Lazada

Tuesday, April 22, 2014

Wedding sepupu - Congrats Hairullah & Fetty

Assalamualaikum wbt...

Punyalah lama nak upload cerita kawen my cousin ni.. Dah sebulan dah... Guane-guane pong ambe nak up jugak kat sini untuk disimpan sebagai  memori kami-kami semua....




Okay perjalanan cerita dimulakan dengan hari pernikahan di Felda Tersang, kalau tak silap saya.. Kad kawen takde lak nak refer.. Kelihatan semua hulubalang dan hulubelalang dah ready nak berlepas...



Okey, ini pengantin lelaki @ my cousin @ hairullah @ abg ngah.. Banyaknya gelaran mu..


Gambar depan, my kakak ipar. Belakang dia tu kembar kepada pengantin lelaki.. Abg long... Ye. Mereka kembar.. Dulu masa kecik-kecik, kacang aje nak bezakan dorang.. Nape ntah bila dah besar muka sama.. Konpius sokmo nak panggil abg long ke, abg ngah ni..Kena tengok betul-betul baru panggil..



Adik pengantin lelaki. Yg depan Dr. Siti Robayah. Belakang Baya jugak namanya. Dua beradik je yang pempuan. Yang lain 6 semua lelaki.



Saja snap gambo ni nak curi idea nanti mueheheh jangan maroh...




Ambe tak terlibat dengan adegan ni.. Share dari whatsapp grup family...






Ni kenduri sebelah lelaki lak.. Seminggu kemudiannya.. Lokasi: dewan Wawasan, JPS Kuantan.



Ehh ehh..awalnya Baya naik pelamin..


Pakej ni rupa-rupanya makcik amik dari my ex officemate di jkr dulu... Jumpa en rosdi kat sini...

Okay, part paling best sebab ada tempat lepak... Dalam bilik meeting.. Bolehlah tokwan berehat...

Okay, ahli-ahli mesyuarat. Sharifuddin jadi chairman... Baya jadi PA bos... Mastura jadi consultant... Faiz jadi SU...





Okey, perkenalkan bos saya.. Nasib baik dia tak meragam masa ni.. 

Syukur semuanya berjalan lancar... Majlis yang sangat cantik.. Dipenuhi orang-orang yang cantik-cantik (bodekss sikit, 👻) dan disayangi.. Kepada Hairullah & Fetty, selamat melangkah ke alam rumahtangga. Semoga bahagia hingga ke syurga...



p/s: Gambar pengantin pempuan takde sebab ni semua gambar dari hp... Kamera abis bateri nanti masukkan semua

Wednesday, April 16, 2014

Sama sibuk

Assalamualaikum..

Pukul 11.18malam. Masih berada di dapur.. Menyiapkan tempahan untuk esok.. Assistant kecikku sama naik nak menolong maknya. Sian lak kat Aisyah.. Minggu ni deret maknya tak main dengan dia bila balik dari opis.. Ni dia tengah leka habiskan saki baki adunan dalam piping bag. Macam-maam patern cacing yang keluar.. Lantaklah, janji awak bahagia sudah...



Monday, March 31, 2014

Separuh Nafasku Hilang

Assalamualaikum wbt.....

   Rasa tak bersemangat je nak pergi kerja arini.. Memikirkan tulang belakang 'my part time job' yang dah rosak... Sedihnya... Hand mixer saya dah berkhidmat selama 4 tahun akhirnya rosak juga... 

   Kisahnya minggu lepas ada 'bulk order' untuk cheese leleh dari opis hubby.. Memandangkan saya start operasi lepas balik dari kerja, jadi semuanya kena buat sekaligus.. Tapi banyak kali... Sebab guna mixer kecik.. Oven pon yang kecik.. Kena bakar banyak kali... Kena siapkan 5 biji kek dalam tempoh 8mlm - 12 malam. Bayangkan memmang marathon bakar kek malam tu....Sampai tersenguk-senguk depan oven..

   Tapi masa buat kek tu, mixer tu xbuat perangai lagi, nasib baiklah... Lepas dah siapkan kek, nak kena siapkan topping cheese dia lak.. Masa nak putar cheese tu, dia dah start wat peel... Macam ada ekkk ekkk sikitla... Tapi still jalan lagi sampai siapla semua tempahan.. Alhamdulillah...

  Tapi keesokkannya, bila nak buat kek yang kakak saya order untuk birthday anak dia, memang terus jammm tak jalan-jalan... Nagesss tau... Uwaaa cane nak wat ni... Nak g beli dah tak sempat.... Last-last godeh ngan senduk kayu jela... Kejungla kek chiffon ku itu... Sorry Imran.... Next time mokja wat kek sedap2 untuk Imran ehhh..

   





Pics are googled.







         Nila rupa mixer yang dah banyak berjasa kepada saya selama ini. Mixer ni hubby yang beli... Tu yang sedih tu.. Ada sentimental value... Nak kecek beli kitchen aid tak lepas lagi setakat ni hoho... Kat mana nak beli mixer yang heavy duty sket kat area Kuantan? Berjaya Mixer pon ok... Malas betul nak pergi survey satu-satu kedai... Help me plez...

Thursday, March 27, 2014

Masak kat Ofis

Assalamualaikum wbt...

Hari ni masak awal sikit.. Boleh cepat sikit makan..





Menu, masak patin tempoyak, goreng tauge, ikan masin goreng dengan sambal tempoyak... Dan air sunquick ais..

Tuesday, March 25, 2014

PESAWAT MH 370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI

Assalamualaikum wbt...

     Semalam, ada pengumuman dari PM berkenaan penemuan terkini MH370 yang mengatakan pesawat berakhir di Lautan Hindi'... Memang timeline twitter  & fb saya penuh dengan orang bercerita tentang ini... Bila dapat berita ni, ya Allah sedihnya rasa.. Walaupun tiada yang saya kenal dalam pesawat tu.... Kita semua mengharapkan agar akan ada keajaiban. Supaya semua yang berada di dalam pesawat tu selamat... Tapi jika ini takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya, kita hanya mampu berdoa agar roh mereka dicucuri rahmat, bagi yang muslim... Semoga semua ahli keluarga dan rakan-rakan mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini..

      Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat mereka... Walau apapun, diharapkan semoga usaha mengesan dan mencari kotak hitam dapat diteruskan sehingga ditemui. Supaya sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui apakah sebenarnya punca kejadian malang ni.. Juga sebagai lesson learned supaya di masa akan datang kita dapat memperbaiki sistem-sistem yang terlibat dan supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan dari berulang..




Wednesday, March 19, 2014

Tempahan

Tempahan cheesecake leleh dari officemate, Ida.. 

Ceritanya, Ida nak berniaga untuk hari sukan sekolah dekat area umah nenek.. Jadinya dia ajak saya join sekali buat kuih untuk diletak digerai dia.. Buat sikit dulu nak test market kotnya buat banyak-banyak tak laku mau nangess den..

Alhamdulillah cheese leleh ni dapat sambutan hangat.. Makcik dia pon nak repeat order lagi ni.. Rezeki2..


Tuesday, March 11, 2014

Sotong Masak Air Dengan Serai

Assalamualaikum wbt...


        Resepi sotong masak air dengan serai ni memang antara menu yang mak selalu masak... Resepinya simple aje... Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau kena time musim sotong, bila ayah pergi mencandat sotong, memang banyak yang dia bawak balik. Sebab umah kitaorang tepi pantai Beserah.. Memang makan seafood fresh sokmo...

      Puasla mak masak ketupat sotong, pastu kitaorang adik beradik buat sotong bakar ataupun kalau malas sangat, goreng bodo je (istilah goreng tanpa apa-apa mcm kunyit garam) semata-mata minyak dan sotong... Perghh sedapp... Masak kari sotong.. Pon sedap... Nak-nak kalau sotong tu jenis yang ada telur...

         Resepi hanya perlukan 4 jenis bahan, memang simple... Harap kawan-kawan sudi cuba.. Kalau nak suh rasanya lagi sedap, masak tengahari, makan malam tu, panaskan je semula... Rasanya lagi menangkappp... 






Bahan-bahan:-
1/2kg sotong (kalau tak suka kulit boleh buang kulit, buang dakwat dan dibersihkan)
2 tangkai serai-diketuk
2 ulas bawang merah, dihiris
2 biji lada kecil, diketuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

 1.  Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan serai, bawang merah dan lada.
3. Bila air dah mendidih, masukkan sotong. Perasakan dengan garam. JIka suka boleh tambah serbuk perasa.
4. Dah masak, boleh angkat untuk dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...