Lazada

Friday, October 25, 2013

Biskut Lidah Kucing Pelangi

Assalamualaikum.. Resepi ni asalnya kita nak buat untuk makan-makan masa raya puasa baru-baru ni.. Tapi masa tu puas pusing bakery kat Kuantan.. Tak jumpa satu pon.. Kebetulan lepas tu hubby kena outstation kat KL.. Minta tolong dia carikan.. Nasib baik ada satu.. Alhamdulillah... Hubby beli dekat sini..

 BAGUS BAKERY,
 56-58, Jalan Rugbi 13/30
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel:03-5511 0688 Fax:03-5511 0689 

Resepi saya dapat dari blog Azlita Masam Manis.. Saya minta share kat sini ye...










 

 LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Citarasawan

250 gm mentega

175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru

Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan

Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Wednesday, September 18, 2013

Junior Chef Mama

Assalamualaikum wbt....

Masa birthday mak baru-baru ni, sempat buat kek sebiji je... Makanan-makanan yang lain semua kitaorang tempah je.. Aisyah request nak tolong mama buat kek.... Mamanya terpaksala kasi can... Kesian pulak tengok dia terkelip-kelip nak tolong.... Saya guna resepi yang sama dengan kat sini... Untuk tulisan, saya amik 3 sudu creamwell, bancuh dengan 2 sudu susu pekat.. Takde sukatan sangat pon sebab nak guna sikit je.. Pastu taruk beberapa titik pewarna hijau star brand. Masukkan dalam piping bag, dan tulisla ikut suka...





Wednesday, May 8, 2013

Tart Nenas

Resepi yang sama dengan tart nenas gulung yang saya buat sebelum ni. Bezanya kali ni nak try buat bentuk bunga pulak... 










Tart Nenas

Bahan-bahannya:-
Doh tart:
150gm butter
1 biji kuning telur
200gm tepung gandum
20gm tepung kastard
jem nenas dibentukkan bulat (saya punya lenih kurang saiz siling 10sen)

Cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 160-170 darjah celcius. (Saya guna 165 bergantung pada oven anda jugak suhu ni)
2. Gaulkan sebati semua bahan sehingga membentuk adunan yang boleh dipicit.
3. Masukkan ke dalam acua. Terap 
5. Letakkan jem yang telah digentel di atasnya.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Puding Laici Dangdut


1 paket agar2 serbuk (10gm)
5 cawan air ~ cawan metrik
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah (tak isi sbb takde stok)

1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ke dalam acuan/loyang. Sejukkan.
4. Enak dimakan sejuk. Jika suka, boleh hiaskan dengan buah laici di atasnya. 


Thursday, April 18, 2013

Puding Karamel / Puding Gula Hangus

Assalamualaikum wbt...

Buat untuk dibawa ke pot luck pejabat hari ini.. Bila nak wat pot luck selalu tak tau nak masak apa sebab saya tak suka masak mende yang selalu atau dah pernah buat.. Rasa macam bosan... Saya suka pot luck sebab masa nila dapat try resepi baru. Kalau saja-saja suka-suka malas jugak sebenarnya... Tapi memandangkan sampai umah je dah penat, kali ni dapat bawak dessert yang simple jela... Resepi dapat dari blog Hana Memories... Saya minta izin share resepi kat sini:-

 
RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.                                                                                                                             (Cara saya: Terus tuangkan 5 sudu makan gula pasir dan 2 sudu makan air ke dalam loyang, hanguskan sehingga keperangan dan boleh angkat untuk disejukkan)
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.


 
 
Kali ni saya bakar. Selalunya kukus.. Saja nak try teknik lain.


Bawa macaroni & cheese dengan puding karamel untuk pot luck kali ni


Nyum nyum....


 

Murtabak Megi

Assalamualaikum wbt....

Ini menu dinner kami semalam.. Suami balik dari kerja sebelum sampai umah, pergi singgah makan roti canai dulu kat warung area umah kami tu..... Jadinya tak berapa lapar sangat malam tu.... Mama pon malas nak masak berat-berat sebab dah makan nasi kat umah mak odw amik Aisyah.... Buntu tak tau nak masak apa, last-last, suggest kat dia, 'kita makan murtabak megi nak?' .. Suami on je cepat-cepat gi dapur.... Resepi ni saya amik kat blog Ana Suzana.. Boleh tengok sini kalau nak tengok versi yang lebih senonoh.. hihi...

Saya copy n paste semula resepi dia kat sini ye Kak Ana..


Bahan2 yg di perlukan (utk 4 org mkn) :

~ 2 bungkus megi kari @ apa2 je kesukaan korang - saya guna 1 paket je
~ 3 bijik telor ( nak lebihkan sebijik pun boleh sbb lg best ) - saya guna 2 biji
~ bawang besar yg di hiris nipis ( kalau tak suka takyah taruk ) - guna 1/2 biji bawang holland
~ daun bawang dan apa2 daun le yg korang rasa nak taruk - ni terlupa nak isi
~ cili api di hiris2 kalo nak pedas.. kalau taknak takyah taruk.. - tak isi takut pedas sangat

Cara-caranya pulak :

~ korang celur megi tu sampai kembang.. pastu toskan.. ketepikan sebentar..
~ dlm mangkuk besar, sila masukkan telor, perencah megi kari (saya guna 3/4 je paket perencah tu), hirisan bwg, hirisan daun bwg, cili api dan apa2 jelah yg korang nak taruk.. kacau2 bg sebati..
~ pastu baru masukkan megi yg di toskan td ke dalam mangkuk berisi telor tu.. gaul rata..
~ masak atas frying pan dgn minyak yg sedikit je.. aku guna satu sudu besar butter je..
 Dah siap bolehla diangkat. Dan dimakan.. Nyum nyum...


Tadaaa..
.
.
.


Dah siap murtabak sempoi saya.. Jemput makan..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, April 4, 2013

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wbt...

Saya suka buat kek gula hangus ni sebab mak suka makan.. Biasalah orang tua, kek-kek yang berkrim atau beraising ni kurang gemar... Resepi saya dapat dekat sini...  

Tapi saya ada modified sket resepi ni.. Tak menjejaskan langsung rasanya. Sarangnya tetap menjadi dan bahagian atasnya kekal moist. Harap tuan resepi tak marah saya derhaka.  Tq kak siti delima...

  Ni kek yang saya buat order dari officemate..

 



  Kek Gula Hangus
Resipi : Kak Anymz - MyKitchen
Di olah : Che CT
Dimodified sket lg oleh miza, heheh..

Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu makan butter (*miza tambah)

Cara membuatnya :
1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik. 
**Ni miza tambah - Bila gula dah cair sepenuhnya ke dalam air, padamkan api. Masukkan 2 sudu besar butter. Butter akan cair sendiri kerana air yg masih panas.

Bahan Kek :
 4 biji telur
1 cawan susu pekat manis (resepi asal 1/2 cawan susu pekat manis) 
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonat (resepi asal 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat), - diayak bersama tepung
3 sudu besar butter - (miza tak isi sbb dah isi dalam bancuhan air gula hangus)

Cara membuatnya :
1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul telur sehingga bertukar warna menjadi pucat dan kembang.
3. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. 
5.  Akhir sekali masukkan juga gula hangus tadi. Kacau hingga sebati. Perapkan paling kurang 3 jam.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 150'C selama lebih kurang 50 minit menggunakan api BAWAH sahaja selama 50 minit. Kemudian tukarkan guna api ATAS & BAWAH selama 10 minit. Boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

  
 Tips:

Setelah beberapa kali buat kek ni, dengan hasil yang berbeza-beza lps try and error, untuk dapatkan kek yang bersarang cantik dan lembap di bahagian atasnya, saya gunakan kaedah di bawah...

 1. Saya peram lama bancuhan. contoh, saya bancuh adunan dalam pukul 9.00 pagi, lepas dah siap saya masukkan dalam peti. Pukul 6 petang saya kuarkan dari peti dan biarkan dia mencapai suhu bilik. Selepas dalam anggaran 1/2 jam, masukkan bancuhan tadi ke dalam loyang yang dah dilengserkan dengan butter. Bolehkan dibakar.

2.  Suhu, saya gunakan suhu 150 darjah celcius, api bawah sahaja untuk 50 minit yang pertama. Selepas tu saya gunakan api atas bawah selama 10 minit lagi.. Jumlah keseluruhan pembakaran selama 1 jam (tapi ini bergantung juga kepada jenis oven masing-masing ye).

Tuesday, March 12, 2013

Tart Nenas




Penyakit berjangkit dari jiran di pejabat.. Hadoi bila dah rasa sebiji tak cukup, akhirnya terpaksala godeh tepung, uli sendiri. Resepi ni sangat senang.. Saya tak gunakan mixer pon. Semuanya uli tangan je .

Doh tart:
150gm butter
1 biji kuning telur
200gm tepung gandum
20gm tepung kastard
jem nenas dibentukkan bujur lebar acuan (saya punya lenih kurang saiz siling 10sen)
Putih telur + pewarna kuning sket=gaul sebati

Cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 160-170 darjah celcius. (Saya guna 165 bergantung pada oven anda jugak suhu ni)
2. Gaulkan sebati semua bahan sehingga membentuk adunan yang boleh dipicit.
3. Masukkan ke dalam acuan (saya guna acuan semperit yang tekan pakai jari  je)
4. Tekankan anggaran 3 inci.
5. Letakkan jem yang telah dibentukkan dihujung.
6. Gulungkan doh berhati-hati. Potong lebih tepung.
7. Sapukan dengan putih telur yang dicampurkan pewarna tadi.
8. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Blueberry Cheese Tart

Order dari office mate hubby, Kak Ella.


Blueberry Cheese Tart

Order dari officemate hubby, Kak Ain. TQVM kak..


Kek Kukus Asam Manis

Repeat order dari officemate hubby, Kak Ain. 
 

Blueberry Cheese Tart

Tempahan dari officemate, Mas.



Kek Asam Manis

Tempahan dari my sis, Kek Asam Manis.. Biasanya dikukus kali ni saya nak cuba bakar.. Pada pendapat saya, kalau dikukus lebih sedap kerana lebih lembut dan lembap. Tapi terpulangla ikut masing-masing punya selera kan..




Tart Telur

Tempahan dari my sis lagi, dia order tart telur, cream puff dan kek asam manis untuk dibawa ke rumah kawannya. TQVM.


Cream Puff Dengan Filling Kastard

Order dari my sis, Mastura untuk dibawa ke rumah kawannya.


Monday, March 4, 2013

Cheesecake Triffle

Assalamualaikum wbt..

Pertama kali saya buat trifle ni masa kenduri cukur jambul Aisyah hampir 3 tahun lepas.. Resepi ni dapat dari member pejabat.. Dapat sms dari kakak ipar untuk order 2 bekas trifle untuk keluarganya dari Klang yang datang berkunjung ke rumahnya.. 

Tak ramai orang yang amik tempahan yang sudi untuk berkongsi resepi.. Sebab takut kalo share resepi nanti orang dah tak order lagi dengan dia.. Pada pandangan saya sendiri, saya tak kisah pon.. Setiap orang tu Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Tak perlu nak takut/kedekut ye berkongsi ilmu yang berguna ni... Sebab ni pun saya dapat dari kawan. Kalo dia buat kedekut taknak share, tak dapatla saya buat.. 




Cheesecake Trifle

Bahan-bahannya:-

Lapis Pertama

1. Base bawah Sebiji cheesecake /kek span (ikut pilihan masing-masing) - nak sedap sila guna cheesecake. Ada jual kat giant atau carefour..

Lapis Kedua 
2 tin susu cair
2-3 sudu besar gula (kalo tak suka manis, 2 sudu dah cukup)
4 sudu besar (rata) tepung kastard
1 biji telur

Lapis Ketiga
jeli nona (perisa ikut kegemaran masing2. Saya guna jeli perasa strawberry)
buah-buahan koktel dalam tin
buah prune-dipotong kecil (jika suka)


Cara-cara:-
  1. Kacau tepung kastad, telur dan susu biar sebati.
  2. Masukkan dalam periuk. Tambah gula. Masak atas dapur sampai pekat. (api jangan kuat)
  3. Susun kek yang telah dipotong ke dalam bekas. (Buat ni dulu sebelum masak kastad)
  4. Bila kastad dah agak pekat dan masak, tapis dulu kastad tu sebab dia berketul-ketul. Ratakan di atas kek tadi.
  5. Curahkan jeli yang telah dimasak (ikut arahan pada pembungkusannya) ke atas kastard tadi.
  6. Susun buah-buah koktel dan prune (atau buah ikit kegemaran anda e.g peach.. ) ke atas jeli tadi. Biarkan sejuk. Simpan dalam peti ais semalaman.
  7. Sedia untuk dihidangkan.









Tuesday, February 26, 2013

Resepi Kek Pelangi Dengan Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum wbt...

 


Saya nak share resepi kek pelangi yang saya dapat dari member pejabat saya, Kak Wan. Pertama kali saya makan masa potluck di pejabat. Kak Wan bawak kek butter yang rasanya sedap. Terus saya minta resepi... Senang sangat resepi dia macam kat bawah ni..







  
 P.s: Untuk buat kek pelangi, jika gunakan loyang segiempat bersaiz 8", dapat empat layer. Untuk sebiji kek pelangi ni saya buat 6 layer. Jadi untuk dapatkan sebiji kek dengan 6 lapisan warna, saya gunakan 1 1/2 adunan.


Bahan-bahan:-
250gm butter
2 1/2 cawan tepung naik sendiri -  diayak
1 1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
5 biji telur
sedikit esen vanila.

Cara-cara:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160darjah-170darjah. Bergantung kepada oven anda. (Saya guna suhu 165darjah celcius)

2. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga betul-betul kembang. Masukkan esen vanila.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaulkan dengan spatula.

4. Bahagikan adunan sebanyak 6 bahagian. Warnakan dengan 6 warna yang berbeza.

5. Saya timbang lebih kurang 305gm untuk setiap layer.

6. Masukkan ke dalam loyang yang telah bergris mentega dan dialas kertas baking.

7. Bakar selama lebih kurang 20 minit. (jangan lama sangat takut lapisan kering).

8. Sejukkan. Keluarkan dari loyang dan bolehlah dilayer setiap lapis dengan buttercream. Bila dah siap setiap lapisan, salut dengan adunan cream cheese frosting.



Resepi Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:-
250gm cream cheese - pada suhu bilik
350gm non dairy whip cream (saya guna brand Vivo) - dipukul sehingga kental

Cara-cara:-
1. Pukul cream cheese sehingga lembut dan kembang.
2. Masukkan whip cream yang telah diputar terlebih dahulu tadi. Putar sebati. Siap untuk digunakan

Resepi Untuk Buttercream Frosting Yang Sedap

Bahan-bahan:-
150gm mentega-suhu bilik
350gm kimwell - suhu bilik
180gm sirap gula/susu pekat manis
3 sudu makan gula aising - ayak dulu
esen vanila sedikit - jika suka


Cara-cara:-
1. Pukul semua bahan sehingga kembang dan sebati.
2. Siap untuk digunakan

 

Kek Kukus Asam Manis

Satu lagi repeat order dari officemate hubby, Kak Ain. Dia kata anaknya sangat suka makan kek ni maybe sebab rasa masam manis hawflakes tu dan dia tak muak...Tqvm kak...







Rainbow Cake

Repeat order dari my boss, Jb Fard.. Sebenarnya ni jiran dia yang order... Lepas makan kat rumahnya masa dia buat birthday anak dia baru-baru ni.. Asalnya dia nak order 5 biji, tapi saya memang surrender, memandangkan kapasiti pengeluaran yang terhad.. Saya takde stand mixer.. Cuma guna hand whisk aje.. Jadi bila nak buat banyak-banyak macam tu, paham-pahamla kan. Acuan saiz ni pun ada satu je.. Hihi memang niat di hati nak beli banyak-banyak loyang tapi belum cukup modal. 

Jiran bos ni baru aje disahkan bebas dari kanser. Jadi, dia bercadang nak order 5 biji kek. 4 untuk bawa ke hospital, dan sebiji lagi untuk makan-makan.. Saya rasa sangat bersalah sebab hanya boleh buah sebiji aje, tapi apakan daya, saya memang tak mampu nak buat kek ni banyak-banyak sebab dia makan masa sikit. In Sha Allah bila saya dah stabil sikit, saya akan buat semula kek ni... 







Deco memang tak cantik. Saya akui saya tak kreatif.. Tapi rasa, in sha Allah sedap.. *Wink*

Wednesday, February 20, 2013

Kek Kukus Hawflakes









Resepi ni dah lama ada dalam 'list' untuk masak.. Tapi baru aritu la ada kelapangan masa untuk cuba. Resepi ni dapat dari blog kak Azlita, sifu masak saya... Melihatkan pada respon yang positif dari pembaca blog beliau, saya pon tak sabar nak cuba. Bila dah siap, saya bekalkan pada husband untuk makan di tempat kerja.. Pagi tu saya terima mesej dari suami yang kawannya nak order kek tu untuk makan-makan di rumahnya.. Alhamdulillah, dari suka-suka cuba resepi baru dah jadi sumber pendapatan sampingan pula. 

Kepada yang nak cuba, ni resepinya. Saya minta izin ye, kak Azlita copy n paste resepi ni untuk kita kongsi bersama. Kalo nak tengok yang beliau buat, boleh lihat sini.  

Oh yea.. nak bgtau, saya buat separuh dari adunan di bawah.. Saya gunakan loyang bulat bersaiz 6 inci. Sapukan dengan butter rata-rata, dan ditabur dengan tepung gandum.. Sebab saya tak gunakan kertas minyak sebagai alas..


KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek
Sumber: Blog Masam Manis-Azlita Aziz

325 gm mentega

250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Sediakan loyang berukuran 8 inc

Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek

Panaskan kukusan dengan api yang besar


Pukul mentega dan gula hingga sebati

Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul
Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang
Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil
Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna

Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan
.

Tempahan Tart Buah-Buahan











Assalamualaikum..

Tempahan tart buah-buahan dari member pejabat.... Kak Aiza dan kawan-kawan di pentadbiran. Dorang tempah 70 biji tart medium saiz.. Terima kasih atas sokongan kawan-kawan...











Tuesday, February 19, 2013

Tempahan Cupcakes

Ini adalah tempahan yang julung-julung kali, hehe my very first time buat cupcakes... Banyak benda yang pertama kali saya buat... Memandangkan saya adalah baker yang baru belajar... Sangat-sangat berterima kasih dengan kawan-kawan yang berani mencuba air tangan dari freshie macam saya ni hehe.. Andalah yang mendorong semangat saya untuk explore lebih jauh dan mencuba resepi-resepi yang baru.. Kali ni order dari officemate, Kak Wan. Agak lama juga dia order baru saya berani buat.. Padahal buat cupcake je kan, nak jugak gelabah macamlah nak kena buat chocolate indulgence..

Kali ni Kak Wan order chocolate moist cupcakes dengan chocolate ganache topping dan vanilla cupcakes dengan buttercream frosting... Kak wan ni adalah pelanggan yang sangat tak cerewet... Saya tanya dia nak tambah topping apa-apa tak kot-kot dia tak suka topping kan, jawapnya, 'ikut suka miza la mana-mana yang sedap'.. heheh gitu..

 


chocolate moist




Kek Red Velvet - Hantaran Bertunang

Assalamualaikum...

Pertama kali menerima tempahan untuk majlis bertunang.. Tempahan dari Zaki, untuk kakaknya... Agak cuak juga pada mulanya.. Hampir-hampir kumenolak mengenangkan ilmu di dada yang tak penuh lagi.. Tapi bila si kawan ni begitu beria-ria dan menyakinkan diri, dengan berat hati kuterima juga... Harap-harap dapat memuaskan hati keluarga awk ye, Zaki terutamanya kakak awk.. Cantik kakak dia heheh..




Thursday, January 24, 2013

Kek Pandan Layer

Assalamualaikum..

Antara banyak-banyak kek yang saya buat, nila kek favourite anak dan suami. Barangkali sebab dia tak muak dengan adanya lapisan kastard tu. Kalo makan sejuk-sejuk, lagi marveles rasanya. Resepi dapat dari Soh Pin Tee “Facebook”) dan saya dah translate supaya senang untuk rujukan kita semua termasuk saya juga kelak.

Saya sangat suka resepi ni sebab dia menghasilkan kek yang sangat lembut walaupun tak menggunakan ovellate. Sepertimana yang kita tahu, ovellate ni tak bagus sangat untuk kesihatan kita memandangkan ianya sejenis bahan kimia yang digunakan untuk memantapkan kek. Barang-barang makanan kita yang lain pun dah penuh dengan bahan-bahan kimia ni. Jadi setakat mana yang kita boleh elak, kita usahala untuk menjauhkan. Selain dari status halalnya yang diragui. Jadi pada saya resepi ini adalah alternatif yang sangat baik.


Kek chiffon
(A)
4 kuning telur
30g gula kastor
60g Minyak jagung
60g Susu cair/segar
1tsp Paste pandan. Kalo takde, ganti je dengan pewarna hijau.
90g tepung gandum- saya guna tepung superfine
(B)
4 putih telur
¼ tsp Cream of Tartar- saya guna cuka putih biasa
50g gula kastor

Langkah
1. Gaulkan semua bahan-bahan (A) kemudian masukkan tepung yang diayak sehingga semuanya sebati.
2. Putar bahan (B) sehingga kembang dan kental.
3. Gaulkan dengan spatula 1/3 putih telur yang dipukul kembang ke dalam part (1), gaul sebati.
4. Masukkan baki putih telur. Gaul lagi rata-rata.
5. Masukkan ke dalam loyang berukuran 8'' yang telah dialas dengan kertas minyak.
6. Bakar pada suhu 160C selama 35 minit.
7. Sejukkan kek di atas wire rack. Potong kepada 3 bahagian sama tebal.

Lapisan Kastard Pandan
(A)
300ml santan kelapa
400ml air pandan ( 10helai daun pandan blend + water)
100g gula
1/2tsp garam
8g Jelly Powder- saya guna gelatin halalgel
85g tepung Hoen Kwe (guna yg warna hijau)
300ml air

Langkah
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih.

1. Untuk melapis, saya potong sedikit keliling kek supaya muat masuk ke dlm acuan springform bersaiz 8".
2. Masukkan sekeping kek, isikan 1/3 dari adunan kastard pandan ke atas kek. Hentak-hentakkan sedikit supaya keseluruhan kek dilitupi kastard.
3. Kemudian, ulangi langkah 2 sehingga semua kek dan kastad siap dilapis.
4. Sejukkan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman. Bila dah keluarkan dari acuan, bolehlah dihias dengan kelapa parut, jika suka. Kek saya ni togel je sebab suami tak berapa gemar tambah kelapa parut. Kek ni sedap dimakan sejuk.

Blueberry Cheesecake

Assalamualaikum..

Dah lama tak baking cheesecake. Tiba-tiba kakak saya bgtau nak order cheesecake untuk bawa makan-makan di pejabatnya.

Kek Coklat Moist

Tempahan dari member pejabat, Mas.

Friday, January 11, 2013

Tart Buah

Tempahan tart buah dari member pejabat, Kak Wan dan Mastura. Terima kasih sudi order dengan saya.. Harap-harap puas hati sebab ni first time amik order tart buah..



Friday, January 4, 2013

Puding Roti Gula Hangus

Assalamualaikum wbt..

Kali ni nak cuba resepi puding gula hangus yang gunakan roti.



 




Puding gula hangus
3 sudu besar gula
4 keping roti
3 biji telur
2 cawan air suam (1cwn susu+1 cwn air)
1/2 cawan susu pekat
Esen vanila

Cara-caranya:-
1. Hanguskan gula di dalam loyang. Ketepikan sebentar.
2. Jerang air dalam pengukus dan sambil tunggu air menggelegak, bolehlah disiapkan karamelnya.
3. Dalam blender, siat-siatkan roti. Satukan dengan air, susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. Blend sehingga hancur kesemua bahan tersebut.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
5. Masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...