Lazada

Monday, December 5, 2011

Tiramisu Againnn???

Semalam (Ahad) adalah hari yang sangat sibuk.. Nak kata kuar, tak kuar mana-mana pon.. Dok umah je.. Tapi dok kat umah pon tak buat ape-ape jugak.. Mengemas kemana, baju basuh pon tak sempat jemur.. Penatnya sampai ke malam... Selepas breakfast, siapkan kek span untuk buat tiramisu.. Blogwalking, singgah ke blog ANA SUZANA.. Terliur pulak tengok dia wat tiramisu dalam bekas kecik-kecik... Kebetulan lak sedang mencari-cari idea nak masak apa sebab nak abiskan stok cream cheese.. kalo nak tunggu waktu senggang memang tak buatla jawapnya sampai cheese tu berkulat... Resepi kek span dapat dari opismate, Kak Ita.. Thanks ye.. Sangat gebu dan lembut kek tu....  Tima kasih sudi kongsi ilmu bermanfaat...









Tiramisu kiwi, request dari hubby



tiramisu coklat/kopi, my guilty pleasure..


Bahan-bahan Untuk Kek Span.
125gm tepung self raising flour
15gm ovellate
125gm gula kastor
5 biji telur gred B
40gm air
7ogm minyak masak/jagung/butter cair


Cara-cara:-
1. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 170 darjah celcius selama 10 minit.
2. Dalam mangkuk, satukan ovellate bersama gula sehingga sebati dan rata.
3. Masukkan telur dan tepung bersama bahan di atas tadi. Pukul sehingga gebu dan tak jatuh.
4. Perlahankan mixer, masukkan air. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Perlahankan mixer, masukkan minyak jagung/butter cair. Pukul lagi sehingga rata dan kacau pula dengan spatula/senduk kayu.
6. Sediakan tin pembakar. Alas dengan kertas(tak perlu gris).
7. Tuangkan adunan separuh bekas dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 35-40 minit. Setelah masak, keluarkan dari loyang.


P/s:   Adunan kek ini dapat untuk 2 biji kek sederhana tebal. kalo mau kek tebal, buat satu loyang sahaja.


Untuk tiramisu:-
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe

150gm kiwi filling dibancuh dengan 40ml air
serbuk koko untuk hiasan


Cara-cara:-
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2.  Satukan gula, cheese dan cream
3.  Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4.  Potong kek pada 3 bahagian
5.  Susun 1 bahagian dalam bekas


6.  Lembapkan kek dengan air nescafe(sudu-sudukan atau boleh letak nescafe atas piring kecik, celupkan kek).


7.  Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek. Taburkan serbuk koko.


8.   Susun lagi bahagian kek yang selebihnya


9.   Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...


10.  Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.


11. Untuk perisa kiwi pon sama. Bezanya lepas letak kek, letak lapisan filling kiwi, letak cream cheese. Tak perlu letak serbuk koko.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...