Lazada

Monday, May 26, 2014

Jalan-Jalan @ Taman Teruntum

Assalamualaikum wbt..

Blog ni makin lama makin kucar lana dengan post yang tak berkait.. Banyak sebenarnya nak masukkan resepi-resepi tapi tula kamera snap dah campur-campur. Kejap guna kamera. Kejap guna phone.. Nak combine sekali tu susahnya... Campur dengan malas...

Ni citer hujung minggu yang minggu minggu lepas punya... Sementara cik abang pergi bengkel kereta, kitaorang lepak kat Taman Teruntum.. Sebab, kalau pergi bengkel tu dah konpem bosan. Perasaan yang sama kalau cik abang saya pergi bakery, macam tula perasaan saya bila g kedai kereta....

Bila bagitau Aisyah kitaorang nak g taman, apa lagi, melompatla makcik tu... Suka sangat... Nak main buai la tuh...








Sampai-sampai, pergi main kat area playground dulu.. benda alah ni dah ada dari zaman mamanya sekolah rendah lagi... Ish, mengimbas memori lama la pulak... Teringat kejadian monyet bawak lari air kotak ngan keropok kitaorang.. Pantang lepa, terus dirembat, dibawa lari atas pokok.. Nak kata apa.. Nak marah kang, monyet... Jangan gigit orang, sudah... Tapi monyet kat sini dah tak banyak macam dulu-dulu.. 






 http://daridapurmiza.blogspot.com

Rindu zaman budak-budak dulu..




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu Aisyah ajak datang sini lak.. Ni kat teruntum gak, tapi sebelah hala ke taman buaya... Amboi bersambung-sambung.. Memang lambat lagila nak balik jawabnya..





 http://daridapurmiza.blogspot.com

Jongkang jongket era mama



 http://daridapurmiza.blogspot.com

Yang ni zaman Aisyah




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Tak ramai orang time ni... Pagi lagi kekdahnya.




 http://daridapurmiza.blogspot.com

Adalah 2 orang kat taman.. Yang bagusnya, tak berebut-rebut.. Sebab kalau bab berebut ni, memang takde can nak mainlah anak dara tu...
  



http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu ajak tengok buaya... Main kira-kira macam 'Pada zaman dahulu'.. 
Satu tambah satu, dua.. Blerghh



http://daridapurmiza.blogspot.com

Bukan suka orang amik gambo dia.. Macam mama je nih..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Ni buaya besor sikit. yang tadi anak-anaknya..



 http://daridapurmiza.blogspot.com
Pas buaya, ular pulak..



http://daridapurmiza.blogspot.com
Jalan lagi..


http://daridapurmiza.blogspot.com
Dan lagi..





 http://daridapurmiza.blogspot.com

Pastu kena panjat tangga lak.. Adeii dah tau maknya ni warga emas dah hahah..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Ni ungka ke hape tah. dia punya bising, satu zoo tu dapat dengar...


http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com



Kesian burung kasawari ni.. Dahlah duduk sebelah ungka.. Nak tido pon tak senang agaknya..



http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com

Kesian rusa ni.. Ada luka kat badan dia.. Hopefully penjaga dia dapat sapu ubat.. Lalat ngan langau dah hidu-hidu dah..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Jalan-jalan, jumpa lak dengan 2 pupu dia... Ingat abangnya aje, nama Yusuf, adik ni lupa lak...


 http://daridapurmiza.blogspot.com








http://daridapurmiza.blogspot.com


 http://daridapurmiza.blogspot.com


 http://daridapurmiza.blogspot.com 




http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com


http://daridapurmiza.blogspot.com


Sekali-sekala oklah datang sini. Kalau setiap minggu pergi nanti dah rasa tak special la.. Ok, dah nak balik..

Sekian..

Friday, May 23, 2014

Berjiwa Seni

Assalamualaikum wbt.. 

Anakku yang berjiwa seni. Terima kasihlah sebab tolong buat contengan-contengan seni ni.. 


Dengan mama takpelah awak nk menconteng, dah tak kuasa nak berbunyi..  Tapi abah konpem membebel  punya..

Reaksi lepas kena marah..


Yooo abahhh..... Peace no war!!

Sunday, May 18, 2014

Review tempat makan best di Kuantan @ Restoran Al Fatani

Assalamualaikum wbt...

       Kali ni saya nak kongsi tempat-tempat makan kat Kuantan yang selalu kami pergi... Salah satunya ialah, Restoran Al Fatani... Lokasi, bersebelahan dengan Petronas Beserah... Menyediakan mostly menu makanan panas ala Thai... Sebenarnya tak terkira dah berapa kali kitaorang datang makan di sini... Dah kena jampi kot.. Behehehhh... Salah satu sebabnya, mestilah lokasi, dekat dengan rumah.. Selain harganya yang sangat berpatutan... Dan yang paling penting, rasa hidangannya yang sedap.. 

        Dah banyak kali terjadi, bila nak makan luar, saya dengan suami seboleh-bolehnya cuba untuk makan di kedai yang berlainan... Sebab bosan jugak asyik makan di kedai yang sama jer.. Tapi end up makanan tu tak sedap, mesti menyesal.. Pastu ayat yang selalu kuar, 'Eii kalo tau tadi baik kita g makan kat Pattani je'...  Selaluuuuu sangat... Dah try kat semua kedai-kedai makan even yang famous amous kat Kuantan ni sekalipun, kat Tg Lumpur, kat Bandar, Balok.. Semua lah pendek kata... Tapi akhirnya kami akan buat pusingan 'U' ke sini juga.. Memang terbaikkk makanan dia...

      Ok yang saya sangat-sangat rekomen kat sini *Must try* menu dia;
     
i). Tomyam - Ini adalah cara saya nak nilai kedai makan ala Thai.. Kalau sedap tomyam dia, sedaplah makanan-makanan yang lain... Tomyam putih dengan sayur, ayam, sotong dan udang.. Tak kedekut bahan... Rasa panas, masam, pedas dan masin yang seimbang... Memang thumbs up...

ii). Sup ekor dan sup tulang  - Kalau  tak suka atau dah bosan makan tomyam, saya suka juga order sup tulang/ekor... Rasa pedas dan masin yang cukup.. Dengan tulang dan ekor yang direbus sehingga lembut. Rasa macam makan kolagen jer.. Slurpppp...

iii). Sotong celup tepung - Saya suka. Must have..

iv). Sayur campur goreng / kailan ikan masin / kangkung belacan

v). Ikan siakap.. Boleh request untuk masak macam-macam style.. Tapi saya selalu order siakap stim atau tiga rasa je... Rasa memang marbelessss !!!



Gambar ni saya amik dari fb restoran dia.. Boleh contact no tu kot kalau nak booking..





http://daridapurmiza.blogspot.com

Ni suasana kat dalam kedai... Malu nak snap banyak-banyak macam poyossss kott hehehehhh. Ni kami datang petang tak ramai lagi orang.. Kalau malam memang penuh meja.. Nak parking pon kena menapak sikit..




http://daridapurmiza.blogspot.com

Tanam azam.. 'Makanan ni boleh kuhabiskan sekelip mata..



http://daridapurmiza.blogspot.com

Sup ekor, kangkung goreng belacan, sotong goreng celup tepung dan telur dadar.



http://daridapurmiza.blogspot.com
Makan taimmm...


Ok, nanti jangan lupe pergi try tau.. Sebab banyak-banyak kedai saya pergi, kedai ni rasa masakan dia tak pernah berubah...  Kalau 1st time pergi sedap, kali ke dua pergi dah tak sedap.. Memang tak akan datang lah untuk kali seterusnya.. Tapi kedai ni, datanglah tiga ploh kali pon, rasanya sedap macam mula-mula datang... Harap-harap tokey kedai dia terbacalah blog saya ni.. Bolehlah next time kami datang makan free!! Ok, tata...




Baru update: Kot-kot ada yang berminat nak try makan kat sini, ni lebih kurang maps dia.. Kasi besar punya

Saturday, May 17, 2014

Asam Pedas Simple

Assalamualaikum wbt..


Dulu masa outstation ke Kota Tinggi, saya dan officemate singgah ke kedai Asam Pedas Claypot.. Tapi malang sungguhla, tak ingat nama kedai tu... Memang dah lama la.. Dalam 6  tahun dah... Yang pasti waktu lunch memang ramai dan penuh restoran tu dengan pelanggan... Itulah kali pertama saya menikmati asam pedas Johor. Sebelum tu kalau sebut asam pedas ni terbayang ke asam pedas Melaka je, walaupun tak pernah rasa. Sebab saya pernah tinggal dengan housemate yang half Melaka. Kak Linda, yang selalu menceritakan betapa sedap dan powernya asam pedas melaka. Setiap kali dia bercerita, tertelan air liur dibuatnya.. Asam pedas Kota Tinggi ni pun tak kurang hebatnya.. Memang powerlah pada saya asam pedas dia.. Rasa separuh macam kari, separuh asam pedas.. Dengan konsistensi kuah yang tak pekat sangat, tapi tak cair.... Sedang-sedang elok je sama ada nak dihirup atau nak dimakan dengan nasi..  Baunya melekat kat tangan walaupun selepas dibasuh dengan sabun!!

     Untuk menikmati hidangan ni, ada  beberapa pilihan ikan yang diberi. Seingat  saya, yang kami makan tu asam pedas tenggiri.. Ikannya direbus dulu, bila pelanggan hantar pesanan, barulah diletakkan ke dalam bekas claypot, dan tuang kuah asam pedasnya.. Dimakan dengan telur masin rebus, ulam-ulaman, sambal belacan dan nasi panas... Perghhh memang terangkat habis la... Rasa macam nak je pergi dapur dia mintak resepi... Hahah tapi mimpi jela kan orang tu nak bagi resepi perniagaan dia...

            Sambil-sambil tu, sebenarnya nak cite, yang hari ini saya masak asam pedas jugak. Tapi ni versi senang lah.. Masak satu lauk je yang ikan dan sayur... Jimat sikit tak payah basuh periuk atau kuali banyak kali... 

Resepi Asam Pedas Simple:-

1 keping ikan tenggiri
1 biji tomato, belah 6
5-6 biji bendi
1 sudu cili kering kisar
1 sudu makan bawang merah kisar
1 ulas bawang merah-hiris
1 ulas bawang putih-hiris
3-4 tangkai daun kesom
1 tangkai bunga kantan-dihiris
garam secukup rasa
gula secukup rasa, kalau suka
asam keping @air asam jawa
1 cawan air, boleh tambah kalau nak berkuah sikit
minyak untuk menumis, secukupnya



.
 Cara-caranya:-

 1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan bawang kisar dan cili kering kisar.
2. Bila dah pecah minyak, masukkan air secukupnya. Perasakan dengan asam keping @ air asam jawa, garam dan gula.
3. Bila air dah mendidih, masukkan ikan. Masukkan tomato dan bendi.
4. Dah masak boleh tutup api dan hidangkan.


Simple je kan.. Kalau suka, boleh juga tambahkan rempah kari dalam asam pedas ni... Tapi sebab kat umah takde stok kari... Yang ada pon dah expired... Lama sangat dah tak masak kari kat rumah ni..... Asam pedas ni kalau makan dengan telur dadar dan nasi panas memang sedap..









Tuesday, May 13, 2014

Butterscotch Bread Pudding @ Puding Roti Butterscotch

Assalamualaikum...

Indahnya pagi ni.. Awal-awal lagi dah terdengar bunyi orang mesin rumput kat umah jiran depan.. Tak jadi la nak sambung tido walaupun mata ngantuk sangat.. Malam tadi beberapa kali jugak terbangun mimpi yang tak berapa best.. Cik abang pon dah pergi kerja subuh tadi... Kesian dia arini cuti Wesak day, tapi kena keja jugak. Cuti ni akan dicarry ke cuti raya. Takpela janji raya boleh cuti panjang tak payah nak apply2 dah..

Arini kalau ikut perasaan holiday tu emmang ai nak bergolek-golek ajer depan tv teman Aisyah tengok Oggy & The Lipasss.. Tapi kenottt la banyak sangat kerja nak dibuat ni. Ada 6935383 list kerja yang belum setel.. Nak kemas peti ais, nak pergi kedai 2 hengget, pergi kamdar beli langsir, pastu sambung prrgi inai beli manik & tape langsir, nak pergi cowboy beli tipuware, pergi nikorex lagi beli rak, nak kemas porch, nak jemur kain... Macam-macam nak buat ni.... OMG OMGGG !! Banyaaakkkkk sangat benda yang nak disetel hari ni.. 

Okeh enuf said. Saya nak share resepi puding roti. Buatnya malam tadi untuk bekalkan hubby kat ofis. Special treat la sikit untuk orang yang kena keja pada public holiday ni ahakss.. Resepi ni saya buat ikut barang-barang yang ada kat umah je.. Tapi tiru Nigella la sket part yang butterscotch tu. yummmyy tau.. Bukan macam bread pudding yang biasa tu. Dia wangi lagi.. Ok jom buat..



Puding Roti Butterscotch
Dari dapur miza
Inspired by: nigella lawson

Bahan2:
5 keping roti putih  - disiat
2 biji telur
1 tin susu cair
5-6 sudu makan gula pasir (manis ikut suka, blh tambah, blh kurangkan)
1 sudu makan butter
Sedikit esen vanila

Cara2:
1. Dalam periuk, masukkan gula. Buat gula hangus (macam kita mak buat gula hangus tu). Part yang ni kena hati-hati. Takut ter'rentung' macam yang jadi kat saya. Kes buat kerja sambil berangan la nih.. 
2. Lepas semua gula dah hancyr sepenuhnya, dan gula pon dah bertukar kaler kepada amber, masukkan susu cair. Kacau laju-laju n rata-rata.Part yang ni kena buat cepat dan hati-hati sebab karamel tu panas. Gula dah larut sepenuhnya, boleh tutup api.
3. Masukkan butter. Masukkan kismis. Saya masukkan kismis dalam susu panas sebab nak suh dia serap cecair tu supaya dia lembut dan kembang.
4. Bila susu dah agak suam, boleh isi telur. Kacau rata-rata dan ditapis.
5. Dalam loyang yang dah dilengser butter terlebih dahulu, masukkan roti yang disiat tadi.
6. Tuangkan bancuhan telur+susu tadi. Biarkan dalam 15-20 minit supaya roti dapat serap cecair tadi.



7. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu, suhu 160 celcius selama 25-30 minit. Saya guna mode kipas. (Rujukan sahaja. Anda perlu check suhu oven anda)
8. Dah siap. Yummy. Kalau rajin boleh makan dengan kuah. Tapi saya malas.. Kihkih.. 

Monday, May 12, 2014

Carboot Sale, Taman Teruntum


Assalamualaikum wbt...

 Ni cite bulan lepas.. Genap sebulan baru teringat nak update bihihihh... Semua cite lately dalam blog ni memang kebanyakkannya backdated... 

Ok kembali seperti tajuk di atas.. Permulaannya, my officemate, Ida yang bagitau pasal carboot sale ni... Since dia memang dah berniaga kat carboot sales depan UTC, dia nak ajak saya join yang dekat Taman Teruntum ni... Saya pon lepas fikir-fikir dan tanya cik abang, dah dapat greenlite, rasa ok, set... Bolehlah cuba nasib... nanti nak jual kek macam-macam (dalam kepala angan-angan mat jenin)..

  


 Nak amik tapak carboot ni, nak kena contact dan bayar yuran pada penganjur pulak... OK part yang ni, nasib baiklah setiap hari Khamis, kitaorang ada latihan koir kat HQ so boleh excuse keluar awal sikit... Pergi ke ofis penganjur (yang dekat Taman Teruntum ni penganjur dia ialah DPMM, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.. Ofis dia berhadapan dengan Hotel Seri Malaysia, Jalan Teluk Sisek. Lokasinya, selang 2 buah dari kedai KotakKalam.. Sape-sape yang suka makan kek tu mesti tau kedai ni kan... Dalamnya ada macam-macam kek sodap2 dari Cakekers (ahh sudah ni aku siap promote Cakekers pulak)...


 Untuk pendaftaran, kitaorang kena bayar RM30.. dapatlah sticker kereta 2 keping, untuk tampal depan ngan belakang kereta.... Meja, kerusi, lampu semua peniaga kena bawak sendirian berhad.. Waktu berniaga ialah dari pukul 5 ptg sampai pukul 12.00 malam...


 Nak diceritakan, dari pagi sampailah petang nak menjual tu memang biziiiiiiiii gilersssss (plural okay).. Kesian anak pon tak sempat nak careeee.... Bila sampai sana orang tak ramai lagi, so kitaorang pilih tempat yang teduh... Masa ni nak bukak bonet tak berani lagi yela takde orang bukak lagi, kita ni first time tak tau cara macammana... Lepas sejam gitu, barulah ramai peniaga datang.. Masing-masing pon start arrange barang... Tapi kami rasa tak puas hati lah sebab sepanjang tempoh tu, penganjur takde turun padang pon tanya khabar ke, apa ke kan... Sebab menurut Ida, penganjur dekat UTC tu emmang setiap malam Jumaat tu akan pergi ke setiap lot peniaga.....

Malam tu, memang ramai pengunjung kat Taman Teruntum tu sebab ada nite zoo... Ada persembahan macam-macamlah pendek kata.. Despite malam tu ada bola lah kat stadium.. Pastu ada ceramah dari AI lagi...Memang ramai giler kat Teruntum... Tapi mungkin sebab hebahan tak ada, publisiti tak ada, pengunjung tak ramai yang datang ke lot carboot ni... Hurmmm.. Maybe next time MPK dengan DPMM boleh fikirkan pendekatan lain.. Supaya boleh datangkan keuntungan kepada ketiga-tiga pihak...

Ohh satu lagi saya nak komen, tempat solat yang disediakan.. Sedih sangat tau... Dia just sediakan  satu canopy yang mana tempat solat lelaki dengan wanita hanya dipisahkan dengan tirai dari backdrop.. Ruang dalam kotor... Pastu tempat nak amik wuduk tau amik kat man, amik kat paip luar.. Cemana la orang pempuan nak amik wuduk kat tempat yang terdedah camtu...? Last-last saya pergi solat dekat surau perumahan yang terhampir... nasib baiklah kitaorang datang 2 buah keta. Dah boleh agak dah... So, kalo next time dioffer kat Taman Teruntum ni, rasanya tak menjual dah kot hehehhh.. Unless, MPK dan penganjur amik inisiatif sediakan tempat yang lebih baik. Yang mesra pembeli dan penjual....


 Ok, selingan....

       





Resepi Roti Naik Simple

Assalamualaikum wbt...

Atas permintaan cik abang yang nak makan roti panas-panas... Terpaksala daku merajinkan diri... Nasib baik ada pembantu kalo tak jenuh jugaklah nak mengulinya.... Resepi saya ambik dari blog Azie.. Alhamdulillah tak mengecewakan hasilnya.. Roti lembut...




Yang ni versi taruh cheddar cheese yang diparut... Sedap.. Wangi je bau dia...




Kepada yang nak try, ni resepinya..

Roti Naik Pahang

Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula 
2 sudu kecil ibu roti  (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin 
1 sudu kecil shortening   
500 gm tepung gandum   
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung  

Cara cara:
1. Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.
2. Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

3. Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata. 

4. Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening.  Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya. (Saya guna bread maker. Taruk je semua bahan dalam bread maker tu, pastu pilih aturan yang sesuai, biarkan mesin selesai  menguli dan bagi naik , semua dalam 1 1/2 jam)

5. Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.

6.Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit. 
 

Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.
(Saya ikut Azie)

7. Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.







Haaa, tengok tu.. Banyak kan dapat hasilnya.. Guna 1/2 kg tepung gandum je.. Ni ada satu lagi tak masuk gambar.. Roti cheese yang dalam loyang bulat. Boleh makan dari pagi sampai malam.

Thursday, May 8, 2014

Jalan-Jalan Cari Sengkuang Calit

Assalamualaikum wbt...


          Ni cerita malam minggu 2 @ 3 bulan lepas.. Ya ampun!! Citer-citer lama semua nak digali semula... Takpela kan untuk kenangan kemudian hari nanti... Saja pusing-pusing bawak  tuan puteri ambik angin kat luar... Mula ingat nak ke T.C je tapi jalan jemmmm.. Last-last kitorg pergi benteng jela.. Benteng ialah nama kampung (??) a.k.a sinonim dengan panggilan orang-orang Kuantan.. Nama glemer ala matsolehnya 'Esplanade'.. Tapi tak koser ah nak nak sebut perkataan tu.. Sebut 'benteng' kan senang.. Otomatik dah terbayang tempat tu... Lokasi dia bertentangan @ opposite dengan Hospital Tg Ampuan Afzan & bersebelahan bangunan pejabat MPK...

     Kalau malam minggu memang bolehlah tahap ke'happening'annya.. Ada orang memancing... Ada gerai-gerai jualan.. Ada playground dan kete mainan sewa jugak bagi yang bawak anak-anak kecik tu... Pastu kadang-kadang ada orang karaoke... Kalau kuar satu family ramai-ramai seronok jugak memancing sambil berkelah... 

           Sambil jalan-jalan pusing gerai-gerai yang ada tu, kami 'terlalu' depan gerai jual sengkuang calit... Macam best je benda ni... Tengok orang pon ramai beratur kat gerai dia... Saya pon tryla beli 1.. Murah je, RM2... Dia punya sengkuang tu sedap.. Rangup.. Dipotong tebal-tebal...  Atas tu disapu dengan sosnya... Pastu tabur kacang tumbuk... Yummmy... Rasa pedas manis masin rangup semua ada...








Ramai kan beratur... Jenuh jugaklah nak tunggu..





Antara gerai-gerai yang ada..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...