Lazada

Friday, October 10, 2014

Char Kuey Teow best

Assalamualaikum wbt...

Ada yang suka makan char kuey teow tak kat sini..? Saya ni bukanlah penggemar tegar sangat.. Tapi bila dah cuba yang dekat satu kedai ni, terus terlekat dan kerap jugak singgah makan.. Kalau yang stay kat sekitar Kuantan tu bolehlah cuba makan kat sini.. Kot-kot kena dengan selera kan.. 

Ok, hari ni saya nak perkenalkan antara favourite kedai makan yang selalu kami singgah selain dari Al Fatani, Beserah. 

Kedai Brader Bob Char Kway Teow.. Memang sedap la CKT dia.. Selain dari CKT, ada menu-menu lain jugak.. Western food pun ada..





 

Antara menu kat sini.




  

 My favourite. Setiap kali datang sini, wajib order CKT ni...






 Yang ni favourite hubby. Nasi goreng ayam spicy.. Nasi goreng dengan ayam goreng yang dipotong nipis, kemudian dicelup tepung, dan digoreng sampai crispy  Pedas woo ayam ni... Sape-sape yang suka makan pedas, konpem suka makan nasi goreng ni..





 



 


 
 Tu dia, ramai orang kat kedai ni.. Full house sokmo... Hari isnin jangan datang ye, kedai dia tak bukak.






Dah kenyang perut, yeay yeay..!! Jom balik.... 



Kalau ada yang nak try makan kat sini, ni alamatnya.. Lagipun sekarang dah ada instantstreetview kan, lagi senang. Masukkan je alamat ni, konpem jumpa.




Today 5:00pm - 12:00am
Phone  : 1-700-80-4594


Boleh check FB dia jgk kat SINI 

Wednesday, October 8, 2014

Wordless wednesday

Assalamualaikum...

Dah lama tak buat entry 'wordless wednesday'. Rasanya kat blog ni belum penah buat lagi. Hari ni nak tepek gambar gotong royong korban anjuran pejabat saya. 3 ekor lembu yang disumbangkan oleh pm untuk 3 jabatan berlainan. Tapi untuk menyenangkan kerja, ke 3 nya disembelih sekali di tempat kami. Kali ni skim Ganchong merupakan skim yang bertuah (tahun lepas pun kat sini jugak) menjadi tuan rumah.

Gambar tak ambik banyak pon sebab pejabat dah ada official photographer.  Lagipun malu lak nk snap banyak2 kerja tak buat..

Yeay yeay dapat wat balik tulang dengan daging. Stok yang sediada pun tak tahu nak masak apa. Nak google resepi la pasni..

Tuesday, October 7, 2014

Victoria Sandwich Cake

Assalamualaikum...

Dah lama betul tak membaking. Rindu zaman2 dahulu kala, zaman menjengah ke bakery setiap hari pada waktu lunch. Kadang tak mengira masa. 2-3 kali sehari pon ada jugak. Tapi dengan keadaan sekarang memang tak mungkinlah.. Jadi untuk mengubati kegianan itu, masa time-time special macam hari raya ajer akan ada semangat dan kerajinan yang luar biasa. Kalau hari-hari bekerja biasa, memang taklah.. Orang nak order kuih atau kek pun tak dapat nak buat.

Sebenarnya kek victoria sandwich ni dah lama ada dalam wishlist saya. Kalau tengok ig baker-baker yang otai-otai, vsc dorang sangatlahhhhh tempting tanpa perlu hiasan yang sarat-sarat. Resepi vsc kali ni saya amik dari blog kak rima, bisousatoi. Kagum sangat dengan setiap hasil tangan dia. Sangat tertib dan kemas je terutamanya macaron dia. Ok kat bawah ni resepinya. Saya cnp bulat2 je malas nak translate..

victorian sandwich cake

Ingredients
250g unsalted butter (miza guna buttercup ajerk)
250g sugar (guna 220gm aje sbb nak sapu jem in between cake)
250g self raising flour 
250g eggs - crack 4 eggs and weigh ok (miza guna 5 biji(
1 tsp vanilla extract
1/4 tsp salt
2 tbsp milk

For The “Filling and Decorating”:
6 tbsp Fruit compote or jam - I did my own strawberry and raspberry compote
1 punnet of strawberry - slice and mix with a tbsp of sugar.. mix em and set aside for 15mins (tak buat pun part ni. Beli ready made strawberry jam kat tunas manja) 
8 tbsp double cream - i used 250ml and added 2strawberry jam kat tunas manja) tbsp of icing sugar... whipped till it was soft /medium peak (tak guna whip cream sebab tak ade stok kat umh)
Confectioner’s sugar, to sprinkle on the top of the cake

Method:
Preheat the oven to 160C
Mix together the self raising flour and salt. Set aside.
Put the butter in a bowl (or the bowl of your KA) with the castor sugar and beat together until really light, pale and fluffy.
Gradually add the eggs, beating well after each addition. Then incorporate the vanilla extract.
Sift the flour and fold it in delicately with a metal spatula to combine.
Add enough milk in order to get a smooth dropping cake dough consistency.
Pour into two greased 8" round pan and smooth out the top with a spatula.
Bake in the centre of the oven for about 30 minutes or until golden and a skewer inserted into the middle comes out clean.
Allow to cool in the tin for 10 minutes, then remove the baking paper and turn out onto a wire rack that's covered in a clean cotton tea towel to prevent marking. Cool completely.
Place the bottom of the cake on a cake stand/dish, then spread generously with the compote/jam.. pipe ur whipp

Mee sup daging dengan bergedil

Assalamualaikum...

Stok daging berlambak-lambak dalam peti ais. Sampai dah xtau nak buat apa. Buat kek keju daging sedap tak? Iyarkkkk.. Kang dah sedia ada pon tak luak lagi.. Esok pejabat ada buat gotong royong korban maka bertambah lagi lah lagi pening apa nak dibuat dengan daging yang sebanyak itu.

Berbeza betul dengan suasana masa nak raya puasa baru-baru ni. Masa tu nak beli daging untuk dibuat rendang, orang teramatlah ramai dan terpaksa berbaris panjang dekat pasar tani UTC tu.. Semua gerai yang jual daging kena beratur. Siap ada yang nak bertumbuk lagi kes nak potong queue. Bila dah sampai turn kita daging lembu dah habis. Tinggal daging kerbau je. Nak tak nak belilah jugak alang2 dah penat menunggu tu.. Tapi masa raya haji ni demand pulak tak nak daging banyak-banyak. Mengader!

Ok enufla cerita berebut daging tu. Hari ni nak share resepi mee sup daging yang simple dan saya lawankan dengan bergedil daging (sebab nak habiskan stok daging).

Mee sup daging
Bahan2
Mee lidi - dicelur hingga  lembut, toskan
300gm daging direbus. (Asingkan 200gm untuk bergedil)
1 sup bunjut
Rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan pelaga)
2 ulas bawang merah, dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
Seikat daun sup- dihiris
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam kalo suka

Cara:-
1. Panaskan minyak. Tumis rrmpah 4 beradik. Dah agak-agak wangi rempah, masukkan bawang2 mayang. Dah agak layu dan kekuningan dan wangi, boleh matikan api.

2. Dalam periuk rebus daging hingga empuk. Ketepikan 200gm untuk bergedil. Masukkan rempah + bahan tumis tadi ke dalam periuk. Masukkan serbuk lada hitam dan sup bunjut. Masak hingga sup mendidih. Tutup api dan taburkan hirisan batang daun sup.

Untuk bergedil
100gm daging rebus, ditumbuk
2 biji ubi kentang, rebus empuk dan lecek
2 biji bawang merah yg dihiris dan digoreng garing
Sedikit hirisan daun sup
Garam secukup rasa
Sebiji telur, pukul sikit

Cara:-
1. Gaulkan semua bahan bergedil kecuali telur. Bentukkan bulat. Leperkan.
2. Celup dalam telur. Goreng dalam minyak panas. Angkat dan toskan.

Boleh makan bersama mee dan sup tadi. Kalau suka boleh tambah kicap lada. Yummms..

Monday, October 6, 2014

Diy Queen Elsa Dress

Assalamualaikum..

Hari kedua aidiladha 1435H. Kat kampung saya masih ada lagi yang buat korban hari ni. Peti ais dah penuh dengan daging. Malam semalam dah masak dendeng.  Tengahari tadi lak masak mee sup dengan bergedil. Berderet menu daging seminggu dua ni..

Tapi yang tu nanti kemudian baru nak post. Buntu takde idea nak mengarang cerita huhu.. Hari ni nak cerita pasal jahit menjahit.. Alkisah baju raya anak semalam. Raya haji tahun ni tak beli pun baju untuk Aisyah. Sebab mulanya cadang nak pakaikan je baju raya puasa lepas. Pastu teringat ada kain yang dah beli berbulan-bulan lepas tapi tak bersentuh lagi. Dah lama Aisyah suh jahitkan dress Elsa untuk dia. Sejak obses dengan frozen. 24 jam sehari pon boleh ngadap citer tu tanpa bosan! Sampai mak abahnya dah nak muntah hijau.

Untuk kain ni, saya beli kat kamdar. Beli 4 jenis fabrik berlainan. Untuk kain, beli kain biru yang ada kilat-kilat sikit. Untuk body, satin biru muda. Untuk bahagian atas dan lengan, chiffon kelabu (tapi yang ni tak guna pon last2), dan net bling2 untuk sayap belakang. Total dalam rm50++ jugak plus zip sorok dan benang.

Bila dah siap, baju ni ketat sikit kat ketiak dengan belakang kat tempat zip tu bila try kat badan dia tu.. Tapi suh tanggal taknak dah biar ketat menyeksa badan. 'Tak ketat pon mama..selesa' katanya.  Inilah orang pempuan.. Biar seksa asal bergaya.. 

Nak repair pun dah tak sempat. Esok nak raya hari ni baru nak menjahit.. Pastu nak selit membakar kek sebiji dua nak dibawa ke umah mak.. Kul 4 pagi baru siap semua termasuklah iron baju raya mak abahnya. Tapi bila tengok dia happy pakai baju ni rasa macam berbaloi sangat tak tido malam... Rasa macam addicted nak menjahit lagi.. 

Gambar step by steptakde memang tak sempat nak ambik. Ni jela 3 keping gambar yang ada..


Sunday, September 14, 2014

Apam Baghdad Pekan

Assalamualaikum wbt...

Hari ini menggagahkan diri try jugak curik-curik masa nak update blog ni.
Asalnya tadi tengah sedap bermandi manda kat pantai ngan anak, sekali hujan turun selebat-lebatnya. Baju spare ngan towel dahlah tak bawak.. Kereta lak parking boleh tahan jugak jauhnya. Kelam kabut berlari masing-masing.. Yang si Aisyah ni bila maknya ajak balik dia buat tak dengar je.. Kalo dengar kang tak dapat mandi, baik wat derkkkk jer.. Nasib baik jugak hujan... Bila sampai je kat rumah masing-masing ketar kesejukan..


Amboi, mukadimah ni tak berkait pon sebenarnya dengan tajuk entry arini.. Sebenarnya nak cite pasal kuih yang saya buat pagi tadi. Ni atas permintaan kakak saya, si mak buyong yang dok mengidam nak makan apam baghdad pekan. Saya ni nama je kje kat pekan, tapi kuih ni pernah makan sekali je. Itupun my sis bawa balik ke umh kuih yang officemate dia bagi.. Rasa pun ingat-ingat lupa.. Tapi kali ni member dia bgtau orang yang buat apam ni dah tak buat dah.. Sebab faktor usia katanya. Dah tua sangat.. Dan dan masa takde orang nak buat ni jugak si mak buyung ni ngidam.. Pastu try contact sorang makcik ni yang disuggest oleh akak kat opis. Dia ni wat jugak apam ni tapi problemnya kol nak esok. Dia kata ok. Pastu bila kol nak amik dia kata orang tu tak boleh buat lak. Makcik ni upenya orang tengah je. Hurmm.. Pikir punya pikir, takpelah.. Try jela wat sendiri. My officemate bagitau bahan-bahan dia lebih kurang macam kita nak buat bahulu, pastu atas dia ada inti serikaya. Tapi dia tak bagi resepi pon.  :-(   So, kat bawah ni resepi yang saya dah modified campur-campur dari macam-macam source.

Untuk tokey-tokey apam baghdad tu kalo resepi saya ni tak asli saya minta maaf.. Memandai-mandai je saya tambah esen vanila dan ovellate sebab dalam resepi asal takde isi. Tapi sebab saya takut kalau tak isi vanilla tu dia hanyir. Yang ovellate lak spontan je. Masa tengah mix telur tu, saya rasa macam nak buat apam polkadot je cara dia. Pastu tetiber je tangan ni capai ovellate. Tapi Alhamdulillah tak menjejaskan tekstur dia.


5 biji telur
250gm gula kastor
1/2 st ovelatte
170gm tepung naik sendiri
1/2 st esen vanila
pewarna kuning
untuk inti serikaya atas
2 gelas santan @ 400ml santan
5 sudu makan gula pasir atau kastor pon boleh
1 biji telur
1 sudu makan tepung gandum
sedikit pewarna hijau
sehelai daun pandan, dicarik dan disimpul
Cara:-
1. Untuk membuat apam, panaskan periuk kukusan yang mengandungi air sementara bancuhan disiapkan.
2. Oleskan loyang bersaiz 6" dengan mentega dan taburkan dengan tepung.
3. Dalam mangkuk yang berisi telur, masukkan gula kastor, esen vanila dan ovellate. Putar sehingga kembang dan warna telur menjadi pucat (macam bancuhan bauhu @ kek chiffon).
4. Lepas kita dah confirm gula dah hancur sepenuhnya, masukkan pewarna kuning. Putar sekejap. Pastu masukkan tepung naik sendiri dan putar lagi. (Untuk tepung ni, kalo takde tepung naik sendiri, boleh jugak guna tepung gandum yang dicampur dengan baking powder)
5. Adunan dah sebati, boleh masukkan dalam loyang tadi. Kukus selama 30-35 minit.
6. Untuk bancuhan ni, saya dapat 3 bekas, guna loyang bulat saiz 6". Tak tebal sebab bila dah masak dia akan kembang lagi.
Untuk inti serikaya:
1. Campurkan gula, telur, santan, secubit  garam, tepung gandum dan daun pandan di dalam periuk. Kacau rata supaya tepung tak berketul.
2. Panaskan api. Masak sehingga serikaya pekat dan menjadi berserawa. Dah mask boleh tutup api. Sejukkan.
3. Letakkan inti serikaya di atas apam yang telah dipotong-potong. Sedia dihidang.
Note: Disebabkan saya pernah makan sekali je kuih ni, dan ingat-ingat lupa rasa dan rupa dia, saya pergila tapis serikaya tu. Memang dapat segelas air. Sebab tengok dia macam watery sangat. Pastu bila akak saya datang umh, dia bagitau inti atas tu memang basah-basah sikit... Adeii.. Tak payah 
tapis ye nanti..















Wednesday, July 9, 2014

Nutella Pod Wif Salted Caramel

Assalamualaikum wbt..
Salam Ramadhan untuk semua..  Dah lama tak update belogh ni.. Sampai dah masuk bulan puasa dah ni... Sementara tunggu waktu nak balik ni, eloklah isi masa terluang berkongsi resepi dengan kawan-kawan...


 


PLAIN POD 

Sumber : Ida Osman (Facebook) 
C&P : Aleen Aireish 
2 3/4 cawan tpg gandum 
1sb serbuk koko (miza tambah)
1 sdt soda bikarbonate**
1/2 sdt baking powder**
50 gm serbuk walnut** (dibakar dalam suhu 180 celcius, selama 5 minit)
1 cawan butter
1 1/4 cawan gula kastor (miza guna gula perang)
1 bj telur
1 sdt esen vanilla

Untuk filling :
NUTELLA secukupnya
GANACHE secukupnya [optional]

Tapi saya separuhkan semua adunan.


Langkah-langkah penyediaannya..
 
 
Walnut dibakar terlebih dahulu


 

Cara-cara :
1. Ayak bahan bertanda **
2. Putar butter dan gula hngga gebu. Masukkan telur diikuti esen. Tuang tepung dan kacau rata hingga jadi doh.




3. Glis muffin pan. Bulat-bulatkan doh dan letak dalam muffin pan. Bakar suhu 180darjah celcius, 8-10 minit
  


4. Setelah keluar dari oven tunggu 1 minit sebelum menekan cookies tadi utk membuat lubang.

 5. Pipekan nutella ke dalam pod bila cookies dah sejuk.

**jgn biar cookies sejuk..sbb kukis akan jd retak bila ditekan** 


Salted caramel

Bahan-bahan ( 40 Medium-Size Macarons )

1/2  Cawan Gula
3 sb Butter
1/2 Cawan Heavy Cream, Suhu Bilik (kalau takde boleh guna susu cair)
Secubit Garam
Cara-cara

1. Cairkan gula menggunakan api sederhana sehingga berwarna keperangan.
2. Kacau gula tadi agar perangnya serata.
3. Apabila gula sudah bertukar kepada warna perang gelap tutupkan api dan masukkan butter dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan heavy cream dan garam ke dalam campuran tadi dan kacau sehingga sebati.

5. Sejukkan. Isi dalam piping bag dan paipkan ke atas pod yang dah berisi nuttela dan toasted walnut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...