Lazada

Thursday, April 16, 2015

Aktiviti Membaking

Assalamualaikum...


Arini nak tepek gambor adik ngan kakak aku yang bergotong royong wat kuih raya.. (tahun lps..hikhik)...

Memandangkan tahun ni aku tak dapek nak wat kuih raya sebab dalam pantang (sob sobss).. Marilah kita mengenang keindahan kenangan silam...




Adik aku, Mastura yang baju biru. Yang tudung hitam, kakak aku, Salasiah..
Rajin dema ni tolong aku menguli kuih..





Antara yang kami buat.. Tart nenas bunga..







Cornflakes madu ni favourite adik aku yg bongsu, Danial.. Yang bujang ni pandai makan je..Suh tolong taknak.. Bab melantak, dia no satu..






Pastu buat pretzel celup coklat+badam... Beli ready made pretzel, just celup je coklat...






Ni almost Famous Amos Chocolate chips...








Proses coating....








Ni nak buat biskut florentine... Tak dapat dah harga barang-barang camni...










Biskut cornflakes






Buat biskut






Biskut Bunga  Cina 







Biskut Sarang Semut







Ni kek barbie masa birthday Aisyah






Jual cheeseleleh.. Ni masa badan larat lagi..





















Balance cheese aku wat lapis cheese crackers





















Fudgy Brownies




























Steamed Fruit Cake







Sedap dappp..





























































..











Harga barang-barang kat bekry sebelum GST. Sekarang???? Huuu nak nanges rase...

Monday, April 13, 2015

Apam Puteri Ayu

Assalamualaikum...

Dalam proses nak clearkan memeory phone..  Makin tenatnya nampaknya setiap ari makin slow... Nak buang terus sayang lak jadi baik aku update kat sini dulu....

Jarang-jarang sangat aku buat kuih muih tradisi ni sebab kalau beli lagi sedap  kot... Tapi apa angin ntah aritu gian nak wat sendiri... Pastu aku bawak ke kenduri tahlil kat umah kakak ipar aku...


Resepi aku amik kat blog Kak Mas... Mintak izin share semula ye kat sini Kak Mas.. Aku buat separuh je dari resepi kat bawah ni. Cuma telur aku lebihkan sebiji.



Kuih Puteri Ayu 
Sumber : Izahdaut dan Mas

 Bahan :  40 biji bergantung pd saiz acuan 
 5 biji telur (saiz kecil) 
250 gm tepung gandum
 300 gm gula 
2 camca teh ovallate
 1 camca teh baking powder 
250 ml santan
 Pewarna hijau 
2 camca teh paste pandan
 Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)                      

         Cara membuat : 
1. Panaskan kukusan. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.

2.  Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.  Kacau lagi hingga sebati.

 3. Sapu sedikit minyak pada acuan.  Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 
4. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.


Ni step by step yang aku sempat amik..




















Lumayan hasilnya.. Dapat banyak

Makan-makan sempena birthday + open house

Assalamualaikum.....

Jemput jamu mata... makanannya dah lama abis... Ni cerita masa raya tahun  hihik... Jumpa lepas korek-korek nak delete gambar dalam phone... Adik aku punya open house, pastu aku tumpang celebrate birthday hubby sekali..



Ada nasi dagang, nasi himpit, mee dan mee hun sup untuk menu utama.




Penuh rumah dengan umat manusia





Dessert semua ditaja oleh aku... Semangat nak buat macam-macam.. Ni marble cheese brownies.. Cantik tak.. Huahua.. SEdapppppppppppp...





Ni apple pie.. Filling apple pon wat sendirik.. G-pang tekpon...





Pastu wat blueberry cheesetart





Pastu wat black forest cake untuk cik abg...





Pastu agar-agar santan pandan... Sebab orang suka jadi sokmo kena buat ni...





Nasi dagang order dengan Kak Ani dekat rumah... SEdap... Nasi dagang teganu yang original.. Memang kickkk!! Buah tembikai dengan pisang sket...




Bebudak ni tengah berebut pelita masa ni..



Sampai terkangkang anak dara ai makan...




Ni  birthday abah tapi orang lain yang over...




Saturday, April 11, 2015

Puding Roti Epal, Kranberi & Kismis

Assalamualaikum..

Request dari cik abang. Dah lama tak makan puding roti katanya.. Gigih iolls bangun kul 5.30pg nk rendam roti sambil goreng nasi balance dinner malam tadi.

Ngam-ngam puding ni masak dalam 6.45pagi.. Nasib baik sempatlah suam sikit sebelum dipack dalam tupperware bekalan kami ke ofis. Sedap pulak kata officemate sebab kurang manis. Memang saja sebab dalam tu dah ada kismis dengan kranberi cukup dengan manis buah je.. Resepi macam kat bawah ni..

Puding Roti Epal, Kranberi & Kismis.
bahan-bahan:-
1/2 buku roti gardenia (pek yg pendek tu) disiat2
3 biji telur
2 1/2 cawan susu segar (blh jgk guna susu cair)
5 sudu makan susu pekat manis
1 st esen vanila (aku guna lemon jus sbb vanila abis)
1/2 paket kismis hitam
1 genggam kranberi
1 biji epal hijau-potong dadu

Cara:
1. Panaskan oven suhu 150 celcius. (Ni aku on kipas. Sebab nk cepat masak. Kalo oven  biasa dalam 170-180celcius.
2. Lengserkan loyang dgn butter. Ketepikan.
3. Satukan telur, susu cair & susu pekat. Gaul sebati. Masukkan roti dan bahan-bahan lain. Biar dalam 10 minit nk bagi roti serap semua cecair.

4. Masukkan dlm loyang. Bakar selama 20-30minit atau sampai masak. Dah sejuk baru potong.

Thursday, April 9, 2015

Roti Apa Ni

Assalamualaikum wbt...

Kalau dapat makan roti homemade yang panas-panas, fresh dari oven memang sedap... Nilah kononnya hajat di hati 2 malam lepas.. Balik kerja, ada hati lagi nak meroti tu... Tengok-tengok jam dah pukul 10.00 malam. Esok pagi-pagi dah kena bangun nak kerja.. Tapi sebab ada perangai selok kera tak ngedan-ngedan, jadi akupun bingkas je keluarkan breadmaker yang ntah dah berapa lama tak bersentuh dari pantry..

Bila dah timbang bahan-bahan semua, campak-campak dalam tu, aku pon tekan setting 'quick'. Dalam kepala nak cepat je sebab dah malam. Dah berkira-kira dah tu, nak menguli, nak tunggu doh naik dalam 1 1/2 jam, nak bakar dalam 1/2 jam.. So total dalam kul 12.00 malam baru siap roti aku.. takpela... Sempatlah aku iron baju kije dengan baju sekolah Aisyah.. Baju en abang takyah gosok dah oh heaven betul rasa sekarang ni...


Resepi aku guna resepi yang pernah aku wat sebelum ni.. RESEPI ROTI NAIK.




Masa setting bm ni, aku dah lupe senornya sebab dah lama tak guna... Pandai-pandai je aku amik setting no 6. Kononnya quick cepat sikit siap. Suka hati aku je wat macam setting mesin basuh baju..  





Bila aku nak uli doh tu, aku pelik nape panas sangat BM aku ni..? Alamak, dah rosak ke?? Merajuk kot sebab aku dah lama tak guna... Aku picit-picit la doh tu... Asalnya permukaan atas tu elok je naik licin, dah aku pergi uli jadilah macam kawah bulan.. Pastu baru aku teringat, aku pergi setting sekali dengan bakar tu buat ape..?? Hadoiii membazir masa dengan bahan-bahan betul la...




Ni terover flash pulak...






Ni bila dah siap bakar..... Tekstur kat dalam roti ni dah jadi macam kek butter lak.. Ish ish.. Kena wat semula nampaknya pasni...



Wednesday, April 8, 2015

Passion Fruit Pavlova

Assalamualaikum wbt...

Nak share resepi pavlova arini... Buatnya bulan lepas tapi baru teringat nak share kat sini. Kebetulan masa tu pejabat aku buat lawatan 5S ke daerah Raub (sebab Raub dah menang kategori pejabat terbaik khennn haruslah kena jadikan contoh). On the way balik, kami singgah ke kedai buah-buahan tepi jalan. Exact lokasi tak tau yang pasti bila orang berhenti, aku pon follow aje.. Ternampak pulak 'passion fruit' aka buah markisah ni.. Tingg!! Terus datang idea nak buat pavlova.. Apa lagi terus aku masukkan dalam plastik dalam 3-4 biji.. Sekilo dalam RM8 gitu kalau tak silap. Yang aku beli tu dalam RM4.












Resepi meringue aku ambik dari blog Sheila: Spices Journey..  

PAVLOVA 

150 gm Putih Telur (dari 4 biji Telur size A)
3/4 cawan Gula Castor (miza guna 1/2 cawan mug)
1 sudu besar Tepung Jagung (miza guna 2 sudu besar)
1 sudu kecil Cuka Makan/Jus Lemon


Cara2:-

1. Panaskan oven pada suhu 150C selama lebih kurang 10-20 minit atau mengikut kapasiti oven memasing. Oven saya lambat panas, terpaksa panaskan selama 20 minit dan pada suhu tu. Letakkan jaring pembakar di rack yang tengah. Lukis bulatan pada baking paper dengan pencil dan kemudian terbalikkan, guna bahagian bawah masa membentuk pavlova. (Miza tak lukis ngan pensil pon. Agak2 je besar mana kita nak pavlova kita tu jadi)

2. Turunkan suhu oven kepada 110C dan bakar selama 1 jam 30 min atau mengikut kapasiti oven memasing,  api atas bawah. Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam oven. Untuk simpan, masukkan dalam bekas kedap udara dan bubuh Balik ni nk  frigde. Jangan biarkan lama kena angin diluar  Jika ingin dihidangkan baru paipkan whipping cream.


TOPPING 

Bahan A :
200 gm Fresh Milk

Bahan B :
2 biji Kuning Telur
25 gm Tepung Jagung
20 gm Fresh Milk
20 gm Gula Pasir
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence

Bahan C :
300 gm Non Dairy Whipping Cream


1. Saya guna jenama Value Pride yang kurang manis
Bahan A dan B adalah utk Vanilla Cream. Satukan semua Bahan B dan kacau sebati. Ketepikan. Panaskan Bahan A dengan kaedah double boiler hingga berbuih buih kecil kelilingnya. Masukkan Bahan B tadi dan kacau hingga pekat. 

2. Sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam fridge selama 3 jam sebelum hendak digunakan.

3. Bila hendak dihidangkan, pukul bhn c & (A+B) tadi hingga kental. Saya pukul lebih kurang 10 minit. Paipkan ke ats pavlova.










***(Aku tak guna resepi ni. Resepi topping guna resepi : sis appledelight macam kat bawah)


Bahan-bahannya: 

250ml whipped cream
1 Premix Whipped Cream SisApple Delight (1 sudu besar gula icing dan 1 sudu kecil vanilla powder)

Cara-Caranya:
#1. Sejukkan pemutar besi cake mixer dan mangkuk di dalam peti ais beku selama 15 minit (Tips: Lagi sejuk lagi bagus). 

#2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk yang sejuk tadi.

#3-#7. Putar pada kelajuan yang paling tinggi menggunakan cake mixer sehingga whipped cream menjadi separa kental. Whipped cream yang dipukul akan mengikut urutan seperti di dalam gambar. 


Tips: Jangan cair sangat sebab terkurang pukul. Jangan terlebih pukul pulak, sebab jadi ketul-ketul dan berair (buttermilk). Selamat mencuba! 





Hubby suka makan pavlova


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...