Lazada

Monday, March 30, 2015

Ooey Goey Chocolate Brownies

Assalamualaikum...

Semalam bizi giler.. Pheww.. Wat makan-makan sikit sempena birthday anak buah plus kenduri doa selamat untuk ai hoho.. macam-macam menu berangan nak buat ni.. Biasalah nafsu pempuan yang tiada penghujungnya... Salah satunya nak wat brownies... Resepi amik kat blog Ain Kamal. Memang menepati citarasa aku lah pendek kata dari segi tekstur, rupa dan rasa. Cuma agak manis sikit pada aku... 


Rujukan: ourkizuna.blogspot.com
resepi asal: ilyana Abdullah Siste's cakery
Sumber: Ain  Kamal

Bahan-bahan 
8x8 inci

Bahan A:
170gm chocolate masak
90gm butter
35gm serbuk koko

Bahan B:
100gm tepung gandum
1/4ts baking powder
1/4 ts garam

Bahan C:
2 biji telur
180gm gula kastor (manis sangat pada aku. Next time nak kurangkan jadi 150gm je)
1ts vanila

  
Cara-caranya:
pukul bahan C hingga kembang
cairkan bahan A
masukkan bahan A dan B ke dalam bahan C gaul sebati
masukkan ke dalam loyang
bakar pada suhu 170c selama 30minit

Cara miza: 
1. Pukul dulu bahan C dengan senduk. SEnduk kayu dah tak tahu aku campak mana, bantai je pakai senduk besi. Kacau sampai naik muscle dalam empatploh kali gitu. 
2. Pastu masuk bahan B.
3. Last sekali baru masukkan bahan A (coklat cair)
4. Pastu tabur kacang walnut.


tips: brownies akan kembung naik dan akan terus tuun balik..yang menunjukkan brownies dah masak.

hias brownies dgn almond nips (aku guna walnut) dan paipkan dgn coklat masak. (aku ganti dengan salted caramel.. yummy)

 Jangan bakar lama sangat. Bunyi ting je terus keluarkan. Permukaan brownies akan kering, tapi bila di makan moist sangat..sedap lah..rangup di luar, lembut di dalam..tak rugi membuatnya.





Tengok tu.. Aku dah berjaya buat brownies yang berkedut... Yipieyyy!! rasa nak lompat bintang sampai siling umah dah masa ni.. Excited  giler... Suka sampai menangis hahha over sangat reaksi aku masa tu... Maklumlah dah banyak kali buat asyik fail je... Akhirnya kali ni berjaya juga.. Phew.. **Flip hair..





Yang salted caramel tu aku just cairkan gula perang dalam 2 sudu. Pastu dah cair dan kaler dah tukar  keperangan, aku tambah susu cair dalam 1/4 cawan. Gula dah larut, matikan api. Tambah 1 sudu makan butter. Siap. Boleh paip atas walnut.

2 comments:

  1. Dh cuba resepi ni..sedap n brkedut...kwn sya siap order lagi..mohon share ye

    ReplyDelete
  2. Ila ahmad, tq sgt sudi try. Silakan share sbb saya pon dpt resepi ni dari org jgk. Kita sama2 share resepi yg sedap2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...