Lazada

Friday, October 25, 2013

Biskut Lidah Kucing Pelangi

Assalamualaikum.. Resepi ni asalnya kita nak buat untuk makan-makan masa raya puasa baru-baru ni.. Tapi masa tu puas pusing bakery kat Kuantan.. Tak jumpa satu pon.. Kebetulan lepas tu hubby kena outstation kat KL.. Minta tolong dia carikan.. Nasib baik ada satu.. Alhamdulillah... Hubby beli dekat sini..

 BAGUS BAKERY,
 56-58, Jalan Rugbi 13/30
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel:03-5511 0688 Fax:03-5511 0689 

Resepi saya dapat dari blog Azlita Masam Manis.. Saya minta share kat sini ye...










 

 LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Citarasawan

250 gm mentega

175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru

Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan

Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Wednesday, September 18, 2013

Junior Chef Mama

Assalamualaikum wbt....

Masa birthday mak baru-baru ni, sempat buat kek sebiji je... Makanan-makanan yang lain semua kitaorang tempah je.. Aisyah request nak tolong mama buat kek.... Mamanya terpaksala kasi can... Kesian pulak tengok dia terkelip-kelip nak tolong.... Saya guna resepi yang sama dengan kat sini... Untuk tulisan, saya amik 3 sudu creamwell, bancuh dengan 2 sudu susu pekat.. Takde sukatan sangat pon sebab nak guna sikit je.. Pastu taruk beberapa titik pewarna hijau star brand. Masukkan dalam piping bag, dan tulisla ikut suka...





Wednesday, May 8, 2013

Tart Nenas

Resepi yang sama dengan tart nenas gulung yang saya buat sebelum ni. Bezanya kali ni nak try buat bentuk bunga pulak... 










Tart Nenas

Bahan-bahannya:-
Doh tart:
150gm butter
1 biji kuning telur
200gm tepung gandum
20gm tepung kastard
jem nenas dibentukkan bulat (saya punya lenih kurang saiz siling 10sen)

Cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 160-170 darjah celcius. (Saya guna 165 bergantung pada oven anda jugak suhu ni)
2. Gaulkan sebati semua bahan sehingga membentuk adunan yang boleh dipicit.
3. Masukkan ke dalam acua. Terap 
5. Letakkan jem yang telah digentel di atasnya.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Puding Laici Dangdut


1 paket agar2 serbuk (10gm)
5 cawan air ~ cawan metrik
8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
1 tin susu cair
1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah (tak isi sbb takde stok)

1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ke dalam acuan/loyang. Sejukkan.
4. Enak dimakan sejuk. Jika suka, boleh hiaskan dengan buah laici di atasnya. 


Thursday, April 18, 2013

Puding Karamel / Puding Gula Hangus

Assalamualaikum wbt...

Buat untuk dibawa ke pot luck pejabat hari ini.. Bila nak wat pot luck selalu tak tau nak masak apa sebab saya tak suka masak mende yang selalu atau dah pernah buat.. Rasa macam bosan... Saya suka pot luck sebab masa nila dapat try resepi baru. Kalau saja-saja suka-suka malas jugak sebenarnya... Tapi memandangkan sampai umah je dah penat, kali ni dapat bawak dessert yang simple jela... Resepi dapat dari blog Hana Memories... Saya minta izin share resepi kat sini:-

 
RESEPI PUDING KARAMEL
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.                                                                                                                             (Cara saya: Terus tuangkan 5 sudu makan gula pasir dan 2 sudu makan air ke dalam loyang, hanguskan sehingga keperangan dan boleh angkat untuk disejukkan)
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.


 
 
Kali ni saya bakar. Selalunya kukus.. Saja nak try teknik lain.


Bawa macaroni & cheese dengan puding karamel untuk pot luck kali ni


Nyum nyum....


 

Murtabak Megi

Assalamualaikum wbt....

Ini menu dinner kami semalam.. Suami balik dari kerja sebelum sampai umah, pergi singgah makan roti canai dulu kat warung area umah kami tu..... Jadinya tak berapa lapar sangat malam tu.... Mama pon malas nak masak berat-berat sebab dah makan nasi kat umah mak odw amik Aisyah.... Buntu tak tau nak masak apa, last-last, suggest kat dia, 'kita makan murtabak megi nak?' .. Suami on je cepat-cepat gi dapur.... Resepi ni saya amik kat blog Ana Suzana.. Boleh tengok sini kalau nak tengok versi yang lebih senonoh.. hihi...

Saya copy n paste semula resepi dia kat sini ye Kak Ana..


Bahan2 yg di perlukan (utk 4 org mkn) :

~ 2 bungkus megi kari @ apa2 je kesukaan korang - saya guna 1 paket je
~ 3 bijik telor ( nak lebihkan sebijik pun boleh sbb lg best ) - saya guna 2 biji
~ bawang besar yg di hiris nipis ( kalau tak suka takyah taruk ) - guna 1/2 biji bawang holland
~ daun bawang dan apa2 daun le yg korang rasa nak taruk - ni terlupa nak isi
~ cili api di hiris2 kalo nak pedas.. kalau taknak takyah taruk.. - tak isi takut pedas sangat

Cara-caranya pulak :

~ korang celur megi tu sampai kembang.. pastu toskan.. ketepikan sebentar..
~ dlm mangkuk besar, sila masukkan telor, perencah megi kari (saya guna 3/4 je paket perencah tu), hirisan bwg, hirisan daun bwg, cili api dan apa2 jelah yg korang nak taruk.. kacau2 bg sebati..
~ pastu baru masukkan megi yg di toskan td ke dalam mangkuk berisi telor tu.. gaul rata..
~ masak atas frying pan dgn minyak yg sedikit je.. aku guna satu sudu besar butter je..
 Dah siap bolehla diangkat. Dan dimakan.. Nyum nyum...


Tadaaa..
.
.
.


Dah siap murtabak sempoi saya.. Jemput makan..
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, April 4, 2013

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum wbt...

Saya suka buat kek gula hangus ni sebab mak suka makan.. Biasalah orang tua, kek-kek yang berkrim atau beraising ni kurang gemar... Resepi saya dapat dekat sini...  

Tapi saya ada modified sket resepi ni.. Tak menjejaskan langsung rasanya. Sarangnya tetap menjadi dan bahagian atasnya kekal moist. Harap tuan resepi tak marah saya derhaka.  Tq kak siti delima...

  Ni kek yang saya buat order dari officemate..

 



  Kek Gula Hangus
Resipi : Kak Anymz - MyKitchen
Di olah : Che CT
Dimodified sket lg oleh miza, heheh..

Bahan gula hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu makan butter (*miza tambah)

Cara membuatnya :
1 cawan gula pasir dijadikan gula hangus dengan api kecil. Bila gula cair sepenuhnya barulah masukkan 1 cawan air panas kedalam gula hangus tadi bermula dari tepi periuk. Hati2 dengan gula yang panas sewaktu masukkan air kerana gula akan meletup2 dan terpercik. 
**Ni miza tambah - Bila gula dah cair sepenuhnya ke dalam air, padamkan api. Masukkan 2 sudu besar butter. Butter akan cair sendiri kerana air yg masih panas.

Bahan Kek :
 4 biji telur
1 cawan susu pekat manis (resepi asal 1/2 cawan susu pekat manis) 
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonat (resepi asal 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat), - diayak bersama tepung
3 sudu besar butter - (miza tak isi sbb dah isi dalam bancuhan air gula hangus)

Cara membuatnya :
1. Alas loyang atau acuan dengan kertas minyak dan glis dengan butter - ketepikan.
2. Pukul telur sehingga bertukar warna menjadi pucat dan kembang.
3. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat yang telah diayak bersama. Dan kacau lagi hingga adunan rata. 
5.  Akhir sekali masukkan juga gula hangus tadi. Kacau hingga sebati. Perapkan paling kurang 3 jam.
5. Tuang dalam loyang dan bakar pada suhu 150'C selama lebih kurang 50 minit menggunakan api BAWAH sahaja selama 50 minit. Kemudian tukarkan guna api ATAS & BAWAH selama 10 minit. Boleh uji kek dengan mencucuk lidi sate, bila ditarik keluar lidinya bersih tandanya kek sudah masak.

  
 Tips:

Setelah beberapa kali buat kek ni, dengan hasil yang berbeza-beza lps try and error, untuk dapatkan kek yang bersarang cantik dan lembap di bahagian atasnya, saya gunakan kaedah di bawah...

 1. Saya peram lama bancuhan. contoh, saya bancuh adunan dalam pukul 9.00 pagi, lepas dah siap saya masukkan dalam peti. Pukul 6 petang saya kuarkan dari peti dan biarkan dia mencapai suhu bilik. Selepas dalam anggaran 1/2 jam, masukkan bancuhan tadi ke dalam loyang yang dah dilengserkan dengan butter. Bolehkan dibakar.

2.  Suhu, saya gunakan suhu 150 darjah celcius, api bawah sahaja untuk 50 minit yang pertama. Selepas tu saya gunakan api atas bawah selama 10 minit lagi.. Jumlah keseluruhan pembakaran selama 1 jam (tapi ini bergantung juga kepada jenis oven masing-masing ye).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...