Lazada

Saturday, May 16, 2015

Pau Ayam Gebu

Assalamualaikum...

Pagi tadi terjaga kul 4.00.. Masa aku bangun, Aisyah pun dah terjaga jugak.. Terus dia minta susu.. Bila dah bangun tu, nak tido balik memang susah.. Pusing kiri, tak kena, pusing kanan tak lena.. Last-last aku ajak dia tengok tv kat luar.. Pastu aku ke dapur.. Mikir nak masak apa... Tengok dalam peti ais banyak lagi stok ayam tak berabis.. Tinggg!! Idea datang suh wat pau...

Google punya google resepi, aku tertarik dengan pau kat blog www.sumarz.com ni.. Sebab sukatan dia sikit je.. Pastu dia guna sukatan cawan dan dalam gram.. Senang la kan kalo xde kitchen scale boleh guna sukatan cawan/sudu..
Cari bahan-bahan nasib baik semua ada... Untuk inti dia aku wat 2 jenis. Satu kari ayam kentang. Satu lagi inti kaya untuk Aisyah.. Aku guna kaya yang high 5 tu je senang kije... So aku copy balik resepi ni...

Pau Lembut
Resepi : Kak Ton@myResepi.com
Sumber : Tun - Life is a constant battle
Sumber : mas

Bahan-bahan :
250g @ 2 1/2 cawan tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh )- aku guna tepung hong kong balance wat kek lapis aritu
3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
50g @ 4 sudu makan - gula castor
 20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening )
2g @ 1 sudu teh - bread softener - tak letak
1/2 cawan air suam

Cara :
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.

Bahagikan doh kepada 10 bahagian.Masukkan inti dan tutup kemas.Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.Untuk inti :
bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.Untuk mengukus :
Didihkan air didalam periuk pengukus. 
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. 
Kukus pau selama 10 minit.

Tips :
Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya. Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..

Inti ayam:

3-4 ketul dada ayam, dipotong dadu halus
3 biji kentang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar, didadu
1cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang putih diketuk
1/2 paket serbuk kari daging
2 sb sos tiram
Garam gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.sampai naik bau. Masukkan rempah kari. Biar garing sikit.

2. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan air sikit. Biar sampai ayam dan kentang empuk dan air kering. Masukkan perasa.

3. Biarkan sejuk sebelum dibuat inti.

Friday, May 15, 2015

Kek Minyak Marble

Assalamualaikum..

Ni antara kek yang aku bawak ke tadika Aisyah pagi tadi.. Sempena hari guru merangkap sambutan birthday budak-budak kat situ.. Cikgu suh mak bapak bawak kuih serba sikit... Aisey kalo cikgu cakap awal seminggu senang sikit.. Banyak mende boleh dibuat.. Tapi baru dapat info semalam.. Tak banyak la yang boleh aku plan dalam masa sehari ni...

Kek ni pun aku buat kul 6 pagi tadi. Pas subuh... Dengan nak bergegas gi ofis lagi.. Fuhh memang gilerr.. Sebab malam tadi aku penat sangat... Tak larat nak berjaga dan terpaksa masuk tido awal... Nasib baik kek ni siap dalam kul 7.00 pg.. Sempatlah bawak ke tadika...

Resepi aku amik dari blog azie kitchen.. Tapi aku ada ubah sikit-sikit sebab barang yang ada kat dapur aku tak cukup syarat..huaaa... Tapi kek ni memang lembut dan sedap... Senang kije pasni kalo ada potluck kat opis takyah bawak cheesecake.. Bawak kek minyak ni ajer hikhik..

Kek Minyak Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster (aku guna 1 1/4 cawan gula sebab susu pekat tak cukup. Tapi aku kurangkan sikit)
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat - (aku guna 1/4 cawan)
1 sudu besar ovallate- (aku guna 1/2 sudu besar ajer, ovelatte abis)
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan hijau

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. (Aku tak timbang pon. Agak2 je) Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.

Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan. (Aku ikut azie bakar 40minit je)



Selamat Hari Guru



Assalamualaikum wbt...

Ni kisah minggu lepas... Rasa sangat excited sangat nak sambut Hari Guru kali ni... Puas memikir hadiah apalah yang nak dibagi kat cikgu-cikgu tadika Aisyah.. Last-last wat cheese tart jela senang sikit.... 

Khamis lepas aku amik cuti, nak baking kuih-kuih ni... Pagi-pagi pas subuh, teruslah on start wat projek kek pandan layer dengan snow cheesecake untuk celebrate birthday cik abang sekali. Kebetulan birthday hubby jatuh pada hari guru jugak... 






Kek Minyak marble.. Resepi ada kat entry ni...





Pandan layer cake untuk celebrate birthday Imran kat sekolah... Resepi ada kat sini..





Ni gift yang aku bagi kat cikgu-cikgu dan pembantu tadika... 







Resepi chesetart macam kat bawah ni dari website myresepi, tapi aku tukar dah sket:


oleh: haz_amonBlueberry Cheese Tart

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising (aku guna 30gm aje gula castor)
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar (aku guna kuningnya shj)
  • 240 gm tepung gandum - (aku guna 250gm)
  • 2 sudu besar air paip (aku tambah)
  • 1 st esen vanila (aku tambah)
  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon (aku guna esen vanila)
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. (Aku guna 170 C)
  2. Untuk membuat sweet pastry: 
  3. -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 170 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  4. Untuk membuat cheese filling:
  5.  -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  6. Isikan filling blueberry dulu. Pastu baru paipkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 160 C selama 10 minit atau filling tadi dah tak melekat bila disentuh. Jangan bakar lama sangat nanti dia merekah dah tak cantik.




Monday, May 11, 2015

Cream Puff

Assalamualaikum wbt...


Banyak betul makanan yang aku teringin nak makan.. Tapi yang kesiannya, sendiri nak makan, sendiri kena masak. bestnya tengok orang lain, boleh main order-order je..Huhu... Memandangkan zaman sekarang zaman Gst..Kenalah berjimat cermat...

Dua kali aku wat cream puff ni.. SEdap sangat kononnya...Yang kali pertama ni aku tak pakai piping bag pon.. Pakai sudu je... Tak ngedan-ngedan cari piping bag tu... Cari-cari tak jumpa.. Aku dah nak makan sangat... Haa ambikk aku dolop-dolopkan ajer...









Inti di aku sumbat banyak-banyak.. Sendiri nak makan kan....





Ni kali ke-dua, barulah aku guna piping bag... Ni sebab nak bawak ke pejabat.. Watlah senonoh sket... Aku bawak dengan pandan layer cake sekali...


Resepi aku dapat dari blog mamasya... aku copy semula kat sini.. Sedapnyer pandan layer cake aku ni, hihi...


Cream Puff Jagung 
Sumber , Zaliana, My Resepi 
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff ) 
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 
* 100 gm butter 
* 250 ml air 
* 1/2 sudu teh gula 
* 3 biji telur 


* Bahan-bahan untuk inti jagung 
* 1 cawan air 
* 1/2 cawan susu cair
 * 1 cawan jagung dalam tin 
* 1/2 cawan tepung kastad 
* 5 sudu besar gula 

Cara-cara 

cara untuk puff
 1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. 

2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer

 3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang

 4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. *- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25-30min min; 180'C (api atas bawah) 

5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung 

Cara-cara untuk inti 

1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap 

2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam puff.

KEK BUAH KUKUS

Assalamualaikum....

Kek buah ni lama dah buatnya.. Tapi entry ni terperam lama pulak.. Ingat dah publish... Jadi hari ni nak share kat sini.. Kot-kot lain kali nak buat lagi senang, refer je kat sini....
















Resepi dapat dari blog Mat Gebu... Aku kukus 3 jam je.. Malas nak tunggu lama-lama...

Cik Mat, mintak izin share resepi kat sini pulak ye...

Kek Buah Kukus
Resepi: Mat Gebu
Oleh: Dari Dapur Miza


BAHAN-BAHANNYA :-) 
375 g buah2an campuran (mix fruit)  - aku guna 250gm je
250 g mentega "Golden Churn" (aku guna Anchor)
300 g tepung gandum* 
1 camca teh sodium bicarbonate* 
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak) - (aku ganti dengan cuka)
3 biji telur gred A 
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar'
150 g gula pasir (untuk gula hangus) 
1/4 cawan badam keping (flakes almond) - aku tak isi
1 biji pala, diparut (nutmeg)  - aku tak isi
Ceri merah/hijau untuk hiasan - aku tak isi

 
CARA MEMBUATNYA :-) 

  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai....
















Agar-agar milo

Assalamualaikum...





Ni agar-agar yang aku buat sebagai bekal piknik masa kitorang satu family mandi manda kat Swiss Garden hujung minggu baru ni... Aku memang dah boleh bayangkan dah, kalau anak-anak buah aku yang ramai-ramai ni, jumpa geng-geng dia, mandi kolam pulak, konpem lepas mandi lapar masing-masing.. Jadi, aku siapkan bekal kuih bakar satu loyang dengan agar-agar ni satu tupperware besar tu.. Adik aku bawak nasi goreng satu bekas besar, kakak ipar aku bawak kek coklat, kek marble dengan jerukk.. Pastu kitorang topap dengan sandwich sardin lagi... Tu pun tak cukup.. Habis licin kena bedal... Pasni kena bawak seperiuk besar nasik dengan sardin bertin-tin plus telur sepapan jawabnya kalau nak g piknik lagi.. 

Resepi agar-agar ni simple je macam kat bawah. Aku follow je arahan pada belakang paket agar-agar tu, cuma modified sket-sket, agak-agak logik. Alhamdulillah nasib baik boleh dimakan, hehe...

Agar-agar Milo

Bahan-bahan

1 paket serbuk agar-agar Nona (yang tak berwarna)
1 tin susu cair
10 sudu makan serbuk Milo
2 sudu makan susu pekat manis
150 gram gula
900ml air

Cara:-

1. Isikan air dalam periuk, masukkan serbuk milo, susu pekat, susu cair dan gula. Kacau dulu supaya milo tak berketul-ketul.

2. Buka api, panaskan periuk. Masak samapai gula hancur dan air mendidih.

3. Dah didih, boleh tutup api, tuangkan dalam loyang, bila dah sejuk sikit boleh simpan dalam peti ais.

4. Siap!!..




Sunday, May 10, 2015

Bingka Pandan / Kuih Bakar Pandan

Assalamualaikum... 

Ni kali ke - 2 aku try wat kuih bakar ni. Yang first time dulu aku guna resepi dari mat gebu. Kali ni nak try resepi dari kak yatie memories.. Sedap.. Manis, lemak secukup rasa... Thank you sangat kak share resepi ni..

Sebab resepi ni dapat banyak, seloyang 8" tu, aku lak sekadar nak merasa... Jadi bahagi-bahagi ke rumah mak sikit, pastu bawak bekal ke opis dan opis suami.. Ada akak pejabat aku mintak resepi. Bila dia tengok betapa senangnya resepi ni, dia pon excited nak try.. Hehe..

Tapi resepi dia aku ada sikit tukarla.. Sebab stok santan kotak takde, yang ada santan serbuk je, pastu telur ada 2 biji je.. Aku bantaila guna mana yang ada.. Still sedap jugak..


Resepi: yatie memories
Sumber:dari dapur miza


Bahan- Bahan- (loyang 8x8inci, kalau guna acuan pecah 8-dpt 4 keping kuih)

1 cawan gula pasir
1 cawan jus pandan (Yatie kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan) - aku follow
2 1/4 cawan santan (1 cwn santan pekat, selebihnya tambah air)- aku guna 2 1/4 cawan air + 1 paket santan serbuk Kara
2 sudu besar mentega- cairkan dan sejukkan
2 cawan tepung gandum
3 biji telor - aku guna 2 biji je
1/2 sudu teh garam
pewarna hijau
bijan

Cara-Cara:-

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati kecuali bijan.
Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C guna api atas dan bawah sampai kuning/garing (Yatie bakar selama 1 jam 15 minit, kalau nak garing lagi guna api atas dlm 5 minit).



Donut Gebu Gebas

Wat semalam. Simple tapi hasilnya donut gebu gebas.. Pasni akan stick.dengan resepi ni nampaknya...

Resepi dpt dari fb.. Tapi dah lupe dari siapa.. Kalau ada yang rasa ni resepi dia, aku mintak share kat sini eh.. Rasa arini nak wat lagi... Nak stock up stock dalam ftozen. Senang agak-agak nak makan je boleh terus goreng..

Wednesday, May 6, 2015

Kek Lapis Simple

Assalamualaikum...

Nak share resepi kek lapis. Senang je resepi ni. Tak guna banyak telur.. Sebelum ni dah pernah wat kek lapis. Tapi dia terlampau kering. Yang ni sedang elok cuma lain kali kalo aku buat lagi aku nak tambah serikaya bagi dia lembap lagi... Aku guna loyang 7'' x 7" x 3". Bawah dan sekelilingnya digris. Cuma  bhgn bawah je lapik parchment paper. Tepi tak payah. Cukup dengan butter sekeliling ajer.. Satu lagi, resepi asal ni guna tepung gandum, tapi aku guna tepung hong kong. Tekstur kek jd lebih cantik. Betul tak tipu. Alang-alang lama nak melapis dan mengadap oven tu, biarlah hasilnya puas hati, kan??

Suhu aku guna 150c untuk lapisan mula-mula. Guna api atas dan bawah. Bakar selama 10-15 smpai dia nampak kekuningan. Lepas tu lapisan seterusnya, aku guna suhu yg sama. Tapi api atas je. Selama 8 minit. Untuk lapisan atas sekali aku guna api atas bawah, suhu 140c, 10 minit. Korang pandai-pandaila ejas suhu memasing. Jangan tinggal terus kalo blh doklah tepi oven tu tunggu, kot-kot ada lapisan yang terhangus kang, ada yang jadi hulk pulak.

Resepi kalo tak silap aku dapat dari fb Mama kent. Banyak resepi kek lapis sarawak yang sedap-sedap kat situ.

Resepi ni aku dah modified sket tapi taklah banyak tang derhaka tu. Nanti kalo tak jadi aku kabo orang yang share resepi tu tak ikhlas. Padahal aku yang memamdai-mandai tukar. Selain tepung hong kong menggantikan tepung gandum, horlicks aku isi dua peket je yg 3 in 1 tu. Apa yg ada kat pantry je. Pastu aku tambah dengan hawflakes setiap 4 lapisan.

Rasa dia, memang sedap. Tak manis sangat. Memang lepas ni aku nak buat lagi.








Resepi dari fb mama kent..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...