Lazada

Monday, November 7, 2011

Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Patutnya ni entry malam tadi... Tapi line intenet macaam siput...Abis semua yang dah siap taip tak sempat save dalam draft...  Lepas dah setel kerja-kerja rumah, tengok jam, baru kul 10.00 malam.... Boring ni takde mende nak buat... Kalo baking sempat lagi ni... Huhuhu... Terus je ngadap lappy dan cari resepi yang sesuai.... Last-last tersangkut kat myresepi.... Biskut chocolate chip ala famous amos....  Saya copy and paste aje ye...





Sebelum dibakar















Resepi yang lumayan.. Dapat lebih kurang 200biji (saiz kecil macam saya buat).
Tapi, separuh dah abis makan sorang.. Hehehe...  Serius, resepi yang mudah tapi sangat sedap...



Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )

  • 1 cawan gula    -   Saya tak guna pon
  • 1 cawan padat gula perang *  -   Saya guna 1 1/3 cawan @ 190gm tapi agak manis. Nak kurangkan kepada 180gm lenkali.
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak  -   Saya guna minyak masak aje
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar  -   Saya guna 1 sudu besar susu tepung+1sb air
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *   -   Saya guna 1/2 sk sahaja
  • 1 sk cream of tartar  -   Saya tak guna ni. Ganti dgn 1sk cuka
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang  -   Saya guna badam
  • 2 cawan semisweet chocolate chips   -   Saya guna 100gm sahaja (pek kecil)
  • 1 sk vanilla extract

Cara-cara

  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...