Lazada

Friday, October 10, 2014

Char Kuey Teow best

Assalamualaikum wbt...

Ada yang suka makan char kuey teow tak kat sini..? Saya ni bukanlah penggemar tegar sangat.. Tapi bila dah cuba yang dekat satu kedai ni, terus terlekat dan kerap jugak singgah makan.. Kalau yang stay kat sekitar Kuantan tu bolehlah cuba makan kat sini.. Kot-kot kena dengan selera kan.. 

Ok, hari ni saya nak perkenalkan antara favourite kedai makan yang selalu kami singgah selain dari Al Fatani, Beserah. 

Kedai Brader Bob Char Kway Teow.. Memang sedap la CKT dia.. Selain dari CKT, ada menu-menu lain jugak.. Western food pun ada..





 

Antara menu kat sini.




  

 My favourite. Setiap kali datang sini, wajib order CKT ni...






 Yang ni favourite hubby. Nasi goreng ayam spicy.. Nasi goreng dengan ayam goreng yang dipotong nipis, kemudian dicelup tepung, dan digoreng sampai crispy  Pedas woo ayam ni... Sape-sape yang suka makan pedas, konpem suka makan nasi goreng ni..





 



 


 
 Tu dia, ramai orang kat kedai ni.. Full house sokmo... Hari isnin jangan datang ye, kedai dia tak bukak.






Dah kenyang perut, yeay yeay..!! Jom balik.... 



Kalau ada yang nak try makan kat sini, ni alamatnya.. Lagipun sekarang dah ada instantstreetview kan, lagi senang. Masukkan je alamat ni, konpem jumpa.




Today 5:00pm - 12:00am
Phone  : 1-700-80-4594


Boleh check FB dia jgk kat SINI 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...