Lazada

Tuesday, November 4, 2014

Cuti-cuti @ Langkawi


Assalamualaikum wbt...


      Dah lama bagitau cik abang nak pergi berjalan ke Langkawi.. Asalnya nak ke Sabah tapi bila memikirkan jalan 3 beranak je, baiklah pergi yang dekat-dekat dulu... Citer ni 3 bulan lepas.. Dah jadi pekasam dah.. 

     Kami drive dari Kuantan ke Subang dan drop kereta kat Shah Alam, kat cawangan kilang pejabat hubby kat situ... Sebabnya, kalau park kereta kat LCCT tu, kalo tak silap hubby kata RM38 sehari dia charged. Memang tak ah kan nak bazir duit gitu.... Dari Shah Alam, member opis hubby hantar sampai ke airport Subang. Sekejap je dalam 20 minit kot.. Kebetulan masa tu hari bekerja tapi time orang kat pejabat dah... Saja standby awal supaya tak kelam kabut...

     Flight pukul 2.30ptg. Naik Malindo Air.. Saya tak tahu apa-apa pasal tiket ke hape semua cik abg yang uruskan.. janji selamat sampai sudah... Perjalanan ke Langkawi ni ambik masa dalam sejam 45 minit ke 45 minit je.. Eh dah lupa la.. Haha.. Update lambat sangat dahla memori macam makcik umur 80 tahun..















Sampai kat Langkawi International Airport... Kalau belum booking kereta, jangan risau sebab kaunter travel tours yang sangat banyak.. Nak sewa homestay kat sini pon ada semua...













Menjejakkan kaki ke Langkawi, dah dapat kereta, terus je pergi cari port nak makan laksa... Nak try kat sini dulu. Laksa power..Tengok power ke tak power...Oh yea, lokasi gerai ni di Pantai Cenang... Dekat luar pagar airport.. Angin pantai sejukkkk sangat kat sini...






Kami order laksa 2.. pastu air kelapa 2.. Fefeeling tourist kahkah.. Padahal umah kat tepi pantai je.. hari-hari tengok pokok nyior.. rasa laksa ni pada saya macam biasa je.. familiar.. Macam laksa kat pasar malam kat area umah... Pastu macam mahal sikit.. 2 mangkuk laksa dan 2 biji kelapa RM16. Takpela alang-alang dah datang dari jauh kan...




Makan malam dekat Restoran Wan Thai... Kami order kerabu mangga, ayam tiga rasa, dengan siakap stim limau... Harga dia agak pricey... Tapi suasana selesa.. Ada aircond... Makanan sedap giler.. Memang puas hati. Kalau datang Langkawi memang wajib singgah makan sini...





Keesokkan hari, pagi-pagi dah keluar kononnya nak cari nasi lemak Rosalinda yang digembar-gemburkan kat blog sebagai nasi lemak yang sedap sangat-sangat.. Kami jumpa kedai tu.. Tapi rupanya untuk take out sahaja... Takkan nak tapau pastu nak balik homestay semula kan... Pastu tak jadi makan situ, kami pusing-pusing lagi kat sekitar Jalan Penarak tu...




 Jumpa gerai ni.. Tengok ramai orang beratur kat gerai dia... Kat Jalan Penarak jugak..



Pelbagai pilihan kuih muih...



Patut la kedai ni ramai orang datang... Nasi lemak dia dahlah murah.. Pastu boleh pilih macam-macam jenis lauk tambahan.. Kerang, sotong, paru, semua ada.. Kami makan nasi lemak ayam 2, teh ais 1, dan teh o ais 1.. Harga RM5 je...Dahla sedap.... Semoga murah lagi rezeki makcik yang menjual ni...




Kuih dangai kot ni.. Sedap...






Tengahari kami ke Skycab... Cik abang le nak sangat naik cabel car.. Kalau ikutkan memang taknak naik dah.. Serik sangat... Tapi pejam mata jela... Habis naik kabel car, perut lapar.. Kitaorang makan kat restoran yang dalam kawasan kabel car tu.. Area parking kereta... Haaa kat sini boleh tahanla mahalnya.. Nasi campur 2, teh ais 1, teh o ais 1= RM 18... Perghh... Sewa dia mahal kot...




Hari ke 3 kami ke Dataran Helang.. Aisyah excited tengok burung helang besar tu sampai tak terkejar nak mengejar dia berlari...



Kat sini try makan laksa lagi... This time, saya cukup puas hati dengan laksa penarak ni.. Sedapppp... Rasa manis ikan kuahnya... Lokasi kat deretan gerai yang banyak-banyak dekat Dataraan Lang tu... Kedai dia hujung sekali...





Masakan panas dia pun sedap jugak...




Sebelah malam pergi ke Kompleks HIG.. Usha-usha bag..





Pastu pinggan mangkuk memang wajib la kan... Memang tujuan datang sini sebab nak beli benda-benda ni...


Memang bestla shopping kat sini.. Harga dia jauh lagi murah dari kat Idaman Suri...







Comparelah harga kat HIG dengan Idaman Suri tu...





Malam kami makan di Uncle Jai's Cafe.. Suka deco kedai ni.. Cantik... Bersih je....



Order chicken chop 1, set tomyam dengan nasi putih, teh ais dan teh o ais, total cost RM26.. Tomyam tu tak abis... Kureng sket rasa dia...





Ni tak ingat kat mana...




Pastu plan seterusnya nak pergi Island Hopping... Breakfast kat luar Kompleks HIG.. Makan roti canai lauk kambing...








Ni kat Kompleks Pekan Kuah... Tak jadi Island Hopping atas faktor keselamatan sebab hujan lebat... **Sighhh






Tak jadi pergi melawat pulau, tapi perut kena isi jugak.. Makan dekat gerai laksa penarak tu... Tomyam dia sedap...





Next destinasi, rumah kelahiran Mahsuri...




Rasanya souvinier kat luar Rumah Mahsuri ni paling murah... beli gaklah sikit fridge magnet, kain batik dengan kain pelikat.






Kat dalam Rumah Mahsuri ni pun, ada jugak.. tapi harga dia mahal sikit...







Saja pusing-pusing pasar malam Langkawi...





Sampai kat Beras Terbakar dah lewat..Dalam pukul 6... Kedai-kedai kat luar banyak dah tutup.... Rasa macam kat Rantau Panjang sekejap..



Rupanya kawasan beras terbakar ni dalam kawasan rumah orang.. Bestnya tuan rumah ni.. Setiap hari ada orang melawat kawasan rumah dia.. Hehehe.. Rumah dia cantik...





Ni jela sejemput kawasan Beras Terbakar tu...





Hari ke 4, masa nak pergi Island Hopping, hujan masih lebat lagi... Ok, masa ni memang dah give up dah.. Dahlah last day, nak kejar flight lagi...





Kami ambik dengan Pakcik Adam ni.. Ok jugak pergi dengan dia.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Masa kami pergi tu hujan dah reda tapi masih renyai-renyai.. Pergi jugak yang naik satu bot dengan kami semua dah ready...




Sampai kat Pulau yang pertama.. Pulau Beras Basahw.. Tapi pulau ni teramatlah banyak monyet.. datang sini tolonglah jangan bawak makanan atau bag plastik.. Konpem kena kejar.. Ada satu family ni, bawak bag sebab baby dia masih menyusu.. Monyet tu bau susu tu kot... Atau ada makanan lain yang dia bawak... Dia siap kejar lagi akak yang dukung baby dia tu.. Suami akak tu acah dengan kayu depa tak heran pon.. Takut sangat.. Kesian akak tu sampai menangis-nangis dia..






Setengah jam je kat pulau ni.. Tapi setengah jam tu rasa macam bertahun.. nak tunggu bot datang ambik kami.. Terseksanya rasa macam kat neraka... Dengan nak kencing takde tandas.. Pastu dengan monyet-monyet yang gila ganas...



Next stop, kami ke Tasik Dayang Bunting.. Kat sini, tak panjat pun sampai ke atas.. Sebab ada monyet tunggu kat tangga tu.. Binagi betul la... Last-last cik abang naik sorang je... Saya dengan Aisyah tunggu je kat bawah..



Sampai kat tangga ni jela pengalaman saya dekat Tasik Dayang Bunting ni..









Sewa kereta ni sepanjang kat sana.. RM80 je sehari.. Murah kan...? Kat Kuantan memang tak dapek le harga ni... Nama pun duty and tax free kat sana..


































Hasil tangkapan di Langkawi.. nasib baik tak kena surcharge sebab barang terlebih.. Lagi 3 kg je lagi nak exceed...














Tuesday, October 28, 2014

Cuti Sambil Kerja @ Kelantan

 Assalamualaikum..


 Dah lama tak pergi jalan-jalan Kelantan.. Last pergi sana tahun 2009, masa abang kahwin.. Dapat kakak ipar orang sana... Tapi masa tu tak pergi berjalan sakan pun.. Just pergi kenduri, sempatlah pergi pasar Siti Khadijah kejapppp je... Dan balik... Eiii ruginya rasa...


Tapi baru-baru ni dapat pergi semula lepas sekian lama, yeayyy!!! Nama naik kena pergi kursus... Nasib baik dapat pergi berdua dengan sorang lagi officemate... Baru best sikit nak berjalan dan bershopping sakan.





Nilah tempat kursus kami... NAWMI Kelantan... Sebelum nak masuk ke sini, jumpa JKR Elektrik Kelantan dulu.. Hello JKR.. Saya rindu awak... Awak rindu saya tak...?   T___________T




Makan malam tak disediakan jadi kami meraban mencari tempat makan.. Tanya member Kelantan dia suggestkan Restoran Al Kahfi dekat-dekat Wakaf Che Yeh katanya.. Tapi kami pusing-pusing sampai sesat.. Tak jumpa... Last bila nak balik baru nampak restoran tu...Ada GPS pun sesat.. Kalau takde, tak taulah...








Last-last kat sini je kami makan... Hurm kalau Horizon kat Kuantan pun ada.. tapi, tula.. Beggars can't be choosers.. Makanlah seadanya...



Tapi makan kat sini agak murahla rasanya.. Untuk 3 orang makan nasi putih 3, siakap stim nyonya, sayur kailan ikan masin, udang butter prawn, tomyam, 2 ekor puyuh goreng dengan air 3, dalam RM80++ je.. Dengan environment dia yang ada air-cond dan selesa...Sangat berbaloi...





Lepas makan, kami memulakan operasi di Wakaf Che Yeh... Ok, rambang mata.. Tapi nasib baik masa ni belum gaji... jadi, mata jelah sekadar rambang... Duit selamat...




 


 


 Dia punya pelikat pants pun murah-murah.. At least murahlah dari kat Kuantan... Yang ni rembat satu untuk cik abang...







Pastu esok sambung lagi. Since kursus ni 2 hari, memang sempatlah kami pusing-pusing 2-3 kali Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah untuk compare harga barang-barang yang nak dibeli. Kat sini banyak memborong makanan untuk family dan kawan-kawan pejabat.













Ini budu ye.. Packing style baru.. Jangan tertukar dengan ubat gigi atau krim muka sudahhh... Ini dikirim oleh makcik dan adik... Satu papan ni ada 12 tiub.. Harga biasa dorang jual RM2 setiap tiub... Tapi harga dia tak sama.. Ada makcik yang jual RM24 sepapan, ada RM20... Ada RM17.. Yang saya dapat ni RM17 sepapan... Tu pun puas pusing satu pasar tu.. Budu punya pasal.....





Ni kat tempat jual beras.... Teman member, Ida beli since ayahnya berniaga makanan.. Nak mencari beras untuk nasi dagang.. Nasi dagang kat Kelantan warna merah... Kalau kat tempat saya, nasi dagang ala Terengganu... Beras putih je... Tapi 2-2 pun saya telan...




On the way balik, singgah kat Pasar Payang... Ida nak cari keropok lekor untuk kawannya...Tapi kedai banyak dah tutup, sebab dah malam... Saya tak nak cari keropok, nak makan crepe durian.. Jumpa!!! Suka sangat.....










Last sebelum sampai umah, singgah kat Chinese Street kat Kuala Terengganu...












Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum... 

Nak kongsi resepi yang simple je hari ni... Yang tengah jadi kegilaan ramai... Bahan-bahan dia teramatlah mudah.. Rasanya memang selalu ada kat dapur kita.. Cuma cheddar cheese je yang kena beli.




 Ok, ini 4 benda ajer kita perlukan.


**Pisang, ikut suka nak guna pisang apa.. (saya guna pisang berangan eh ke montel ni?

**Susu pekat manis  - ini untuk di drizzle atas pisang bila dah siap goreng nanti

**Tepung goreng pisang (ini kalau nak guna tepung gandum ke, tepung beras 

ke, boleh jugak.. Tapi saya nak senang kerja)

**Keju cheddar-untuk diparut, dan ditabur ke atas pisang
**Chocolate sos-kalau suka


Cara;-
1. MUla-mula, kupas kulit pisang. Belah 2.
2. Bancuh tepung goreng pisang ikut kelikatan yang sesuai. Celup pisang ke dalamnya.
3. Goreng ke dalam kuali yang berisi minyak, yang dah dipanaskan terlebih dahulu.
 4. Angkat dan toskan sebentar. Pastu boleh di drizzle dengan susu pekat.
5. Taburkan dengan parutan keju cheddar. (buat masa pisang tengah panas supaya cheese dia cair)
6. Kalau nak isi sos chocolate pon boleh isi masa ni.. Siap untuk dihidangkan...




 

  
Dah siap pon....  Senang sangat kan..???




Tapi kalau nak senang lagi, boleh tapau je kat kedai.. Hihi... Saya suggestkan kalau yang kat Kuantan tu, boleh cari gerai goreng pisang cheese ni. Lokasi dekat luar pagar JPJ lama dekat Tok Sira...






 Tapi siap sedia la nak tunggu turn kita.. nasib baik sistem kat sini guna no. giliran. Takdelah letih nak menunggu beratur bagai... Dah dapat no. giliran, boleh je tunggu dalam kereta. Then, pandai-pandai lah agak-agak dan tengok, kalau-kalau orang yang sebelum kita dah dapat, maknanya turn kita dah nak dekat la tu...saya suka cara ni.. At least dia adil pada semua customer dia.. Takdelah orang potong queue kan.. Datang kemudian tapi dapat dulu dari kita.. Mulalah rasa muka nak jadi hijau biru...





Yang ni saya beli pisang cheese special.. Dia isi sos chocolate... harga RM6, ada 8 keping... Kalau yang biasa RM5. Takde sos chocolate rasanya... Nampak pisang ni dah macam rupa apa kan, tapi yang penting, rasa dia sedappppp...!!





Tempat2 Makan Menarik @ Kuantan

Assalamualaikum wbt...

Saya ni sebenarnya, jenis yang jarang masak sarapan pagi.. Kalau hari bekerja tu memang confirmlah tak masak dah.. Kalau hari cuti, lagilah tak memasak sebab hari cuti lagi panjang langkah nak pergi berjalan-jalan merata...

Biasanya, kedai makan pagi kami kedai yang sama je cuma pusing-pusing ikut giliran... Antara kedai yang termasuk dalam pusingan kami tu, Restoran Natam dekat Semambu. Kalau terasa nak makan nasi lemak ayam goreng panas. kami ke Warung Mat Tempurung... Pastu suka jugak makan nasi kerabu. Tapi yang boleh telan dekat Nasi Kerabu Kemira je.. Alhamdulillah sekarang dah ada cawangan dia kat Tanjung Lumpur, dekat sikit dengan rumah.. Sebelum ni terpaksa berjalan jauh sampai ke Kuantan by pass.. Nasi kerabu punya pasal.. Tapi kalau semua-semua kedai tak bukak, biasanya kami ke Warung Achik Pata, Tanjung Lumpur.. Sebelum ni dia tutup setiap hari Ahad, tapi sekarang ni dia dah bukak.. Yeay...

Kat sini ada banyak pilihan makanan. Nasi putih pun ada dengan aneka pilihan lauk pauk... Roti canai pon ada.




 Sape tak nak makan nasi, jangan risau, roti canai ada..










 Ada banyak pilihan lauk pauk.




 Kerepok lekor, cekodok, popia semua ada...













Parking jangan risau.. Kawasan dia boleh muat banyak kereta. Lokasi kedai ni di Tanjung Lumpur. Kalau dari arah bandar Kuantan, naik jambatan tanjung lumpur. Ada satu susur ke kir. Ikut susur tu. Pastu sampai kat simpang 3, amik simpang kanan. Kalau ke kiri akan pergi ke arah Restoran Ana Ikan Bakar. Jalan terus sampai anda nampak kedai Acik Pata ni...




 

Thursday, October 23, 2014

Kerja sambil bercuti @ Cameron Highlands

 Assalamualaikum...

Ni cite zaman batu mana ntah.. Dah berbulan-bulan.. Sebelum bulan puasa... Kalau tak silap bulan 6, tahun ni.. Kena jadi auditor untuk 5S dan diarahkan pusing semua daerah dalam Pahang.. Pheww rasa nak tercabut kaki dengan leher... Turun naik tangga hotel.. Nak heret beg pakaian besar gedabak... Pastu lama nak kena tinggal anak dengan suami... Takpelah, kita ni orang bawahan ikut ajelah arahan pegawai atasan.. Jangan ingkar...SYMP...



  
Makan malam di Lipis



Lunch di Felda Koyan. On the way ke Cameron, kami singgah kedai nasi ayam Gemas.. Sedap nasi ayam dia..



 Dah sampai... Kami stay di Tanah Rata... Lupa nama homestay ni kihkih.. Dah berapa bulan punya cerita kan...




 Masuk ladang strawberry..



Makan strawberry chocolate kat luar bilik je... Homestay dalam ladang strawberry





Tetibe kt Bera pulak.. ni sebelum ke Cameron..



Selfie sebelum balik!!






Bakery dalam ladang strawberry... Scones dia sedapp!!









Buah ni rasa macam epal+jambu




Singgah pasar malam Brincang... Pekena mee sup ni..Perghhh memang sedap ahh.. Cuaca sejuk.. Makan sup panas-panas...








Malam last kat Cameron..



 Aiskrim strawberry...




 Intai-intai cenderamata...









Kesimpulannya, bestla jugak pergi berjalan time bekerja ni.. Tapi hati asyik teringat kat family je.. Dah guane..??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...