Assalamualaikum wbt...
Ni cite bulan lepas.. Genap sebulan baru teringat nak update bihihihh... Semua cite lately dalam blog ni memang kebanyakkannya backdated...
Ok kembali seperti tajuk di atas.. Permulaannya, my officemate, Ida yang bagitau pasal carboot sale ni... Since dia memang dah berniaga kat carboot sales depan UTC, dia nak ajak saya join yang dekat Taman Teruntum ni... Saya pon lepas fikir-fikir dan tanya cik abang, dah dapat greenlite, rasa ok, set... Bolehlah cuba nasib... nanti nak jual kek macam-macam (dalam kepala angan-angan mat jenin)..
Nak amik tapak carboot ni, nak kena contact dan bayar yuran pada penganjur pulak... OK part yang ni, nasib baiklah setiap hari Khamis, kitaorang ada latihan koir kat HQ so boleh excuse keluar awal sikit... Pergi ke ofis penganjur (yang dekat Taman Teruntum ni penganjur dia ialah DPMM, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.. Ofis dia berhadapan dengan Hotel Seri Malaysia, Jalan Teluk Sisek. Lokasinya, selang 2 buah dari kedai KotakKalam.. Sape-sape yang suka makan kek tu mesti tau kedai ni kan... Dalamnya ada macam-macam kek sodap2 dari Cakekers (ahh sudah ni aku siap promote Cakekers pulak)...
Untuk pendaftaran, kitaorang kena bayar RM30.. dapatlah sticker kereta 2 keping, untuk tampal depan ngan belakang kereta.... Meja, kerusi, lampu semua peniaga kena bawak sendirian berhad.. Waktu berniaga ialah dari pukul 5 ptg sampai pukul 12.00 malam...
Nak diceritakan, dari pagi sampailah petang nak menjual tu memang biziiiiiiiii gilersssss (plural okay).. Kesian anak pon tak sempat nak careeee.... Bila sampai sana orang tak ramai lagi, so kitaorang pilih tempat yang teduh... Masa ni nak bukak bonet tak berani lagi yela takde orang bukak lagi, kita ni first time tak tau cara macammana... Lepas sejam gitu, barulah ramai peniaga datang.. Masing-masing pon start arrange barang... Tapi kami rasa tak puas hati lah sebab sepanjang tempoh tu, penganjur takde turun padang pon tanya khabar ke, apa ke kan... Sebab menurut Ida, penganjur dekat UTC tu emmang setiap malam Jumaat tu akan pergi ke setiap lot peniaga.....
Malam tu, memang ramai pengunjung kat Taman Teruntum tu sebab ada nite zoo... Ada persembahan macam-macamlah pendek kata.. Despite malam tu ada bola lah kat stadium.. Pastu ada ceramah dari AI lagi...Memang ramai giler kat Teruntum... Tapi mungkin sebab hebahan tak ada, publisiti tak ada, pengunjung tak ramai yang datang ke lot carboot ni... Hurmmm.. Maybe next time MPK dengan DPMM boleh fikirkan pendekatan lain.. Supaya boleh datangkan keuntungan kepada ketiga-tiga pihak...
Ohh satu lagi saya nak komen, tempat solat yang disediakan.. Sedih sangat tau... Dia just sediakan satu canopy yang mana tempat solat lelaki dengan wanita hanya dipisahkan dengan tirai dari backdrop.. Ruang dalam kotor... Pastu tempat nak amik wuduk tau amik kat man, amik kat paip luar.. Cemana la orang pempuan nak amik wuduk kat tempat yang terdedah camtu...? Last-last saya pergi solat dekat surau perumahan yang terhampir... nasib baiklah kitaorang datang 2 buah keta. Dah boleh agak dah... So, kalo next time dioffer kat Taman Teruntum ni, rasanya tak menjual dah kot hehehhh.. Unless, MPK dan penganjur amik inisiatif sediakan tempat yang lebih baik. Yang mesra pembeli dan penjual....
Ok, selingan....
No comments:
Post a Comment