Lazada

Sunday, September 14, 2014

Apam Baghdad Pekan

Assalamualaikum wbt...

Hari ini menggagahkan diri try jugak curik-curik masa nak update blog ni.
Asalnya tadi tengah sedap bermandi manda kat pantai ngan anak, sekali hujan turun selebat-lebatnya. Baju spare ngan towel dahlah tak bawak.. Kereta lak parking boleh tahan jugak jauhnya. Kelam kabut berlari masing-masing.. Yang si Aisyah ni bila maknya ajak balik dia buat tak dengar je.. Kalo dengar kang tak dapat mandi, baik wat derkkkk jer.. Nasib baik jugak hujan... Bila sampai je kat rumah masing-masing ketar kesejukan..


Amboi, mukadimah ni tak berkait pon sebenarnya dengan tajuk entry arini.. Sebenarnya nak cite pasal kuih yang saya buat pagi tadi. Ni atas permintaan kakak saya, si mak buyong yang dok mengidam nak makan apam baghdad pekan. Saya ni nama je kje kat pekan, tapi kuih ni pernah makan sekali je. Itupun my sis bawa balik ke umh kuih yang officemate dia bagi.. Rasa pun ingat-ingat lupa.. Tapi kali ni member dia bgtau orang yang buat apam ni dah tak buat dah.. Sebab faktor usia katanya. Dah tua sangat.. Dan dan masa takde orang nak buat ni jugak si mak buyung ni ngidam.. Pastu try contact sorang makcik ni yang disuggest oleh akak kat opis. Dia ni wat jugak apam ni tapi problemnya kol nak esok. Dia kata ok. Pastu bila kol nak amik dia kata orang tu tak boleh buat lak. Makcik ni upenya orang tengah je. Hurmm.. Pikir punya pikir, takpelah.. Try jela wat sendiri. My officemate bagitau bahan-bahan dia lebih kurang macam kita nak buat bahulu, pastu atas dia ada inti serikaya. Tapi dia tak bagi resepi pon.  :-(   So, kat bawah ni resepi yang saya dah modified campur-campur dari macam-macam source.

Untuk tokey-tokey apam baghdad tu kalo resepi saya ni tak asli saya minta maaf.. Memandai-mandai je saya tambah esen vanila dan ovellate sebab dalam resepi asal takde isi. Tapi sebab saya takut kalau tak isi vanilla tu dia hanyir. Yang ovellate lak spontan je. Masa tengah mix telur tu, saya rasa macam nak buat apam polkadot je cara dia. Pastu tetiber je tangan ni capai ovellate. Tapi Alhamdulillah tak menjejaskan tekstur dia.


5 biji telur
250gm gula kastor
1/2 st ovelatte
170gm tepung naik sendiri
1/2 st esen vanila
pewarna kuning
untuk inti serikaya atas
2 gelas santan @ 400ml santan
5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum
sedikit pewarna hijau
sehelai daun pandan, dicarik dan disimpul
Cara:-
1. Untuk membuat apam, panaskan periuk kukusan yang mengandungi air sementara bancuhan disiapkan.
2. Oleskan loyang bersaiz 6" dengan mentega dan taburkan dengan tepung.
3. Dalam mangkuk yang berisi telur, masukkan gula kastor, esen vanila dan ovellate. Putar sehingga kembang dan warna telur menjadi pucat (macam bancuhan bauhu @ kek chiffon).
4. Lepas kita dah confirm gula dah hancur sepenuhnya, masukkan pewarna kuning. Putar sekejap. Pastu masukkan tepung naik sendiri dan putar lagi. (Untuk tepung ni, kalo takde tepung naik sendiri, boleh jugak guna tepung gandum yang dicampur dengan baking powder)
5. Adunan dah sebati, boleh masukkan dalam loyang tadi. Kukus selama 30-35 minit.
6. Untuk bancuhan ni, saya dapat 3 bekas, guna loyang bulat saiz 6". Tak tebal sebab bila dah masak dia akan kembang lagi.
Untuk inti serikaya:
1. Campurkan gula, telur, santan, secubit  garam, tepung gandum dan daun pandan di dalam periuk. Kacau rata supaya tepung tak berketul.
2. Panaskan api. Masak sehingga serikaya pekat dan menjadi berserawa. Dah mask boleh tutup api. Sejukkan.
3. Letakkan inti serikaya di atas apam yang telah dipotong-potong. Sedia dihidang.
Note: Disebabkan saya pernah makan sekali je kuih ni, dan ingat-ingat lupa rasa dan rupa dia, saya pergila tapis serikaya tu. Memang dapat segelas air. Sebab tengok dia macam watery sangat. Pastu bila akak saya datang umh, dia bagitau inti atas tu memang basah-basah sikit... Adeii.. Tak payah 
tapis ye nanti..















Wednesday, July 9, 2014

Nutella Pod Wif Salted Caramel

Assalamualaikum wbt..
Salam Ramadhan untuk semua..  Dah lama tak update belogh ni.. Sampai dah masuk bulan puasa dah ni... Sementara tunggu waktu nak balik ni, eloklah isi masa terluang berkongsi resepi dengan kawan-kawan...


 


PLAIN POD 

Sumber : Ida Osman (Facebook) 
C&P : Aleen Aireish 
2 3/4 cawan tpg gandum 
1sb serbuk koko (miza tambah)
1 sdt soda bikarbonate**
1/2 sdt baking powder**
50 gm serbuk walnut** (dibakar dalam suhu 180 celcius, selama 5 minit)
1 cawan butter
1 1/4 cawan gula kastor (miza guna gula perang)
1 bj telur
1 sdt esen vanilla

Untuk filling :
NUTELLA secukupnya
GANACHE secukupnya [optional]

Tapi saya separuhkan semua adunan.


Langkah-langkah penyediaannya..
 
 
Walnut dibakar terlebih dahulu


 

Cara-cara :
1. Ayak bahan bertanda **
2. Putar butter dan gula hngga gebu. Masukkan telur diikuti esen. Tuang tepung dan kacau rata hingga jadi doh.




3. Glis muffin pan. Bulat-bulatkan doh dan letak dalam muffin pan. Bakar suhu 180darjah celcius, 8-10 minit
  


4. Setelah keluar dari oven tunggu 1 minit sebelum menekan cookies tadi utk membuat lubang.

 5. Pipekan nutella ke dalam pod bila cookies dah sejuk.

**jgn biar cookies sejuk..sbb kukis akan jd retak bila ditekan** 


Salted caramel

Bahan-bahan ( 40 Medium-Size Macarons )

1/2  Cawan Gula
3 sb Butter
1/2 Cawan Heavy Cream, Suhu Bilik (kalau takde boleh guna susu cair)
Secubit Garam
Cara-cara

1. Cairkan gula menggunakan api sederhana sehingga berwarna keperangan.
2. Kacau gula tadi agar perangnya serata.
3. Apabila gula sudah bertukar kepada warna perang gelap tutupkan api dan masukkan butter dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan heavy cream dan garam ke dalam campuran tadi dan kacau sehingga sebati.

5. Sejukkan. Isi dalam piping bag dan paipkan ke atas pod yang dah berisi nuttela dan toasted walnut.


Monday, June 23, 2014

Review makan: Kedai Dol @ Beserah

Assalamualaikum.
Just nak share tempat makan dekat dengan rumah.. Kot-kot ada orang jauh yang datang stay kat beserah, tak tau mana nak cari tempat makan, bolehlah try makan kat kedai Dol. Lokasi kat Taman Pelindung Maju. Berhampiran tasik Pelindung.
Biasanya kedai ni dibuka dari petang sampai lewat malam. Ada roti canai, nasi lemak, nasi minyak, keropok goreng dan cucur udang. Ada jugak mee sup dan mee goreng..
Saya suka makan kat sini sebab dekat dengan rumah. Sedap dan yang paling penting sebab harga murah Lol..
Nanti kalau sape2 yg dtg Kuantan atau stay kat Beserah, jangan lupa try makan kat kedai Dol ni tau.. Ok, itu aje nk story. Bye..

Popia Nestum



Assalamualaikum wbt.... 

Buat popia nestum ni masa wedding adik bulan lepas. Untuk diisi dalam goodies bag... Senang giler wooo... Resepi dapat dari blog Kak Ina KL disini.

Izinkan saya menyalinnya semula di sini ye.. Tuan punya resepi..


Bahan-bahan


1 pack besar popia
1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung
1/2 cawan gula halus - kisar
1 cawan nestum - kisar halus 

1 sudu makan susu tepung nespray (optional)
Lidi satay utk menggulung -akak guna chopstick
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat-akak guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.
 


Cara membuatnya


 
Sediakan kulit popia. 


1. Gulung popia gunakan chopstick



2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan campuran tepung.

3. Buat hingga habis satu peket popia. 

4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting. 
  


5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.  


 
Gula dan nestum diblend sehingga halus. Campurkan dengan horlicks.

 
Saya gaulkan dalam bekas ni je.. Senang.. Tutup penutup. 
Goncangkan.. Dah siap.

 
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.  

 7. Angkat dan toskan minyak.



 

  8. Sira/tabur dgn horlicks, gula, susu tepung & nestum kisar.
  
9. Gaul hingga rata.


 
Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara


Senang kan?? Selamat mencuba...

 

Monday, May 26, 2014

Jalan-Jalan @ Taman Teruntum

Assalamualaikum wbt..

Blog ni makin lama makin kucar lana dengan post yang tak berkait.. Banyak sebenarnya nak masukkan resepi-resepi tapi tula kamera snap dah campur-campur. Kejap guna kamera. Kejap guna phone.. Nak combine sekali tu susahnya... Campur dengan malas...

Ni citer hujung minggu yang minggu minggu lepas punya... Sementara cik abang pergi bengkel kereta, kitaorang lepak kat Taman Teruntum.. Sebab, kalau pergi bengkel tu dah konpem bosan. Perasaan yang sama kalau cik abang saya pergi bakery, macam tula perasaan saya bila g kedai kereta....

Bila bagitau Aisyah kitaorang nak g taman, apa lagi, melompatla makcik tu... Suka sangat... Nak main buai la tuh...








Sampai-sampai, pergi main kat area playground dulu.. benda alah ni dah ada dari zaman mamanya sekolah rendah lagi... Ish, mengimbas memori lama la pulak... Teringat kejadian monyet bawak lari air kotak ngan keropok kitaorang.. Pantang lepa, terus dirembat, dibawa lari atas pokok.. Nak kata apa.. Nak marah kang, monyet... Jangan gigit orang, sudah... Tapi monyet kat sini dah tak banyak macam dulu-dulu.. 






 http://daridapurmiza.blogspot.com

Rindu zaman budak-budak dulu..




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu Aisyah ajak datang sini lak.. Ni kat teruntum gak, tapi sebelah hala ke taman buaya... Amboi bersambung-sambung.. Memang lambat lagila nak balik jawabnya..





 http://daridapurmiza.blogspot.com

Jongkang jongket era mama



 http://daridapurmiza.blogspot.com

Yang ni zaman Aisyah




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Tak ramai orang time ni... Pagi lagi kekdahnya.




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Adalah 2 orang kat taman.. Yang bagusnya, tak berebut-rebut.. Sebab kalau bab berebut ni, memang takde can nak mainlah anak dara tu...
  



http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu ajak tengok buaya... Main kira-kira macam 'Pada zaman dahulu'.. 
Satu tambah satu, dua.. Blerghh



http://daridapurmiza.blogspot.com

Bukan suka orang amik gambo dia.. Macam mama je nih..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Ni buaya besor sikit. yang tadi anak-anaknya..



 http://daridapurmiza.blogspot.com
Pas buaya, ular pulak..



http://daridapurmiza.blogspot.com
Jalan lagi..


http://daridapurmiza.blogspot.com
Dan lagi..





 http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu kena panjat tangga lak.. Adeii dah tau maknya ni warga emas dah hahah..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Ni ungka ke hape tah. dia punya bising, satu zoo tu dapat dengar...


http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com



Kesian burung kasawari ni.. Dahlah duduk sebelah ungka.. Nak tido pon tak senang agaknya..



http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com

Kesian rusa ni.. Ada luka kat badan dia.. Hopefully penjaga dia dapat sapu ubat.. Lalat ngan langau dah hidu-hidu dah..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Jalan-jalan, jumpa lak dengan 2 pupu dia... Ingat abangnya aje, nama Yusuf, adik ni lupa lak...


 http://daridapurmiza.blogspot.com








http://daridapurmiza.blogspot.com


 http://daridapurmiza.blogspot.com


 http://daridapurmiza.blogspot.com 




http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com


Sekali-sekala oklah datang sini. Kalau setiap minggu pergi nanti dah rasa tak special la.. Ok, dah nak balik..

Sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...