Kali ni saya nak kongsi tempat-tempat makan kat Kuantan yang selalu kami pergi... Salah satunya ialah, Restoran Al Fatani... Lokasi, bersebelahan dengan Petronas Beserah... Menyediakan mostly menu makanan panas ala Thai... Sebenarnya tak terkira dah berapa kali kitaorang datang makan di sini... Dah kena jampi kot.. Behehehhh... Salah satu sebabnya, mestilah lokasi, dekat dengan rumah.. Selain harganya yang sangat berpatutan... Dan yang paling penting, rasa hidangannya yang sedap..
Dah banyak kali terjadi, bila nak makan luar, saya dengan suami seboleh-bolehnya cuba untuk makan di kedai yang berlainan... Sebab bosan jugak asyik makan di kedai yang sama jer.. Tapi end up makanan tu tak sedap, mesti menyesal.. Pastu ayat yang selalu kuar, 'Eii kalo tau tadi baik kita g makan kat Pattani je'... Selaluuuuu sangat... Dah try kat semua kedai-kedai makan even yang famous amous kat Kuantan ni sekalipun, kat Tg Lumpur, kat Bandar, Balok.. Semua lah pendek kata... Tapi akhirnya kami akan buat pusingan 'U' ke sini juga.. Memang terbaikkk makanan dia...
Ok yang saya sangat-sangat rekomen kat sini *Must try* menu dia;
i). Tomyam - Ini adalah cara saya nak nilai kedai makan ala Thai.. Kalau sedap tomyam dia, sedaplah makanan-makanan yang lain... Tomyam putih dengan sayur, ayam, sotong dan udang.. Tak kedekut bahan... Rasa panas, masam, pedas dan masin yang seimbang... Memang thumbs up...
ii). Sup ekor dan sup tulang - Kalau tak suka atau dah bosan makan tomyam, saya suka juga order sup tulang/ekor... Rasa pedas dan masin yang cukup.. Dengan tulang dan ekor yang direbus sehingga lembut. Rasa macam makan kolagen jer.. Slurpppp...
iii). Sotong celup tepung - Saya suka. Must have..
iv). Sayur campur goreng / kailan ikan masin / kangkung belacan
v). Ikan siakap.. Boleh request untuk masak macam-macam style.. Tapi saya selalu order siakap stim atau tiga rasa je... Rasa memang marbelessss !!!
Gambar ni saya amik dari fb restoran dia.. Boleh contact no tu kot kalau nak booking..
Ni suasana kat dalam kedai... Malu nak snap banyak-banyak macam poyossss kott hehehehhh. Ni kami datang petang tak ramai lagi orang.. Kalau malam memang penuh meja.. Nak parking pon kena menapak sikit..
Tanam azam.. 'Makanan ni boleh kuhabiskan sekelip mata..
Sup ekor, kangkung goreng belacan, sotong goreng celup tepung dan telur dadar.
Makan taimmm...
Ok, nanti jangan lupe pergi try tau.. Sebab banyak-banyak kedai saya pergi, kedai ni rasa masakan dia tak pernah berubah... Kalau 1st time pergi sedap, kali ke dua pergi dah tak sedap.. Memang tak akan datang lah untuk kali seterusnya.. Tapi kedai ni, datanglah tiga ploh kali pon, rasanya sedap macam mula-mula datang... Harap-harap tokey kedai dia terbacalah blog saya ni.. Bolehlah next time kami datang makan free!! Ok, tata...
Baru update: Kot-kot ada yang berminat nak try makan kat sini, ni lebih kurang maps dia.. Kasi besar punya
Yeayyy must try!
ReplyDeleteWajidd cube tau..
ReplyDeleteMap ade x? Area mane ek?
ReplyDeleteArea beserah.. Tau x polokilinik beserah? dia sebaris dgn klinik dan petronas beserah
ReplyDeleteUstaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.
ReplyDeleteUstaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.
ReplyDelete