Lazada

Tuesday, November 20, 2012

Puding Pelangi Blackmore

Buat puding ni untuk dibawa ke open house ofis Jumaat lepas.. Jamuan buat kat ofis baru kali ni.. Ish tak sabar rasenye nak pindah pejabat baru yang cantik tu..hihi...






Resepi ni dapat dari fotopages hanieliza.. So, kalo mahu cuba, di bawah ni resepinya:-
Kalau nak tengok step by step, boleh tengok kat sini, cara yang sama cuma resepi satu lagi tu guna roti.

Rainbow Marble Pudding [blackmore]
[sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]
kakliza just copy n paste her posting...

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Sunday, November 18, 2012

Kek Padang Bola - Untuk Birthday Boy

Satu lagi tempahan kek dari kakak, untuk anaknya si Imran. Kali ni tema padang bola pula. Masih lagi guna chocolate moist cake. Budak-budak lebih suka kek coklat heheh..
Untuk resepi kek di SINI. Untuk rumputnya, saya gunakan buttercream, tulisan guna fondant. Saya just gunakan cutter cookie yang letter tu untuk buat tulisan. Dan beli figurine player dari bakery. Simple je kan. Hari ni, semua orang boleh buat sendiri birthday cake.. Tapi kalo nak tempah, itu lebih baik untuk org-org yang amik order.. =)






Moist Chocolate Cake - Birthday Kek Anak Buah

Kek upin ipin request dari kakak untuk birthday anaknya.. Saya buat moist chocolate cake guna resepi DISINI. Hiasan cuma tambahan edible image yang dibeli di bakery dan buttercream untuk tulisan dan hiasan tepi kek.







Friday, November 9, 2012

PAVLOVA

Resepi dari blog Ana Suzana..


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • Topping/hiasan :
  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus

Cara-cara

  1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
  2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat (meringue)
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati
  4. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
  5. Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.
  6. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
  7. Cara menghias :
  8. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.
  9. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.
  10. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong.

Wednesday, November 7, 2012

Kek Coklat Moist

Masa mula-mula belajar buat kek, ini antara kek yang terawal dicuba.. Dan sampai sekarang, masih stick dengan resepi ni sebab dia sedap, dan insyaAllah kalo buat jadi. Resepi dapat kat blog masak-masak, myresepi.

Dan ada ambik tempahan juga dengan resepi ni. Tapi ada buat sikit modifikasi ikut bahan yang selalu ada kat rumah.
 Terima kasih banyak2 pada yang sumbangkan resepi ni...





Bahan-bahan ( 1kg ++ )

  • 1 cawan serbuk coklat (biasanya saya guna 1/2 cawan serbuk koko aje)
  • 1 cawan gula perang (guna gula pasir)
  • 1 cawan susu coklat dutch lady (guna susu cair je)
  • 1 cawan minyak masak (guna butter cair-sedap)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
  • 3 biji telur 
  • satu sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik...asingkan
  2. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, mentega cair, dan susu pekat ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
  3. Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td...kacau sebati..
  5. Lengserkan loyang dengan butter...Masukkan adunan yang telah sebati.. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
  6. * agak-agak dah 1 jam...cucuk dengan garfu...kalau licin maknanya dah masak la tu... (biasanya saya kukus sampai 2 jam-untuk pastikan dia betul-betul dah masak)
  7. untuk topping: cairkan 2 sudu marjerin..masukkan 1 sudu serbuk coklat...dan 3 sudu susu pekat...@ ikut selera masing-masing
  8. untuk hasil yang terbaik...lepas kek dah siap dikukus...keluarkan sekejap...terus letak topping...dan taburkan coklat rice...biarkan semalaman...lebih moist dan sedap...

Cara saya pulak buat topping:-
1. Potongkan lebih kurang 1 cawan/300gm coklat masakan. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Panaskan 200ml whip cream. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi coklat tadi. Biar coklat cair sepenuhnya. Boleh curahkan ke atas kek.

Mee Calong

 

Assalamualaikum wbt semua...

Korang pernah dengar tak pasal mee ni.. Sejenis mee sup yang popular di kuantan, terutamanya di belah-belah beserah. Sebagai seorang beserah yang jati, resepi ini bolehlah saya klasifikasikan sebagai authentic yuuu..Tapi masa saya masak ni,saya guna fish ball yang raedy made je.Tak sempat nak buat sendiri. Tapi resepi kat bawah ni saya tulis yang guna isi ikan fresh. Lebih sedap.



Ok sedara sedari mari kita belajar buat mee calong dengan cara yang mudah.. 


Bahan-bahan:

1/2 kg ikan selayang/tamban/parang (diambil isi untuk buat fishball, tulangnya direbus dan diambil air-untuk buat kuah - **makin banyak tulang ikan tu, makin sedap bebola tapi kena teliti sikitla nak mengasingkan tulangnya. Saya syorkan guna ikan selayang sbb senang kerja)

1/2 cawan ais kiub/tube

8 biji bawang merah-dihiris

5 biji bawang putih-hiris

2 batang kulit kayu manis

3 biji bunga lawang

3 biji bunga cengkih & 3 biji buah pelaga

daun sup dan daun bawang

tauhu putih

tauhu goreng yang disumbat dengan isi ikan

taupok 

fishcake/fishball ready made(kalo malas/tak sempat)

mee kuning / mehun yang telah dicelur

lada jeruk

sambal lada merah

 

Cara-cara

  1. Mula-mula, siang dan ambil isi ikan. Kita perlu keluarkan semua tulang halus pada ikan. (pastikan tiada tulang pada isi tersebut nanti nak makan tercekik tulang dah spoil). Gaul bersama dengan sedikit garam & dan gula. Blend bersama ais. (Ini adalah petua untuk bebola menjadi pejal. Adik yg pernah belajar kat Mardi bg tips ni) . Buatkan bentuk bebola. Rebus ke dalam periuk yg berisi air mendidih.Masak sehingga bebola terapung tanda dah masak dan sedia diangkat.
  2. Untuk membuat tauhu sumbat. Potong tauhu menjadi 2 bahagian. Sumbatkan lebihan isi ikan tadi ke dalam tauhu. 
  3. Tulang ikan tadi direbus ke dalam sedikit air. Masukkan ke dalam blend dengan sekali tekan. tapis untuk mendapatkan stok ikan.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan stok ikan tadi, kemudian tambahkan beberapa cawan air. biarkan sehingga menggelegak.
  5. Masukkan sup bunjut, tauhu yang telah disumbat dengan isi ikan & bebola ikan tadi kedalam kuah. tambahkan garam, lada sulah, stok ayam, daun sup. perasakan.
  6. Siap untuk dihidangkan bersama mee kuning yg telah siap direbus@ bihun. Taburkan daun bawang & daun sup ke atasnya. (kalo suka boleh taruk bawang goreng)
  7. Selamat mencuba.

Marble Cheese Brownies

Marble Cheese Brownies
Sumber: Mat Gebu






Bahan-bahan

BAHAN BROWNIES :-)
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...