Lepas dah setel kerja-kerja rumah, tengok jam, baru kul 10.00 malam.... Boring ni takde mende nak buat... Kalo baking sempat lagi ni... Huhuhu... Terus je ngadap lappy dan cari resepi yang sesuai.... Last-last tersangkut kat myresepi.... Biskut chocolate chip ala famous amos....  Saya copy and paste aje ye...





Sebelum dibakar















Resepi yang lumayan.. Dapat lebih kurang 200biji (saiz kecil macam saya buat).
Tapi, separuh dah abis makan sorang.. Hehehe...  Serius, resepi yang mudah tapi sangat sedap...



Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

  • 1 cawan gula    -   Saya tak guna pon
  • 1 cawan padat gula perang *  -   Saya guna 1 1/3 cawan @ 190gm tapi agak manis. Nak kurangkan kepada 180gm lenkali.
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak  -   Saya guna minyak masak aje
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar  -   Saya guna 1 sudu besar susu tepung+1sb air
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *   -   Saya guna 1/2 sk sahaja
  • 1 sk cream of tartar  -   Saya tak guna ni. Ganti dgn 1sk cuka
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang  -   Saya guna badam
  • 2 cawan semisweet chocolate chips   -   Saya guna 100gm sahaja (pek kecil)
  • 1 sk vanilla extract

Cara-cara

  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Tuesday, November 1, 2011

Chilled Oreo Cheesecake

Semangat untuk membaking kek kembali.   Dah jemu buat blueberry, kali ni tukar perisa oreo pula... Ni juga 1st attempt buat non bake cheesecake... berdebaran rasanya.... Resepi kutip dekat belog wanyian. Untuk lihat, di SINI. Saya CnP je resepinya di sini..





























Ingredients :
1 cup crushed OREO Original Cookies
50g butter, melted
500g block PHILADELPHIA Cream Cheese, softened
3/4 cup caster sugar
3 teaspoons gelatine, dissolved in 1/4 cup boiling water
2 tablespoons lemon juice
1 cup cream, lightly whipped
100g OREO* Chocolate Crème Cookies, crushed
50g OREO* Chocolate Crème Cookies, extra, roughly chopped

COMBINE
the crumbs and butter and press into a lined 20cm springform pan. Chill.

BEAT
the Philly* and sugar with an electric mixer until smooth.
Fold in the gelatine mixture, lemon juice, cream and OREO* Chocolate Creme Cookie crumbs.

POUR
the filling into the prepared crust, refrigerate for 30 minutes.
Sprinkle with extra OREOs* and refrigerate for another for 2 hours or until set.



I've been keeping this recipe in my file for a long time so I don't remember where I got it from last time. Therefore, no proper credit I'm sorry. I wanted to bake something else now but without the oven is really difficult to do anything T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...