Assalamualaikum wbt...
Atas permintaan cik abang yang nak makan roti panas-panas... Terpaksala daku merajinkan diri... Nasib baik ada pembantu kalo tak jenuh jugaklah nak mengulinya.... Resepi saya ambik dari blog Azie.. Alhamdulillah tak mengecewakan hasilnya.. Roti lembut...
Yang ni versi taruh cheddar cheese yang diparut... Sedap.. Wangi je bau dia...
Kepada yang nak try, ni resepinya..
Roti Naik Pahang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening
500 gm tepung gandum
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung
Cara cara:
1. Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.
2. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
2. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.
3. Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.
4. Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening. Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya. (Saya guna bread maker. Taruk je semua bahan dalam bread maker tu, pastu pilih aturan yang sesuai, biarkan mesin selesai menguli dan bagi naik , semua dalam 1 1/2 jam)
5. Lap
tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya
sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan
majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.
6.Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit. Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.
(Saya ikut Azie)
7. Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.
Haaa, tengok tu.. Banyak kan dapat hasilnya.. Guna 1/2 kg tepung gandum je.. Ni ada satu lagi tak masuk gambar.. Roti cheese yang dalam loyang bulat. Boleh makan dari pagi sampai malam.
Banyaknya dapat..memang berbaloi-baloi nie..hehe..mesti puas makan :)
ReplyDeleteEyma balkish: haah.. Itula..jenuh nak habiskan. Kena bg kat jiran2..
ReplyDelete