Lazada

Wednesday, September 23, 2015

Malam Aidiladha 2015

Assalamualaikum..

Malam raya ni bizi menyiapkan tempahan kuih raya.. Bukan orang tempah pon sebenarnya, tapi aku saja nak buat untuk bawak ke rumah mak.. Pastu nak hantar ke pengasuh Hannah sekali.. Disebabkan arini cik abangku masih keja lagi, kami tinggal bertiga je kat umah.. Memang dari awal aku dah dapat bayangkan tak mencapai matlamat penyiapan kuih raya aku ni dengan nak menguruskan budak berdua ni.. Tapi cuba-cuba dulu.. Jangan give up terus.. Positif.. Positif thinking Miza.. Alhamdulillah.. Inilah hasilnya..

Gambar memang aku malas nak update kat pesbuk.. Kang ramai pulak yang nak order (padahal xde org pon nak order haha).. Lagipun kesian pulak kat kawan2 dengan sedara mara yang tengah pregnant.  Kang terliur dah aku kena wat semula.. Memang bercinta ler aku nak baking banyak-banyak kali ni.. Arini punya plan pon dari kul 8pg.. Kul 10 malam baru setel.. Banyak sangat iklan anak-anak.. Mujur jugak balik keje semalam aku dah siap bancuh adunan kek gula hangus, chocolate chips cookies dengan bangkit cheese.. Kalo idokkk.. Nan hadoo..

4 jenis ni je sempat siap, congo bars, biskut chocolate chips, kek gula hangus dengan bangkit cheese.. Bertambah-tambah cepat siap bila Aisyah tolong.. Tq kakak.. Lebiuu..

Friday, September 18, 2015

Cinnamon Rolls..

Assalamualaikum...

Mengidam sangat nak makan roti ni walaupun tak pregnant... 

Resepi ni aku jumpa kat blog hanneyabaas.. Kalo nak cuba bolehla klik kat situ.. Tapi untuk roti aku guna resepi roti kentang aku macam kat sini..

Untuk filling lak aku wat separuh je dari yang hanney wat.. 



Bahan-bahannya (ROTI)
(Dari dapur Miza)

350 gram tepung gandum 
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang) 
1 sudu besar susu tepung 
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti. 
150ml air suam

1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)



Filling 
40 g butter
55 g gula perang
4 g serbuk kayu manis

Cream Cheese Topping (Boleh jugak adjust kepekatan ikut suka tekak)
112g cream cheese
65g margerine
80g  gula icing (aku guna susu pekat manis)
5 sudu besar susu segar (aku guna air suam)
sedikit perahan lemon (aku guna 1sb sunquick-lemon takdok)

Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.


2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik. 

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 



4. Biarkan naik dua kali ganda, Bakar pada suhu 170 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat mencuba.






Potong-potong, susun dalam loyang yang dah disapu butter.






Ni topping cheese





















Lembut sangat rotinya..

Monday, September 7, 2015

Chocolate Cheesecake

Assalamualaikum...

Bila dah ada anak kecik ni, aktiviti membaking jadi makin terhad. Tapi bila ada sambutan birthday ahli keluarga, masa ni la time terbaik untuk cuba resepi-resepi baru..

Sabtu lepas ada makan-makan sempena birthday mak. Sekali dengan semua yang lahir bulan september. Ramai la pulak sambut bulan ni.. Meriah betul. Sampai aku rasa nak birthday bulan ni jugak kalo boleh..  Kali ni aku bawak brownies, chocolate cheesecake dengan puding sumi. Aku suka betul birthday kali ni sebab banyakkkkk makanan hihi.. Masing-masing bawak sikit-sikit sorang. Adik aku, Mastura buat nasi minyak, ayam masak merah dengan gulai rusa. Kak teh, kakak ipar, bawak tiramisu & lasagna. Kak cik, kakak ipar aku bawak roti jala + kari ayam, cream puff dengan birthday cake. Kak siah bawak sagu gula melaka. Memang sesi ternak lemak la pendek kata. Cover balik time aku pantang aritu ha3..


Ok, kali ni aku nak share resepi chocolate cheesecake yang sedap ni..

Chocolate cheesecake
Dapurmiza


Bahan2 untuk crust
1 1/2 paket biskut oreo- buang krim. Dan hancurkan
70gm butter- dicairkan
Gaulkan keduanya. Masukkan kedalam loyang yg dah disapu butter. Padatkan. Simpan dalam peti ais sementara kita siapkan fillingnya.


Filling
250gm cream cheese- aku guna philadelphia
1 kotak kecil krim Anchor
3 biji telur
1/2 cwn gula kastor
15gm serbuk koko
5 sudu makan coklat masakan yang telah dicairkan.


Cara:-

1. Panaskan oven suhu 180 celcius.
2. Dalam mangkuk, putar cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila, coklat cair, krim dan serbuk koko.
4. Gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang tadi. Alas bawah loyang dengan aluminium foil. (Aku wat lima lapis sbb kita nak bakar kaedah bain marie. Tak nak bagi crust dia lembik dimasuki air)
5. Letakkan acuan ke atas dulang yg besar sikit. Letakkan air panas atas loyang tu. Bakar selama 40-50 minit smpai msk. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari acuan.




Disebabkan ramai sangat empunya birthday sampai tak muat nk tulis nama sorang-sorang atas kek, aku tulis atas kertas je. Pastu lekat kat lidi.Buruk beno hiasan.. Nasib baik untuk makan-makan family jer.. Hihi... Kalau banyak masa, bolehla print, buat pasal sikit... Ni seme last minute punya idea..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...