Lazada

Sunday, November 27, 2011

Kek Karamel

Lately, bila bukak blog masak-masak, banyak betul orang post pasal kek karamel ni... Mulanya tak berapa berminat nak buat, sebab rasa macam tak berapa sesuai je gabungan puding karamel dengan kek span tu.... Berdouble-double manis... Kalori pon berganda-ganda....   Tapi ntah nape arini semangat nak buat kek ni lain macam je...   Jadi petang tadi sementara budak kecik tu dengan abah dia tido, sempatla jugak nyelit-nyelit baking kek...




Untuk lapisan gula hangus


Untuk bancuhan puding


Adunan kek, meringue


Adunan kek, kuning telur


Siap dikuda belangkan...


Apesal rentung ni... adehh mak...




Nak buat ni tak lah susah mane.. Tapi agak cerewet jugakla bagi orang yang ada anak kecil macam saya ni.. Banyak guna bekas sebab putih telur tu kena pukul asing, satu bekas lagi untuk bancuhan puding... Pastu adunan tepung dengan kuning telur tu pakai bekas lain pulak... Belum masuk untuk part mewarna adunan... Tapi itu bukan alasan la kalo dah memang nak buat.... 


Cuma agak kurang puas hati sebab kek tu terhangus sket.. Ni gara-gara sementara nak tunggu kek tu masak, tetiba perut lapar... Kuar sekejap beli keropok ngan goreng pisang... Sempat lagi tu.. Heheheh....  Konfiden je takkan hangus sebab guna kaedah ''bain marie''... Sekalinya balik tengok, alamakkk...  Padan mukaku....




Pas kek dah sejuk, nak cuba untuk menterbalikkan dan alihkan ke dalam pinggan.. Terjadilah satu kejadian yang boleh menyebabkan heart attack..


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Toingggggg!!


Rasa nak pengsann weh.. Dahla penat-penat buat, sekalinya jadi macam ni pulak...  Ni pon sebenarnya dah bakar sekali lagi sebab masa mula-mula terbalikkan tu, adunan puding tu memang cair lagi.. Tapi adunan kek tu cantik pulak masaknya... Just nice.....  Pastu terpaksala masukkan semula dalam oven dan bakar lagi.. Kali ni guna api bawah pula... Lama gak bakar semula tu dalam 20minit....









Nila rupa kek tu bila dah siap... Suka dengan lapisan kek ni.. Sungguh gebu macam kek yang guna ovellete tapi resepi ni tak guna ovellete... Cuma part puding tu saya fail.. Next time nak cuba guna resepi puding gula hangus sendiri.. Nak tengok jadi ke tak.... Sebenarnya orang lain buat guna resepi yang sama jadi je... Tangan saya je yang tak power kot.. Tangan tak bedung...


Kat bawah ni saya CNP je resepinya, sumber dari SueAleen. Minta halal ye.. (*_*)


Bahan-bahan:
(A)


2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml)
(saya guna 1 tin susu cair-400ml)

70 gm gula kastor (saya cuma guna 50gm sahaja)
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung (saya tak guna pon)


~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.



(C)

135 ml air
(saya guna 120ml air)

3 biji kuning telur
45 ml minyak masak (saya guna minyak jagung 50ml)
70 gm gula kastor (saya cuma guna 50gm sahaja)
140 gm tepung gandum/superfine(saya guna superfine)
1 sudu teh serbuk penaik


~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.




(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor (saya cuma guna 50gm sahaja)
1 sudu teh cream of tartar (optional)


- Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.




Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.


2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.


3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.


4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.


5. Sedap dihidang sejuk.


Nota: Loyang tidak perlu dilengserkan terlebih dahulu.

P/s: Masa taip resepi ni, baru perasan, tadi tak guna pon tepung kastard. Pastu susu tu pegi bantai 1 tin... Resepi asal 1/2 tin je... Patutla bancuhan puding tadi cair tak masak-masak.. Adehai.... Sendiri salah... 



Simple Dinner

Malam ni dah kering idea.. Tak tau dah nak masak apa....  Malas pon ye jugak.... Nak kuarkan cadangan untuk makan kat luar, tapi takut kena marah....  Hehehe.. Cuti-cuti pon nak ngelat masak.....  Jadinya malam ni masak lauk yang simple sajerkk... Janji kenyang dan jimat duit....  Dan juga untuk habiskan stok haiwan ternakan dalam peti ais tu....







Ikan goreng bawang, teh lemon ais..


Sambal sotong




Tiada apa yang lebih menggembirakan dari terima pujian ikhlas dari suami... Macam lauk kat hotel katanya...(pandai bodek ye).. Walaupon tau masakan yang dimasak ni takde la sedap mana pon, tapi bila penat lelah kita dihargai, rasa sangat berbaloi dan terus hilang letih memasak tadi... Hihihi... 

Thursday, November 24, 2011

Help...!! Help....! Bantuan Diperlukan..

Kepada sesiapa yang tinggal di sekitar Kuantan, dan tahu atau mungkin pernah beli benda ni, sudila kiranya berkongsi info dengan saya kat mana boleh dapatkan beliau... Dah lama dah mencari.... Puas membelek kat Giant dengan Carrefour.... Tapi tak jumpa gak... Kat sini 2 pasaraya tu ajela yang boleh diharapkan kalo nak mencari bende-bende yang pelik-pelik ni....   Saya sedang cari benda ini...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Adehai.... Tolonglah saya ye kawan-kawan semua...  Banyak resepi yang saya nak try tapi buat masa ni terpaksa k.i.v dulu sebab tak jumpa puff pastry ni... Bila tengok orang masak rasa nak try jugak.... Harap-harap dapat jumpa gak...  Tapi janganlah bagitau nanti,  ''Miza, kat Giant Batu Caves ada jual benda ni''... Tak padan denn nak g sane semata-mata nak beli benda ni...

Tuesday, November 22, 2011

Pergi Kelas Lagi????

Masuk kali ni dah tiga kali pergi kuliah....  Huuu.?? Dah tua-tua baru nak pegi belajar ke mokcik??   Heheh....  Ilmu itu kan takkan abis belajar... Dari dalam buaian sampai ke liang lahad pon kene menuntut ilmu....  Tapi nak cite ni bukanlah pasal masuk kuliah u ke kelas akademik ke hape...  Sekadar kelas masak aje... Sori, kepoh je.....
Kelas terbaru ni kejadian sabtu baru ni... Niat menggebu-gebu nak belajar buat donut yang feeling-feeling 'Big Apple'....;p..... Tapi doh ni guna resepi biasa aje.... Cuma emphasize kat hiasan kasi gempak sket.....  Dalam kelas ni juga saya pakai apron yang dijahit sendiri seperti pada entry INI... Ehhh tetibe nak gak citer....




Rasanya kelas kali ini agak ramai student nak banding dengan 2 kelas yang saya pernah pergi sebelum ni.... Tapi ok je... Rasa macam takdela sesak sangat.... Sebab cuma tambah 1 meja je....  

Di bawah ni gambar semasa kelas berlangsung..... Part yang paling saya suka ialah masa dekat-dekat nak balik... Masa nak pack hasil tugasan dalam kotak... Pastu bab bergambo-gambo.... Heheheh......  Paling bes masa balik... Huuu.. Rasa tak sabau nak sampai umah sebab penat giler..!!   



Cikgu sedang canai doh 


Adunan yang telah diterap


Proses penggorengan


Donut klasik evergreen as green as the plate.....


Donut flower apetah.. dah lupe nama dia..





Yeahhh... Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan....  See... tak sangka boleh jahit sendiri apron tu.... Bantai le senget-senget pon...



Sesampainya di rumah............
Sedang dinilai tahap kesedapannya oleh ketua juri profesional...



Wahhh... shedappnyeerrrr...





Mee Goreng Hujung Bulan

Resepi yang sangat bertepatan dengan suasana semasa... Hikhik... Memandangkan dah hujung-hujung bulan ni, kita manfaatkan ape aje yang tinggal dalam esbok.. Resepi ni menggunakan mee lidi... Saya sebenarnya lebih suka makan mee lidi dari mee kuning sebab rasa dia kurang muak sikit..






Bahan-bahan:
1 bungkus mee lidi
2 sudu besar cili kering yang diblender
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
segenggam ikan bilis/udang kering*
*kesemua bahan bertanda* ditumbuk
telur- digoreng hancur
2 tangkai sawi - dipotong anggaran 1 inci
minyak untuk menumis
1 sudu makan kicap
garam secukup rasa


Cara-cara:-
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kering. Tumis lagi.
3. Masukkan mee, sawi, dan telur hancur. Gaul rata.
4. Perasakan dengan garam dan kicap.
5. Apabila dah masak, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Saturday, November 19, 2011

Yesss!! Siap Juga Apronku...

Setelah lama berangan-angan untuk jahit apron sendiri (apala angan-angan tak tinggi langsung, jahit apron??? wt fun), baru arini berjaya siapkan....  Tapi tak berjaya cari kain ikut pujaan hati....





Nak yang macam ni sebenarnya...




Tapi dapat pattern lain sebab yang jalur-jalur ni takde.... Malas nak pusing banyak-banyak kedai memandangkan waktu rehat tengahari yang seciput tu.... Singgah kamdar dan secara paksa rela terpaksala beli pesen lain  sebab itu aje yang macam ok sket.... Tema ialah hitam putih warna tahi cicak bendera pahang negeri tercinta...




2 - 3 kucing berlari, mana nak sama si kucing belang, puas sudah aku mencari, belang atkde ade, polkadot pon jadi le..







Jahit dengan penuh kesabaran (nipis senornye kesabaran aii tang jahit-jahit ni)











Ntah ape le rupa apron ni bila dipakai.... Tungguuuu...


TomYam Putih

Ni dinner dua malam lepas... Baru arini sempat nak nak update... Berturutan dua hari dinner masak tomyam... Tapi dah bosan tomyah merah, nak try buat tomyam putih pulak... Makan dengan ayam goreng berempah... Macam a good match gak mereka berdua ni...





















Resepi Tom Yam Putih:


Bahan-bahannya:-
300gm daging ayam - dipotong kecil
1-2 tangkai serai
3 helai daun limau purut - disiat
seulas bawang besar - dihiris baji
3 tangkai cili padi
1 keping asam gelugur
garam - optional
1 bungkus rempah tomyam putih adabi
sayur-sayur pilihan - saya guna kobis bunga dan tomato




Cara-cara:-
1. Didihkan air serbuk tomyam adabi. Masukkan ayam, serai, daun limau purut, cili padi, bawang dan asam gelur.
2. Bila air dah mendidih, masukkan sayur-sayuran.
3. Perasakan dengan garam. Tapi serbuk tomyam tu dah cukup masin.
4. Sedia untuk dihidangkan.












Nila rupa perencah tomyah putih tu.... Tak kesah la kalo orang nak kate, 'Elehh, guna perencah segera bolehlah'. Dalam keadaan saya yang bizi, balik kerja nak amik anak dulu, biasanya dekat magrib baru nak sampai umah, saya sangat-sangat le bersyukur ada benda-benda instant camni yang boleh cepatkan kerja di dapur... Thank you adabi... Pasni ni bolehla amik saya jadi duta ye... Ehekkss...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...