Lazada

Sunday, April 26, 2015

Makan2 lagi.. @ Birthday Mastura & Arasy

Assalamualaikum...

Hari ni ada wat makan-makan lagi.. Asik makan je keje aku. Biasalah adik beradik ramai.. Pendek kata setiap bulan ada je birthday celebration. Tiap bulan ada makan-makan.. Kali ni bulan April giliran birthday adik aku, Mastura dengan anak buah aku, Arasy.. Planning awal kak teh, akak ipar aku, nak wat makan-makan sambil picnic tepi pantai. Tapi mak aku risaukan cucu yang kecik sorang lagi tu kot-kot tersampuk ke hape kat pantai tu kan.. Last-last tukar wat kat umah mak je...

Macam biasa aku bawak dessert aje.. Sebab itu je yang senang. Satu kelemahan aku bila ada event makan-makan family @ kawan2.. Aku tak reti buat sejenis dua je kuih. Mesti ada perasaan takut @ risau kuih tak cukup sampai nak kena buat berjenis-jenis.. Last-last akhirnya banyak sangat, terpaksa tapau je kasi licin dan senang nak clear meja. Dessert kali ni aku buat 5 jenis.. Ada puding laici, puding roti, lapis cheezy, blueberry cheesetart dengan kek lapis..

Mula-mula siapkan 3 jenis kuih ni dulu. Step by step.. badan tak berapa gagah sekarang ni.. Setelkan puding laici, kek batik dengan lapis cheezy dulu.. Benda-benda yang tak melibatkan oven sebab oven kecik tersayang aku tu dah simpan dalam setor. Nak keluarkan, alahai malasnya rasa...


Blueberry cheesetart.. Saja wat pattern lain sikit.. Comot gile tart aku ni. Kes wat malam-malam.. Sampai tersenguk-senguk tepi oven.. lama betul tak tertido sebelah oven hihi.. Rindu kenangan dulu2..



Anak dara ni pantang tengok aku kat dapur buat kuih.. Satu lagi pantang dengar bunyi mixer. Bingkas je gi dapur nak tolong sama. Berdebar je rasa kalo dia offer nak tolong tu. Mana taknya, makin lambat le keje jadinya. Tak bagi kang, kesian pulak. 

Resepi nanti aku isi kemudian.. Kali ni update pakai phone je dulu.. 








Monday, April 20, 2015

Resepi Roti Kentang


Assalamualaikum wbt...

Mood meroti telah kembali.. Bila dah gian meroti... Macam-macam resepi rasa nak terai.. Baru-baru ni terasa nak makan roti kentang pulak.. Kesnya, aritu terbeli roti kentang kat 7-e.. Pastu bila bukak tu, tiba-tiba tengok roti tu macam dah berkulat pulak... Terus mati selera tapi aku rasa jugak sikit karang kempunan!!

Pastu balik kerja, semangat cari barang-barang nak buat... Nasib baik esoknya dah hujung minggu.. Pas siapkan breakfast, terus je jalan projek roti ni.. Resepi aku amik kat belog Jintanmanis sebab resepi dari blog lain semua guna bread improver dengan bread softner.. Aku sejak duamenjak ni memang dah jarang beli barang-barang bakery yang pelik-pelik aneh ni. Risau karang pakai sikit je pastu yang balance tu membazir je sampai expired.










Terhangus pulak roti aku ni...


 Ok, resepi aku copypaste semula..

Bahan-bahannya ( ros @ jintanmanis.com)
350 gram tepung roti (aku guna tepung gandum je)
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang) 
1 sudu besar susu tepung (aku tak guna pon, sebab aisyah minum susu coklat. karang roti aku bertukar kaler pulak)
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. 
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar (aku guna susu full cream dutch lady)

1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)

sedikit kastard untuk di jalurkan atas bun ni nanti.

bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula (aku guna susu pekat 3 sudu makan)


Caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti


**Lepas dah masak kastard ni terus aku simpan dalam piping bag. Takut dia jadi keras.

Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.






2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 



4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat mencuba.

**(Aku patut guna suhu 160celcius sebab oven aku ni panas sangat)

















Thursday, April 16, 2015

Antara tempat-tempat makan best di Kuantan - Part 2

Assamualaikum...


Just nak share antara tempat-tempat makan selalu kitorg pergi..




Kotakkalam... Lokasi Jalan Teluk Sisek, sebaris dengan bangunan Eng Lai... Berhadapan Hotel Seri Malaysia.. Banyak menu western.. Konsep santai gitu..




Ada jual meatball ala-ala Ikea.. SEdappp... Cik abang ai order lamb chop.. Sedap...




Pastu dalam restoran ni ada satu sudut 'Cake Corner'.. Kek dari cakekers.. Nak try 'Victorian Sandwich Cake' dia...
















Puasla anak dara ni ngadap cermin je kerjanya....




Antara cake selection yang ada dalam chiller dorang...













Ni bukan kek cakekers. Ni mango cheesecake.. Signature cake dari Kulacakes.. Nama macam nak sama kan.. Aku kadang konfius jugak...






Ni pon best jugak.. Orang Kuantan macam wajib kot (hehe mak ayah aku tak pon) berbuka kat padang MPK ni.. Sebab lokasi yang sangat strategik.. Bazar, padang dengan masjid sebelah-sebelah je.. Tapi berbuka kat sini siapla duit untuk 2 ketul belon ni..






Ramai orang berbuka sini...





Eh tetiber gambar ni keluar?  Ni zaman bilalah ni ye? Murah giler buttercup.. Zaman sekarang jangan mimpilah nak dapat harga ni. Tambah dengan GST lagi..





Ni kat Kedai Acutera. Lokasi berhadapan dengan astaka Beserah... Agak sedap jugak masakan dia. Mostly menu thai food.








Ni cendol paling favourite aku dari Form 4 lagi.. Dulu-dulu balik sekolah wajib makan ni sementara tunggu bas sampai... Lokasi, depan ten ten Jalan Beserah... Dari zaman sekolah, sekarang aku passkan genetik suka makan cendol ni kat Aisyah..














Ok, ni jangan cakaplah.. Tengok pinggan pon dah tau. Kedai all time favourite kami, Restoran Al fatani Beserah..






Bawak mak aku makan kat Restoran Mabiq Tg Lumpur.. Terpaksa mok makan ikan patin.. Padahal Mak aku tak makan pon ikan sungai... Takpe janji halal kan.. Sesekali tukar selera...




Ni kat kenduri kawen...














Murtabak kat Pekan ni ada banyak.. Tapi yang kat sini aku paling suka.. Lokasi: area kilang Peramu...





Nasi lemak Restoran zaman tidak dilupakan..





Ni Restoran Azam Roaster. Lokasi: Balok.. Sebaris dengan Klini Syed Badaruddin...





Menu western...








Ni pun ada sudut dessert.





Aisyah makan apa ntah dah lupa... Macam tiramisu blackforest..




tapi tak abis.. Last-last mama jugak yang kena abiskan...





Ni masa dinner ofis awal tahun ni.. Tema 'Black & White'.. Masa ni tak lalu nak makan.. bau makanan pun nak muntah.. Ada ke patut aku kena jadi mc masa ni.. Memang tak ah kan.. Kelu kaku keras terus aku kat situ nanti kang... 



Macam-macam lauk ada tapi amik yang ni je...




Kalo nak makan satay, terjah Terminal Satay Zul, Jalan Teluk Sisek.. 





Tapi walau macamana kita suka makan kat luar sekalipun, pastikan restoran yang kita pergi tu yang tidak meragukan..  Takyahla nak gi restoran yang fancy-fancy sangat walaupun sedap, kalau dah rasa was-was...  
Mencari yang halal itu fardu..


Main masak-masak

Assalamualaikum....

Arini buat misi besar-besaran nak clearkan semua gambar dalam phone... Bila tengok-tengok balik, rupanya banyak jugak gambar hasil masakanku cewah.. Letak gambar dulu la.. Nanti resepi update kemudian.. Tapi kalau ada yang nak lah.. Resepi pon yang simple-simple je...





Ni nak wat rendang.. Aku memang tak reti masak rendang. tak macam adik aku, Mastura yang terel masak lauk-pauk ni... Bab makanan berat aku surrender. jadi tiap kali nak makan rendang, resepi wajib ada kat sebelah aku.. Hihi..



Buat kuah kacang makan dengan nasi himpit.




Dilawankan dengan satay ayam goreng. Nak cucuk lidi satay takde kat umah...





Ni masa raya tahun lepas.. Adohai berzaman punya cerita... Aku buat mee sup untuk member-member yang datang umah...




Request dari cik abang. Patin tempoyak.. Patin beli dengan opismate...




Ni sup ikan merah...




Sambal udang merah..



Teur dadar dengan masak lemak daging + kentang...









Yummy....









Roti ommelate...




Ni lak cite masa raya haji.. Hihi ampunkanku penunggu gua... Buat bergedil.. mee sup kakak ipar aku buat... Pastu wat agar-agar santan, sandiwch dengan victoria sandwich cake...











Ni time nak makan roti jala



Breakfast dengan homemade nasi lemak... Jarang-jarang dapat masak breakfast... 



Nasi goreng bilis dengan ikan masin...




Lunch selera kampung... Masak lemak labu kuning, ikan masin, ayam goreng, sambal belacan dengan buah tembikai..




Nasi goreng kampung, telur mata dengan keropok goreng.  Sedapnay hujung minggu makan macam ni. Macam yang mak masak je...












Mengidam nak makan pizza...




Trifle bawak ke opis...












Pizza yang paling senang dalam dunia.. Masak guna magic pan je...




Bubur. Time cik abang sakit gigi request nak makan ni...



Sayur kailan tumis, telur dadar, sambal tutu, dengan tenggiri jeruk goreng.. Simpel dinner...




Sup bayam, kari tenggiri dengan sambal tutuk...





Nasi goreng lagik!!



Roti salut telur. Taruk cheddar cheese. makan dengan susu pekat manis...
Dah takde idea nak masak apa...




Kari ikan, sayur campur, ayam goreng...




Nasi ayam dari dapur miza... POyosss amat...



Bawak bekal ke pejabat. Satu untuk hubby, satu untuk aku.. Pastu siap tapaukan lompat tikam lagi. Ni kalo laki tak sayang jugak tak tau ah... Poyosss




Sup sayur, telur dadar  dengan sambal ikan..




Sebagai orang Beserah jati, wajiblah suka makan mee calong ni.. Ni made in kedai.. Bukan yang aku masak...




Masak lemak petola, iakn pari dengan air asam, sambal belacan...




Milo ais... SEdapnyer....







Lala tumis pedas...



Masak lemak pucuk paku...




Bok choy tumis sos tiram, tauhu jepun pon masak sos tiram, ikan masak kicap+serai...

















Tumis bayam+udang, Udang masak merah dengan ayam goreng celup tepung. Aku suka guna cap Bestari.. SEdap...




Mee kari.. Request cik abang...



Siap dia beli chopstick lagi konon ala-ala kat HoiYin la ye bang..? Aku tak pernah makan kat Hoiyin.. Tak tertelan wehh.. Orang lain aku tak tau...




Nasi lemak lagi...












Ayam percik... 





Ayam goreng tepung dengan asam pedas keladi... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...