Lazada

Tuesday, November 20, 2012

Pavlova lagi


Resepi kat SINI.

Macaroon

Resepi asal dari blog masam manis. DISINI. 
Bila tengok step by step tu rasa macam senang, tapi bila buat sendiri, haihh susah jugak rupanya. Macaroon tak menjadi. Rupa pon buruk... Tapi rasa agak sedap. Sebab ada serbuk badam tu bau dia  wangi dan rasa rangup. Ok, saya copy n paste semula resepinya:-





MACAROON
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna- serbuk.

1. Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..


Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.


Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.(Saya ikut kak ita)

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!


Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka.

Crepe Durian

Dessert yang tengah famous sekarang. Kalau guna durian yang sedap, memang sedapla lebih-lebih lagi kalau makan waktu sejuk.



Resepi dah lupa dapat dari mana, sebab banyak sangat save dlm phone la, dalam draftla.. So ni final dia:-


Bahan-bahan:-
 4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan susu tepung-jika suka
1 1/2 sudu makan gula
 1 biji telur
150ml air-jangan habiskan- agak2 konsistensi jangan cair sangat
sedikit garam
pewarna kuning/hijau

Untuk filling:-
200ml whip cream-diputar sehingga kental
isi durian- dilecek hancur

Cara-caranya:-
1. Gaulkan semua bahan-bahan kering. Buatkan lubang-lubang di tengah tepung. Masukkan telur dan air, garam, pewarna. Whisk sebati.

2. Panaskan non stick pan.

3. Tuangkan satu senduk adunan. Masak seperti masak lempeng. Tak perlu diterbalikkan. Masak sebelah sahaja.

4. Angkat.

5. Untuk membungkus, bentangkan sekeping crepe. Sudukan (saya guna piping bag) whip cream di tengah-tengah crepe.

6. Isikan isi durian diatas cream tadi.

7. Isikan cream semula ke atas isi durian tadi.

8. Lipat dan gulungkan seperti buat popia/kuih ketayap.

9. Sejukkan dalam peti ais dulu sebelum makan supaya rasanya lebih enak.







Biskut Chocolate Chips

Resepi dapat dari myresepi, DISINI

Yang ni buat masa raya puasa baru ni. Punyala lama baru nak masukkan kat sini.




Bahan-bahan ( 1kilo cookies = 100 keping )
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan padat gula perang *
  • 1 cawan mentega (~150gm)
  • 1 cawan minyak
  • 1 telor
  • 1 sb susu segar
  • 4 cawan tepong gandum
  • 1 sk garam *
  • 1 sk cream of tartar- saya ganti dengan cuka
  • 1 sk baking soda
  • ½ cawan walnut cincang
  • 2 cawan semisweet chocolate chips
  • 1 sk vanilla extract
Cara-cara
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.
  2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
  3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
  4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)
  5. Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.
  6. Cookies ini agak peroi (rapuh), jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.
  7. Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
  8. 1) Sempena kempen kurangkan gula, sukatkan 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang 2)Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan (3) utk cookies yang bentuknya cantik instead of leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dlm fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dlm dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya ia tidak cair.

Puding Pelangi Blackmore

Buat puding ni untuk dibawa ke open house ofis Jumaat lepas.. Jamuan buat kat ofis baru kali ni.. Ish tak sabar rasenye nak pindah pejabat baru yang cantik tu..hihi...






Resepi ni dapat dari fotopages hanieliza.. So, kalo mahu cuba, di bawah ni resepinya:-
Kalau nak tengok step by step, boleh tengok kat sini, cara yang sama cuma resepi satu lagi tu guna roti.

Rainbow Marble Pudding [blackmore]
[sumber Blackmore dari forum cari.com.my ]
kakliza just copy n paste her posting...

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Sunday, November 18, 2012

Kek Padang Bola - Untuk Birthday Boy

Satu lagi tempahan kek dari kakak, untuk anaknya si Imran. Kali ni tema padang bola pula. Masih lagi guna chocolate moist cake. Budak-budak lebih suka kek coklat heheh..
Untuk resepi kek di SINI. Untuk rumputnya, saya gunakan buttercream, tulisan guna fondant. Saya just gunakan cutter cookie yang letter tu untuk buat tulisan. Dan beli figurine player dari bakery. Simple je kan. Hari ni, semua orang boleh buat sendiri birthday cake.. Tapi kalo nak tempah, itu lebih baik untuk org-org yang amik order.. =)






Moist Chocolate Cake - Birthday Kek Anak Buah

Kek upin ipin request dari kakak untuk birthday anaknya.. Saya buat moist chocolate cake guna resepi DISINI. Hiasan cuma tambahan edible image yang dibeli di bakery dan buttercream untuk tulisan dan hiasan tepi kek.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...