Lazada

Monday, June 23, 2014

Review makan: Kedai Dol @ Beserah

Assalamualaikum.
Just nak share tempat makan dekat dengan rumah.. Kot-kot ada orang jauh yang datang stay kat beserah, tak tau mana nak cari tempat makan, bolehlah try makan kat kedai Dol. Lokasi kat Taman Pelindung Maju. Berhampiran tasik Pelindung.
Biasanya kedai ni dibuka dari petang sampai lewat malam. Ada roti canai, nasi lemak, nasi minyak, keropok goreng dan cucur udang. Ada jugak mee sup dan mee goreng..
Saya suka makan kat sini sebab dekat dengan rumah. Sedap dan yang paling penting sebab harga murah Lol..
Nanti kalau sape2 yg dtg Kuantan atau stay kat Beserah, jangan lupa try makan kat kedai Dol ni tau.. Ok, itu aje nk story. Bye..

Popia Nestum



Assalamualaikum wbt.... 

Buat popia nestum ni masa wedding adik bulan lepas. Untuk diisi dalam goodies bag... Senang giler wooo... Resepi dapat dari blog Kak Ina KL disini.

Izinkan saya menyalinnya semula di sini ye.. Tuan punya resepi..


Bahan-bahan


1 pack besar popia
1/2 cawan horlicks -kalau tak ada boleh guna susu tepung
1/2 cawan gula halus - kisar
1 cawan nestum - kisar halus 

1 sudu makan susu tepung nespray (optional)
Lidi satay utk menggulung -akak guna chopstick
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat-akak guna tepung gandum yang dicampur dgn sedikit air.
 


Cara membuatnya


 
Sediakan kulit popia. 


1. Gulung popia gunakan chopstick



2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan campuran tepung.

3. Buat hingga habis satu peket popia. 

4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting. 
  


5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.  


 
Gula dan nestum diblend sehingga halus. Campurkan dengan horlicks.

 
Saya gaulkan dalam bekas ni je.. Senang.. Tutup penutup. 
Goncangkan.. Dah siap.

 
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.  

 7. Angkat dan toskan minyak.



 

  8. Sira/tabur dgn horlicks, gula, susu tepung & nestum kisar.
  
9. Gaul hingga rata.


 
Tips
1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.

2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.

3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara


Senang kan?? Selamat mencuba...

 

Monday, May 26, 2014

Jalan-Jalan @ Taman Teruntum

Assalamualaikum wbt..

Blog ni makin lama makin kucar lana dengan post yang tak berkait.. Banyak sebenarnya nak masukkan resepi-resepi tapi tula kamera snap dah campur-campur. Kejap guna kamera. Kejap guna phone.. Nak combine sekali tu susahnya... Campur dengan malas...

Ni citer hujung minggu yang minggu minggu lepas punya... Sementara cik abang pergi bengkel kereta, kitaorang lepak kat Taman Teruntum.. Sebab, kalau pergi bengkel tu dah konpem bosan. Perasaan yang sama kalau cik abang saya pergi bakery, macam tula perasaan saya bila g kedai kereta....

Bila bagitau Aisyah kitaorang nak g taman, apa lagi, melompatla makcik tu... Suka sangat... Nak main buai la tuh...








Sampai-sampai, pergi main kat area playground dulu.. benda alah ni dah ada dari zaman mamanya sekolah rendah lagi... Ish, mengimbas memori lama la pulak... Teringat kejadian monyet bawak lari air kotak ngan keropok kitaorang.. Pantang lepa, terus dirembat, dibawa lari atas pokok.. Nak kata apa.. Nak marah kang, monyet... Jangan gigit orang, sudah... Tapi monyet kat sini dah tak banyak macam dulu-dulu.. 






 http://daridapurmiza.blogspot.com

Rindu zaman budak-budak dulu..




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu Aisyah ajak datang sini lak.. Ni kat teruntum gak, tapi sebelah hala ke taman buaya... Amboi bersambung-sambung.. Memang lambat lagila nak balik jawabnya..





 http://daridapurmiza.blogspot.com

Jongkang jongket era mama



 http://daridapurmiza.blogspot.com

Yang ni zaman Aisyah




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Tak ramai orang time ni... Pagi lagi kekdahnya.




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Adalah 2 orang kat taman.. Yang bagusnya, tak berebut-rebut.. Sebab kalau bab berebut ni, memang takde can nak mainlah anak dara tu...
  



http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu ajak tengok buaya... Main kira-kira macam 'Pada zaman dahulu'.. 
Satu tambah satu, dua.. Blerghh



http://daridapurmiza.blogspot.com

Bukan suka orang amik gambo dia.. Macam mama je nih..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Ni buaya besor sikit. yang tadi anak-anaknya..



 http://daridapurmiza.blogspot.com
Pas buaya, ular pulak..



http://daridapurmiza.blogspot.com
Jalan lagi..


http://daridapurmiza.blogspot.com
Dan lagi..





 http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu kena panjat tangga lak.. Adeii dah tau maknya ni warga emas dah hahah..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Ni ungka ke hape tah. dia punya bising, satu zoo tu dapat dengar...


http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com



Kesian burung kasawari ni.. Dahlah duduk sebelah ungka.. Nak tido pon tak senang agaknya..



http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com

Kesian rusa ni.. Ada luka kat badan dia.. Hopefully penjaga dia dapat sapu ubat.. Lalat ngan langau dah hidu-hidu dah..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Jalan-jalan, jumpa lak dengan 2 pupu dia... Ingat abangnya aje, nama Yusuf, adik ni lupa lak...


 http://daridapurmiza.blogspot.com








http://daridapurmiza.blogspot.com


 http://daridapurmiza.blogspot.com


 http://daridapurmiza.blogspot.com 




http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com


Sekali-sekala oklah datang sini. Kalau setiap minggu pergi nanti dah rasa tak special la.. Ok, dah nak balik..

Sekian..

Friday, May 23, 2014

Berjiwa Seni

Assalamualaikum wbt.. 

Anakku yang berjiwa seni. Terima kasihlah sebab tolong buat contengan-contengan seni ni.. 


Dengan mama takpelah awak nk menconteng, dah tak kuasa nak berbunyi..  Tapi abah konpem membebel  punya..

Reaksi lepas kena marah..


Yooo abahhh..... Peace no war!!

Sunday, May 18, 2014

Review tempat makan best di Kuantan @ Restoran Al Fatani

Assalamualaikum wbt...

       Kali ni saya nak kongsi tempat-tempat makan kat Kuantan yang selalu kami pergi... Salah satunya ialah, Restoran Al Fatani... Lokasi, bersebelahan dengan Petronas Beserah... Menyediakan mostly menu makanan panas ala Thai... Sebenarnya tak terkira dah berapa kali kitaorang datang makan di sini... Dah kena jampi kot.. Behehehhh... Salah satu sebabnya, mestilah lokasi, dekat dengan rumah.. Selain harganya yang sangat berpatutan... Dan yang paling penting, rasa hidangannya yang sedap.. 

        Dah banyak kali terjadi, bila nak makan luar, saya dengan suami seboleh-bolehnya cuba untuk makan di kedai yang berlainan... Sebab bosan jugak asyik makan di kedai yang sama jer.. Tapi end up makanan tu tak sedap, mesti menyesal.. Pastu ayat yang selalu kuar, 'Eii kalo tau tadi baik kita g makan kat Pattani je'...  Selaluuuuu sangat... Dah try kat semua kedai-kedai makan even yang famous amous kat Kuantan ni sekalipun, kat Tg Lumpur, kat Bandar, Balok.. Semua lah pendek kata... Tapi akhirnya kami akan buat pusingan 'U' ke sini juga.. Memang terbaikkk makanan dia...

      Ok yang saya sangat-sangat rekomen kat sini *Must try* menu dia;
     
i). Tomyam - Ini adalah cara saya nak nilai kedai makan ala Thai.. Kalau sedap tomyam dia, sedaplah makanan-makanan yang lain... Tomyam putih dengan sayur, ayam, sotong dan udang.. Tak kedekut bahan... Rasa panas, masam, pedas dan masin yang seimbang... Memang thumbs up...

ii). Sup ekor dan sup tulang  - Kalau  tak suka atau dah bosan makan tomyam, saya suka juga order sup tulang/ekor... Rasa pedas dan masin yang cukup.. Dengan tulang dan ekor yang direbus sehingga lembut. Rasa macam makan kolagen jer.. Slurpppp...

iii). Sotong celup tepung - Saya suka. Must have..

iv). Sayur campur goreng / kailan ikan masin / kangkung belacan

v). Ikan siakap.. Boleh request untuk masak macam-macam style.. Tapi saya selalu order siakap stim atau tiga rasa je... Rasa memang marbelessss !!!



Gambar ni saya amik dari fb restoran dia.. Boleh contact no tu kot kalau nak booking..





http://daridapurmiza.blogspot.com

Ni suasana kat dalam kedai... Malu nak snap banyak-banyak macam poyossss kott hehehehhh. Ni kami datang petang tak ramai lagi orang.. Kalau malam memang penuh meja.. Nak parking pon kena menapak sikit..




http://daridapurmiza.blogspot.com

Tanam azam.. 'Makanan ni boleh kuhabiskan sekelip mata..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Sup ekor, kangkung goreng belacan, sotong goreng celup tepung dan telur dadar.



http://daridapurmiza.blogspot.com
Makan taimmm...


Ok, nanti jangan lupe pergi try tau.. Sebab banyak-banyak kedai saya pergi, kedai ni rasa masakan dia tak pernah berubah...  Kalau 1st time pergi sedap, kali ke dua pergi dah tak sedap.. Memang tak akan datang lah untuk kali seterusnya.. Tapi kedai ni, datanglah tiga ploh kali pon, rasanya sedap macam mula-mula datang... Harap-harap tokey kedai dia terbacalah blog saya ni.. Bolehlah next time kami datang makan free!! Ok, tata...




Baru update: Kot-kot ada yang berminat nak try makan kat sini, ni lebih kurang maps dia.. Kasi besar punya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...