Lazada

Sunday, November 27, 2011

Kek Karamel

Lately, bila bukak blog masak-masak, banyak betul orang post pasal kek karamel ni... Mulanya tak berapa berminat nak buat, sebab rasa macam tak berapa sesuai je gabungan puding karamel dengan kek span tu.... Berdouble-double manis... Kalori pon berganda-ganda....   Tapi ntah nape arini semangat nak buat kek ni lain macam je...   Jadi petang tadi sementara budak kecik tu dengan abah dia tido, sempatla jugak nyelit-nyelit baking kek...




Untuk lapisan gula hangus


Untuk bancuhan puding


Adunan kek, meringue


Adunan kek, kuning telur


Siap dikuda belangkan...


Apesal rentung ni... adehh mak...




Nak buat ni tak lah susah mane.. Tapi agak cerewet jugakla bagi orang yang ada anak kecil macam saya ni.. Banyak guna bekas sebab putih telur tu kena pukul asing, satu bekas lagi untuk bancuhan puding... Pastu adunan tepung dengan kuning telur tu pakai bekas lain pulak... Belum masuk untuk part mewarna adunan... Tapi itu bukan alasan la kalo dah memang nak buat.... 


Cuma agak kurang puas hati sebab kek tu terhangus sket.. Ni gara-gara sementara nak tunggu kek tu masak, tetiba perut lapar... Kuar sekejap beli keropok ngan goreng pisang... Sempat lagi tu.. Heheheh....  Konfiden je takkan hangus sebab guna kaedah ''bain marie''... Sekalinya balik tengok, alamakkk...  Padan mukaku....




Pas kek dah sejuk, nak cuba untuk menterbalikkan dan alihkan ke dalam pinggan.. Terjadilah satu kejadian yang boleh menyebabkan heart attack..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Toingggggg!!


Rasa nak pengsann weh.. Dahla penat-penat buat, sekalinya jadi macam ni pulak...  Ni pon sebenarnya dah bakar sekali lagi sebab masa mula-mula terbalikkan tu, adunan puding tu memang cair lagi.. Tapi adunan kek tu cantik pulak masaknya... Just nice.....  Pastu terpaksala masukkan semula dalam oven dan bakar lagi.. Kali ni guna api bawah pula... Lama gak bakar semula tu dalam 20minit....









Nila rupa kek tu bila dah siap... Suka dengan lapisan kek ni.. Sungguh gebu macam kek yang guna ovellete tapi resepi ni tak guna ovellete... Cuma part puding tu saya fail.. Next time nak cuba guna resepi puding gula hangus sendiri.. Nak tengok jadi ke tak.... Sebenarnya orang lain buat guna resepi yang sama jadi je... Tangan saya je yang tak power kot.. Tangan tak bedung...


Kat bawah ni saya CNP je resepinya, sumber dari SueAleen. Minta halal ye.. (*_*)


Bahan-bahan:
(A)


2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml)
(saya guna 1 tin susu cair-400ml)

70 gm gula kastor (saya cuma guna 50gm sahaja)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung (saya tak guna pon)


~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.



(C)

135 ml air
(saya guna 120ml air)

3 biji kuning telur
45 ml minyak masak (saya guna minyak jagung 50ml)
70 gm gula kastor (saya cuma guna 50gm sahaja)
140 gm tepung gandum/superfine(saya guna superfine)
1 sudu teh serbuk penaik


~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.




(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (saya cuma guna 50gm sahaja)
1 sudu teh cream of tartar (optional)


- Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.




Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.


2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.


3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.


4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.


5. Sedap dihidang sejuk.


Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.

P/s: Masa taip resepi ni, baru perasan, tadi tak guna pon tepung kastard. Pastu susu tu pegi bantai 1 tin... Resepi asal 1/2 tin je... Patutla bancuhan puding tadi cair tak masak-masak.. Adehai.... Sendiri salah... 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...