Lazada

Friday, February 28, 2014

My Wishlist

Belek-belek balik notes dalam handphone.. My wishlist.. Dah 2 tahun tak terbuat-buat lagi... Harap-harap dapat suntikan vitamin R hujung minggu ni..Chaiyok-chaiyok..



Wednesday, February 19, 2014

Saya adore sama si dia

Assalamualaikum wbt...

Entry pendek sebelum rehat tengahari... 

Tadi tangan ni saja menggatal google dan menggodek ke sana ke mari takde arah tujuan.. Dan terjumpala blog ni, nisahdihati..  Blog sepupu saya yang sekarang menetap di Rabigh Qasr, Makkah, Saudi Arabia.. Tak tau pulak kak Tahrun ada blog... Tapi kalau tengok fb dia... memang boleh meleleh air liur... Penuh dengan makanan-makanan yang sedap-sedap...


       Beruntungnya suami dia, dapat isteri cantik, pandai dan rajin memasak lak tu... Paling tak tahan kalau tengok dia masak makanan yang mengimbau zaman kecil saya.. Macam kek ang... Perghhh... Baru-baru ni dia upload masak mee calong... Suami saya yang tak suka makan mee calong tu tetibe je cakap, 'Hujung minggu ni masak mee calong eh.. Guna mee lidi.. Sedap pulak tengok yang sepupu syg masak tu'...   Amboi-amboi ni boleh mendatangkan jelezz hihihi...

  Ni gambar-gambar dari fb dia... Terliur tak tengok?? Masya Allah..Rajinnyala akak sepupuku yang sorang nih.. Ni baru sebahagian.. kalau nak tengok lebih lagi, boleh tengok fb dia... Rambang mata nengoknya...








Kak Tahrun buat sendiri mee kuning dan laksa gandum... Adore sangat... Saya belum sampai ke tahap ni lagi...


 Yang penting, ketupat sotong versi beserah tu.. Marveless..




Tak boleh jadi ni...Asyik tengok gambo makanan, nak kena kuar cari lunch.. Bye2..

Chilled Mango Cheesecake


   Assalamualaikum... 

Dalam entry sebelum ni saya ada postkan pasal cheesecake  dari Kulacakes. Lepas makan kek tu, saya try buat sendiri sebab tak puas rasa makan sepotong ngeheheh... Lepas google every tengok resepi saya rasa resepi ni paling dekat dengan kek yang saya makan tu... Cadangan saya, kalau nak buat cheesecake, bolehlah guna cheese yang sedap sikit, macam philadelphia by kraft. Saya ada jugak try buat cheesecake dengan guna cream cheese dari brand yang lain, macam T..T.A @ A.C..R @ M..R.I @ S...S tapi rasanya tak sesuperb guna philadelphia ni..






    Resepi ni saya dapat dari blog Ritabasket.. Yang ni saya dah translate.. Kalau nak tgk kek yang dia buat, boleh klik sini.


Crust base untuk saiz loyang kek 8”
130g biskut digestive (McVitie's)
90g mentega - dicairkan

Filling:
250g cream cheese, lembutkan pada suhu bilik
75g gula kastor
2½ tsp gelatine
3 tbsp air
4 tbsp puree mangga segar
1½ tbsp jus lemon segar
200g mangga, didadu kecil
200g whipping cream, diputar kental

Topping A
1/2 cawan puree mangga
1 teaspoon jus limau
3 tablespoon air
11/2 teaspoon serbuk gelatin
setitik dua pewarna kuning

1.      Lapikkan dengan kertas minyak pada dasar loyang kek springform saiz 8” dan griskan jugak sekeliling loyang.
2.      Masukkan biskut digestive ke dalam food processor dan mesin. (Cara saya,  masukkan biskut ke dalam plastik, hancurkan dengan guna kayu penggelek). Dah hancur, masukkan ke dalam mangkuk sederhana besar.

3.      Masukkan mentega yang dicairkan tadi kedalam mangkuk berisi biskut kisar tadi. Gaul hingga sebati dan doh boleh dikepal. Masukkan ke dalam loyang dan tekankan sehingga padat ke dasar loyang kek.
4.      Maukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit. (Saya tak buat yang ni)
5.       Untuk fillings, rendamkan gelatin ke dalam sedikit air. (Biarkan selama 15-20 minit supaya serbuk gelatin dapat mengembang dan menyerap semua air. Ini adalah bagi memudahkan proses pencairan gelatin ke dalam bancuhan keju nanti. Bila dah kembang sepenuhnya, isikan mangkuk berisi gelatin tadi ke atas mangkuk yang berisi air panas untuk dicairkan. Kaedah double boiler. Teknik ini digunakan bagi semua resepi yang menggunakan serbuk gelatin.) 

 6.      Pukul cream cheese and gula kastor sehingga gebu dan lembut
7.      Masukkan puree mangga, jus lemon dan gelatin yang dicairkan tadi. Putar rata.
8.      Masukkan whip cream yang dipukul kental tadi. Kaup balikkan ke dalam bancuhan keju. Masukkan mangga yang didadu kecil.
9.      Tuangkan ke atas loyang yang berisi base biskut. Levelkan dengan spatula, jika perlu
10.  Sejukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 4-6 jam, sebaiknya semalaman supaya kek set sempurna.
11.  Untuk toppings, 4 jam kemudian, cairkan serbuk gelatin yang telah kembang direndam seperti kaedah di atas di atas periuk kecil yang berisi puree mangga, jus limau  dan sedikit gula kastor. Panaskan sehingga gelatin cair sepenuhnya. Padamkan api.

12.  Masukkan 2 titik pewarna kuning. Sejukkan. Taburkan hirisan mangga ke atas kek yang telah set. Curahkan topping yang disejukkan tadi ke atas kek.
Biarkan topping set 2-3 jam sebelum kek boleh dikeluarkan dari loyang.

Tuesday, February 18, 2014

Saya Lapar

      Pheww..Baru sampai opis.. Baru balik dari site... Patutnya aku update report la dulu kan..Tapi sebaliknya aku pergi update blog... Hewhew takpe memandangkan kerja untuk arini dah setel.. Kerja kat opis baru ni tak sezibi opis lama kerja menimbunnnnnnnnn.... 


        Semenjak kerja sini, dah jatuh cinta dengan puding raja ni.. Masa kerja kuantan dulu, selalu jugak makan puding ni tapi tak sesedap dan sepure yang kat Pekan ni.. Kuah dia pekat, cukup manis... Cukup rasa... Dengan jala mas dia.. Dengan pisang lemak manis yang digoreng tu...


       
        
   Nah, puding raja pekan.. Kalau terasa nak makan macam raja bolehla cuba makan ni. Next time ke Pekan, Pahang jangan lupa mesti beli ni..





       Yang ini, Chilled Mango Cheesecake.. Beli di Kulacakes, Kuantan.. Rasanya, humm.. Yummy yummy...Terasa kekejuannya... Di bahagian bawahnya dilapik dengan crust yang rangup dan wangi.. Dan kemanisan topping mangga dibahagian atasnya yang just nice... Setiap gigitan terasa macam makan buah mangga ditambahkan lagi dengan hirisan buah mangga segar yang turut dihiaskan diatasnya... Pelbagai tekstur rasa dalam setiap gigitan, rangup, lembut, dan kenyal...Satu slice RM6, kalau tak silap.(Resit aku dah buang)



 



          Yang ini, Pavlova With Fresh Fruits... Juga dari Kulacakes Kuantan.. rasanya not bad, tapi pada aku pavlova lebih sedap kalau tak terlalu banyak hidangan sampingannya/toppingnya.. Supaya kita boleh rasa rasa asli meringue tu... Pavlova ni turut dicurah dengan sos coklat dan coklat chips kat atas tu... Selain dari potongan buah-buahan segar (strawberry, anggur dan blueberry) dan whip cream... RM8 kot kalau tak silap aku, untuk satu slice...

         Setakat ini, pavlova terbaik yang pernah aku makan di Kuantan adalah dari Sis Apple Delight yang beroperasi melalui fb mereka.. Diusahakan oleh Dr. El Huda.. Sumpah sedap betul pavlova dia.. Meringue dia tak hanyir langsung.... Crispy... Kat bahagian dalamnya chewy gewy macam marshmallow... Bahagian yang paling aku suka, adalah toppingnya. Biasanya orang lain just guna non dairy whip cream. So agak manis padaku.. Yg Sis El Huda ni buat, dia guna dairy whip cream, tambah dengan vanila powder dan sedikit gula aising.. Memang wangi dan sedap macam aiskrim... Dan toppingnya tak manis sangat.. Just perfect... Banyak jugak produk yang dah aku beli dari dia, mini pavlova, nutty crunchy, tart nenas (sedappppppp sekali makan 1 balang, nak 10 balang lagi) dan pretzel (sedap)... Bolehlah pergi fb dia kalo berminat. (Aku tak dapat apa-apa komisyen pon dari dia hewhew.. Cuma nak share makanan yang sedap yang aku suka makan..Next time maybe boleh kot Sis El, buy 1, free 1 kot..??)

Monday, February 17, 2014

Cheese Cake Meleleh

Assalamualaikum...

Kat mana eh sekitar Pekan/Kuantan ni yang kita boleh beli cheesecake leleh yang sedap? Kalau tengok promosi besar-besaran kat fb, ada satu produk Syafa cheesecake leleh.. Nampak best.. Feedback customer pon ok.. Have to, have to beli jugak nanti cheesecake ni.. 

Sebab nak makan tu, last weekend buat jugaklah kek ni.. Resepi ni tak guna kek span biasa.. Buat guna resepi 'slice cheesecake'. Saje je mengade hikhik.. Alang-alang nak makan sendiri khennn.. Barang tak berapa cukup nak buat senornya so terpaksa oter sikit di beberapa bahagian.


 


Untuk kek, saya guna resepi ni. Sori saya xigt dpt dari mana sebab google through phone dan saya cnp. Nanti saya linkkan penyumbang asal resepi ni.





Updated: Resepi dapat dari blog Hana Memories
Slice cheesecake
4-5 keping slice cheese
200ml susu segar
70gm butter atau marjerin
70gm tepung gandum diayak
70gm gula
4 biji telur saiz b
Beberapa titik esen vanila

Cara- cara:-

1. Potong atau siat slice cheese kecil2. Campurkan dengan susu segar.



 


2. Masukkan ke dlm periuk. Gunakan api perlahan sehingga cheese cair.
Kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut. Tutup api dan sejukkan
sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur bersama gula
hingga menjadi meringue.
5. Di dalam bekas lain, pukul kuning telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan beberapa
titik esen vanila. Gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. Glis
acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan kedalam acuan.
8. Bakar pada suhu 170 darjah cecius selama 20 minit dan turunkan suhu kepada 140 selama 40 minit. Kaedah bain marie. Acuan 20cm/ 8 inci.

Untuk topping meleleh: (resepi asal)
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar susu cair/fresh milk

Topping adjust by miza:
2 keping slice cheese
250 ml non dairy whip cream
Keju cheddar, diparut

Cara:
1. Cairkan slice cheese dalam anggaran 100ml whip cream diatas api. Jangan sampai mendidih. Cukup untuk cheese cair aje.
2. Sejukkan. Putar whip cream hingga kental. Campurkan adunan cheese+whipcream. Putar kembang.
3. Susun kek dalam bekas. Paipkan/sudukan cheese leleh, tabur parutan cheese. Boleh buat 2 layer jika suka(tamak..hahah)




Saya guna cheese ni..




Friday, February 7, 2014

Tempahan kek

Cerita lama... Baru nak letak kat sini... Tempahan kek gula hangus dari mak sempena majlis bertunang sepupuku..






 Nilah tuan punya badan. Comey lotey orangnya.. Selamat bertunang Khairiah...
(Gambar dicilok dari fb kakaknya, Nurul. Ampun ya Nurul, hehe)

Simple chicken salad

Assalamualaikum..

Wohhh lama giless aku mengabaikan blog ni... Rasanya belum terlambat kott (??) nak ucapkan selamat tahun baru buat semua yang sudi singgah blog ni... Semenjak pindah ofis baru ni tak sempat nak update lagi....

Hari ni DDM nak share satu resepi yang simple je.. Asalnya ni resepi campak-campak dari suami... Ada suatu hari tu, pada waktu malam... Bila si isterinya sibuk sangat menjahit baju... Si suami rasa lapar dan dia masuk ke dapur, masak sendiri... Malas gamaknya nak bising-bising...Sedar-sedar je bila dah masak & siap... Bila dah masak barulah si isteri sedar dia pon lapar jugak pastu dengan muka tak malu tumpang sekaki...






OK ni resepinya... 

1/2 biji cili benggala- dipotong saiz senang dimakan, saya guna warna merah dan kuning
1 biji tomato - dipotong kecil
2 keping daging burger ayam extra crispy - digoreng dan dipotong kecil
1 keping roti putih - dipotong kiub dan digoreng sehingga garing
2-3 helai daun salad- dibersihkan dan dipotong saiz kecil
3-4 sudu besar mayonis
1-2 sudu besar sos cili -
serbuk lada sulah - secukup rasa

Cara:-
1. Dalam mangkuk, masukkan roti dan daging ayam yang telah dipotong, cili benggala, tomato dan daun salad.
2. Tambahkan mayonis, sos cili dan lada sulah. Gaul sebati.
3. Siap untuk dimakan. Yummmy...





Salad ni sesuai jugak untuk yang nak diet. Cuma tukar sikit beberapa bahannya. 
1. Roti yang digoreng tu tak payah isi.
2. Daging burger goreng boleh ditukar ke dada ayam yang dipangggang atau direbus.
3. Mayonis boleh digantikan dengan isi putih telur rebus yang dilecek + minyak zaitun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...