Lazada
Friday, October 16, 2015
Nutella Cheese Pie / Tart
Roti John
Spagetti Lasagna
Mango Cheese Cake
12-15 keping biskut digestive / marie-dimesin sehingga halus
75gm mentega -dicairkan
Untuk cake:
500gm cream cheese (sebaiknya guna brand philadelphia)
3/4cawan gula castor
100ml whipping cream (aku guna uht brand Anchor, lemak berkrim gitu)
4 biji telur
sedikit esen vanila
2. Tekankan dan masukkan kedalam loyang. Padatkan dengan dasar gelas/sudu. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
3. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tambahkan whip krim, mangga puree dan esen vanila. Putar lagi sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang berisi biskut marie tadi.
6. Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah celcius selama 40 minit / bergantung kepada oven anda.
7. Simpan sejuk semalaman.
8. Untuk hiasan, hiaskan dengan hirisan mangga. Sejukkan dulu sebelum dimakan.
Wednesday, September 23, 2015
Malam Aidiladha 2015
Assalamualaikum..
Malam raya ni bizi menyiapkan tempahan kuih raya.. Bukan orang tempah pon sebenarnya, tapi aku saja nak buat untuk bawak ke rumah mak.. Pastu nak hantar ke pengasuh Hannah sekali.. Disebabkan arini cik abangku masih keja lagi, kami tinggal bertiga je kat umah.. Memang dari awal aku dah dapat bayangkan tak mencapai matlamat penyiapan kuih raya aku ni dengan nak menguruskan budak berdua ni.. Tapi cuba-cuba dulu.. Jangan give up terus.. Positif.. Positif thinking Miza.. Alhamdulillah.. Inilah hasilnya..
Gambar memang aku malas nak update kat pesbuk.. Kang ramai pulak yang nak order (padahal xde org pon nak order haha).. Lagipun kesian pulak kat kawan2 dengan sedara mara yang tengah pregnant. Kang terliur dah aku kena wat semula.. Memang bercinta ler aku nak baking banyak-banyak kali ni.. Arini punya plan pon dari kul 8pg.. Kul 10 malam baru setel.. Banyak sangat iklan anak-anak.. Mujur jugak balik keje semalam aku dah siap bancuh adunan kek gula hangus, chocolate chips cookies dengan bangkit cheese.. Kalo idokkk.. Nan hadoo..
4 jenis ni je sempat siap, congo bars, biskut chocolate chips, kek gula hangus dengan bangkit cheese.. Bertambah-tambah cepat siap bila Aisyah tolong.. Tq kakak.. Lebiuu..
Friday, September 18, 2015
Cinnamon Rolls..
Mengidam sangat nak makan roti ni walaupun tak pregnant...
Resepi ni aku jumpa kat blog hanneyabaas.. Kalo nak cuba bolehla klik kat situ.. Tapi untuk roti aku guna resepi roti kentang aku macam kat sini..
Untuk filling lak aku wat separuh je dari yang hanney wat..
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml air suam
1/2 sudu besar marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
Filling
40 g butter
55 g gula perang
4 g serbuk kayu manis
Cream Cheese Topping (Boleh jugak adjust kepekatan ikut suka tekak)
112g cream cheese
65g margerine
80g gula icing (aku guna susu pekat manis)
5 sudu besar susu segar (aku guna air suam)
sedikit perahan lemon (aku guna 1sb sunquick-lemon takdok)
Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti)
Potong-potong, susun dalam loyang yang dah disapu butter.
Ni topping cheese
Lembut sangat rotinya..
Monday, September 7, 2015
Chocolate Cheesecake
Dapurmiza
1 1/2 paket biskut oreo- buang krim. Dan hancurkan
70gm butter- dicairkan
Gaulkan keduanya. Masukkan kedalam loyang yg dah disapu butter. Padatkan. Simpan dalam peti ais sementara kita siapkan fillingnya.
250gm cream cheese- aku guna philadelphia
1 kotak kecil krim Anchor
3 biji telur
1/2 cwn gula kastor
15gm serbuk koko
5 sudu makan coklat masakan yang telah dicairkan.
1. Panaskan oven suhu 180 celcius.
2. Dalam mangkuk, putar cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan esen vanila, coklat cair, krim dan serbuk koko.
4. Gaul sebati. Masukkan ke dalam loyang tadi. Alas bawah loyang dengan aluminium foil. (Aku wat lima lapis sbb kita nak bakar kaedah bain marie. Tak nak bagi crust dia lembik dimasuki air)
5. Letakkan acuan ke atas dulang yg besar sikit. Letakkan air panas atas loyang tu. Bakar selama 40-50 minit smpai msk. Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari acuan.







