Lazada

Thursday, August 27, 2015

Kek Lapis Cempedak

Assalamualaikum wbt...


Akhirnya, lepas bersalin dapat jugak aku makan kek lapis cempedak yang menjadi idaman sejak dari awal pregnant ni.. Malang sikit sebab mengidamkan buah cempedak di luar musim.. Sampai dah bersalin pun masih tak dapat makan.. Bila baby kuar je dari labour room, berjejeh air liur dia.. Sian pulak.. Tu yang usahakan cari jugak buah ni sampai jumpa...


Punca utama terjebak nak makan kek ni lepas nampak kat ig Kak Rima.. Hurm... baker hebat cam dia kan.. Daripada aku kurang suka makan cempedak, sampai boleh jadi mengidam.. Hebat betul.. Lagi satu, tak pernah aku terfikir pon cempedak ni boleh wat kek lapis.. Ke aku sorang je yang katak bawah tempurung?

Memang rasa kek ni amatlah sedap.. Lapisan dia amat-amatlah moist... Dengan bau harum semerbak cempedak, dan harum butter tu...  Perghh.. Memang betul-betul puas hati.. Tak sia-sia aku guna 20 biji telur, dan  2 ketul butter walaupun mula-mula takut tak menjadi.. Berbaloi aku habiskan 3 hari nak buat kek ni aje... Kalo orang lain sehari je dah boleh siap. Tapi sebab sekarang ada baby kecik ni payahlah sikit nak baking ikut suka macam dulu... 1 hari aku peruntukkan untuk buat puree. 1 hari lagi untuk bancuh adunan. Dan 1 hari lagi untuk melapis.. Dapatlah bagi sikit-sikit kat adik beradik dengan umah mak...







Janganlah dibandingkan kek lapis aku dengan bro Rozzan, Sis Rima dengan Syafiq punya... Walaupun rupa kek aku ni kurang cantik, hahah.. Tapi percayalah, rasanya memang marbelesss.. 

Resepi asalnya dari bro Rozzan, yang hebat melapis tu.. Pastu kak Rima pon ada buat jugak.. Yang aku follow ni resepi dari Syapex. Since dia mention kek ni agak manis, so aku kurangkan gula dekat puree tu. Separuh aku kurangkan... So, kalo yang nak try buat tu, silakan resepi kat bawah...



KEK LAPIS CEMPEDAK
C&P : Bro Rozzan

Sumber: Syapex
Hasil skodeng hari-hari kat ig: Bisousatoi (Kak Rima)
Tested by : Miza

Bahan A :
-500g mentega (aku guna 1 ketul butterlite, 1 ketul anchor - cheapskate hih3)
-4 sudu besar susu pekat manis
-1 sudu teh esen cempedak - (optional, aku tak isi)
-1 sudu teh esen vanilla
(Pukul semua bahan di atas dgn high speed)

Bahan B :
-20 kuning telur
-5 putih telur
-270 gm gula kaster (halus)
-1 sudu besar ovallete
-120 gm tepung Hong Kong/ Top
-20 gm tepung susu
-150 gm puree cempedak*

*Bahan Utk Puree :
-600 gm isi cempedak (dibuang biji)
-220 gm gula kaster/halus (aku guna 100gm aje)
-220 ml air
(Campurkan semua bahan dan kisar halus. Masak sebentar di atas api sehingga pekat. Dikacau2 selalu agar tidak hangit)

Cara-Cara

  1. Pukul telur, gula kaster, ovalette di dalam mangkuk mixer dgn high speed sehingga kembang dan pekat.
  2. Kemudian, masukkan Bahan A ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata. 
  3. Seterusnya, bubuh tepung HK dan tepung susu, sedikit demi sedikit lalu dikacau rata.
  4. Akhir sekali bubuh 150 gm puree cempedak. Kacau lagi hingga sebati.
  5. Sediakan loyang kek berukuran 10x7 atau 8x8. Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing dan gris kan di sekelilingnya.
  6. Kemudian mulalah membakar/melapis kek di dalam oven dgn suhu 170-180 darjah Celsius.
  7. Utk lapisan pertama, bakarlah dgn menggunakan api atas dan bawah sekitar 5 minit dan kemudian tukarkan kepada api atas (grill) saja dan terus membakar sehingga kekuningan.
  8. Bakar lapisan kedua seperti biasa sehingga masak. Kemudian bubuh 2-3 sudu besar puree cempedak ke atas lapisan kedua yg dah masak tu lalu ratakan. Bakar hingga cempedak betul2 kering.
  9. Kemudian buatlah lapisan seterusnya. Setiap dua lapis baru dibubuh lapisan puree cempedak. Buat begini sehingga selesai adunan.
  10. Setelah lapisan terakhir dibakar, kecilkan suhu oven kpd 130-140 dan buka semula api atas bawah lalu bakar selama 10-15 minit sehingga kek masak rata.



NOTA :

Utk menambah rasa lebih lemak kpd kek, anda bolehlah sapukan mentega cair di permukaan setiap lapisan kek yg plain (tanpa cempedak).
Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk bujur adunan. Kalau rajin, bolehlah dibubuh puree cempedak pada setiap lapisan kek...







Setiap 3 lapisan aku isi puree cempedak tu..









Untuk hasil terbaik gunakan pure butter.



Wednesday, August 26, 2015

Review Breast Pump Lacte Solo

Assalamualaikum wbt...

Hai, bersua kita dalam segmen baru di blog ini, iaitu slot, 'Bertabahlah mama'.. Slot ini akan  memaparkan ketabahan hati seorang ibu dalam membesarkan anak-anak (chewaaah, tabah sangat la).. 

Untuk Hannah, aku berazam nak exclusive bf jugak macam si kakak.. Aisyah bf sampai umur berapaaaa??? Sampai 4 tahun ko... Nak bangga ke malu ni??Adoiii.... Hannah ni at least, koman-koman sampai 6 bulan la harap-harapnya aku dapat bf dia, tanpa campur susu formula, InsyaAllah... Doakanlah ye..

Pencarian pam susu ni bermula selepas bersalin, sebab sebelum bersalin aku tak rasa  macam satu keperluan pun.. Tapi ditakdirkan Hannah ni bukan macam si kakak, yang kerjanya menyusu ajer.. Cik b rasa bengkak bila dia asik tido je.. Puas kejutkan tapi lena sangat.. Dari satu segi memanglah best.. Sebab boleh relax.. Tapi bila dah sakit barulah kelam kabut aku mencari pam. Suruh hubby beli pam manual kat tunas manja.. Pam pureen... Dalam rm50+ gitu harga dia.. Tapi bila pakai sakit.. Last-last perah guna tangan je...

Aku lemah betul bila part nak membeli pam ni.. Sebleum ni dah 2 kali dah aku beli. 1st masa Aisyah dulu, beli pam snowbear elektrik. Dalam rm200 harganya..  Suction dia sakit sampai melecet.. Gila ah serik aku nak guna sudahnya... Yang tahun 2010 punya snowbear bukan yang sekarang. Sekarang dia dah kuar model baru, aku tengok ramai yang pakai n ramai yang bagi feedback ok.. Pastu terjebak lak ngan member pejabat masa tu yang ajak beli pam medela manual.. yg ni tak igt dah harga berapa, dekat rm160+ - rm200 dah lupa.. Beli online.. Suction memang best, tapi masa tu Aisyah pon dah dekat 2 tahun, direct bf je.. So aku simpanlah untuk adiknya.. Simpan punya simpan dalam setor, sampailah jadi tukun. Bila masa aku nak guna, tukun ni dah berhabuk, plus ada telur lipas.. Ewww.. gelilah.. Hubby aku memang tak bagi lah guna kalo dah sampai gitu.. 

Puas aku survey, google punya google.. Pam macam medela ngan spectra tu memang sedia maklum dah kewujudannya.. Tapi sebab harga dia tu mahal macam bedil, aku hold dulu.. Nasib baik terjumpa kat page fb pumpontgego.. Banyak gila brand breastpump yang aku tak pernah dengar. Almaklum anak yang sulung dah 5 tahun.. Brand macam malish, autumz, lacte harga berpatutan dan feedback dia pn bagus.. Kebetulan aku jumpa fb page kedai kat Kuantan,  Mothers First Choice yang jual macam-macam jenis pam susu dan barang-barang baby. Kedai dia dekat Inderasempurna.. Apa lagi, ajak le cik abang pergi. Dalam pantang tu gigih aku buat lawatan ke situ.. Walaupun tokwan hadiahkan sekarung bebelan.. Demi anak, kutabahkan telinga ki3...

Sampai-sampai kat kedai, jadi mamun kejap.. Apa taknya, banyak gila brand bp yang ada.. Yang double, single.. Botol susu pon macam-macam jenis.. Pastu harga dia lagi murah dari Manjaku... fikir punya fikir, last-last aku amik Lacte Solo je.. Sebab itu yang paling murah.. RM230 plus gift macam cooler bag, storage bag.. Takut jugak amik yang mahal-mahal memandangkan ada peel hangat-hangat tahi ayam. Nauzubillahiminzalik.. Kuatkanlah semangatku ya Allah...





Review?  Aku suka pam ni.. Sampai rasa menyesal gilerrrrrrrrs sebab tak amik yang double terus, Lacte duet.. Kenapa??? Sebab aku pernah pakai medela harmony. Suction dia tak sakit.. Suction Lacte ni sama macam medela jugak.. Tak sakit... Dia ada 4 button. 1 untuk on dan off. Pastu 1 button untuk pause. Kalo kita tengah pam, nak betulkan kedudukannya, boleh pause, takyah on off dulu.. Pastu button + dan - untuk tambah atau kurangkan tahap sedutan. Ada 5 tahap,   Biasa aku on sampai level 5 tu terus. Panjang sket suction dia...




Aku pam 3 kali sehari, pagi kul 10, pastu 12.30 tengahari dan petang kul 4... Satu sesi dalam 30 minit... Kalu beli pam double satu hari kat ofis dah dapat 6 botol, rugi beli yang single kalo working mom.. Pas abis pam, labelkan tarikh pam dan nama supaya tak bertukar kat rumah pengasuh..





Guna power bank senang sikit bila nak pam kat mana-mana.. Pam ni boleh guna bateri, elektrik dan powerbank. Tiga-tiga cara aku dah try... Pakai bateri memang paling mudah sebab dah tak payah bawak powerbank atau plug. Tapi bila bateri tu dah slow, kuasa suction dia pon slow.. Jadi kena tukar bateri lain pulak.. Kalo guna elektrik memang power suction dia sekata.. Boleh relax je sambil berfesbuk... Tapi kalau kat umah je aku guna plug. Kat ofis aku prefer guna powerbank. Sebab takut kena karen kat opis, hihi.... Nauzubillahiminzalik..

So,  setiap hari, inilah beg yang dipikul ke opis.. Dah macam bawak tong coleman je huhu... Ni kaler Aisyah la yang pilih. Puas bertekak, si mak nak pink. Dia nak biru.. Frozen katanya. Hek elehhh, lebih-lebih pulak.. Macamkan dia yang nak pumping.. Last-last amiklah jugak yang ni... Compartment atas aku isi power bank dengan pam.






Compartment bawah isi storage bottles, ice pack dengan corong dia.. Zipkan kemas-kemas.. Dalam kete, aircond memang pasang yang paling tinggi... Balik kerja, hati senang, sebab dah pam kat opis.. Stok arini biasanya aku bawak ke umah pengasuh keesokkannya.. Kat pejabat ada peti sejuk tapi bau macam-macam dah so better aku simpan dalam cooler bag je. Letak dalam aircond inshaAllah sampai umah masih ok.. Sampai rumah je terus simpan dalam chiller. Satu botol aku letak dalam freezer.. Bila kat rumah, biasanya Hannah bagi df je.. Sian dia sebab dah seharian ngan botol..

 Semoga dimurahkan rezeki anakku.. Bukan mudah tau nk bf ni.. Memang kena fully support dari family, bos, kawan-kawan, dan pengasuh jugak.. Semoga aku terus istiqomah dalam memberi yang terbaik untuk anakku cayang..

Monday, June 1, 2015

Cuti panjang bermula

Assalamualaikum...
Yeayy akhirnya cuti panjangku dah bermula... Termasuklah cuti memasak... Lambat lagilah nak post resepi-resepi kat sini nampaknya...

Due date bersalin pada 6.6.15 tapi aku amik cuti awal dua minggu. Sebab contraction dah start rasa dari minggu ke 36 lgi.. Takut jugak terbersalin tgh2 perjalanan ke ofis karang..
Jadinya start minggu ke 38, Isnin, 25hb 5 tu aku dah start cuti.  Pagi tu dah start sakit tapi aku masih boleh lagi pergi amik dan hantar aisyah gi sekolah.. Petang rabu 27hb aku rasa sakit sangat jadi aku suh cik abg hantarkan ke hospital. Kain baju aku tak bawak sebab rasa macam tak kena warded. Tanda-tanda lain takde kecuali sakit perut yang teramat sangat.. Sampai je htaa, dah siap register, check tekanan darah semua.. Datang sorang doktor lelaki (aku tak sure doktor pelatih kot) datang amik buku aku sambil tanya-tanya history dalam buku tu. Aku ni dahla tengah sakit perut, lagi nak kena soal siasat macam tu, rasa nak lempang orang je.. Tapi yela.. Doktor tu cuma wat keje dia..


Tak lama lepas tu, dia panggil untuk check jalan.. Ah sudah, dengan dia ke? Cuak sebab aku dahlah tak pernah check2 jalan ni.. Masa Aisyah dulu  xdan nak rasa sakit apa-apa, baru nak masuk 37w terus je masuk ot takde cakap banyak.. Nasib baik ada sorang lagi doktor pempuan muda masa check tu. Yang tak bestnya, kena 2 kali. Dah 2 doktor kan. Kalo ada 10 doktor masa tu agaknya 10 kali lah aku kena check jalan. Nasiblah bersalin kat GH ni.. Macam bahan eksperimen pulak jadinya..


Bila doktor2 tu check, katanya bukaan dah 2cm, aku dalam percaya tak percaya je.. Yeke ni dah bukak 2cm? Pas wat ctg..Scan semua.. Datang sorang lagi doktor cina. Yang ni senior sket. Tak taulah doktor pakar ke apa.. Pas bagi penjelasa  sket-sket dia bagitau aku boleh balik dulu sebab tanda-tanda yang lain masih belum ada lagi. Aku pun suka senornya dapat balik. Malas nak dok hospital lama-lama... Aku pun baliklah umah semula... Tapi malam tu sakit perut toksah cakaplah.. Macam kena perah-perah.. Tak boleh nak tido.. Pagi esoknya 28hb 5, check in la semula aku kat hospital. Kali ni doktor tak bagi balik dah sebab dah 2 kali datang. Aku pon takmo balik sebab risau terbersalin kat umah.. Petang tu mak dengan adik aku datang anto makanan. Mak siap bawak ikan panggang sebab dia ingat aku dah bersalin.. T____*.. Hehe comel je.. Masa mak sampai tu contraction memang kuat.. Setiap 5 minit sekali rasa sakit macam senggugut tu.. Tapi 20 kali lagi sakitnya.. Baru aku nak suap nasi, datang sakit... Stop sekejap. Bila dah kurang sakit, cepat-cepat makan...  Bolehla mak tolong urut-urut belakang badan.. Rasa kurang skit tu.. Malam tu bila mak, adik dengan suami dah balik, haaa menangislah aku sorang-sorang.. Dalam bilik air pon nangis... Sakitnya contraction tu Allah je yang tau.. Dalam kul 12.00 malam tu aku tak tahan, dengan berjalan terbongkok-bongkok aku gi kaunter nurse mintak pain killer. Dorang macam keberatan tapi aku berkeras jugak nak.. Last dorang check bukaan aku 1cm masa kul 12mlm tu. Jadinya aku pikir, 1cm nak ke 10 cm tu lama lagi. Rasa sakit separuh nyawa dah ni.. Konpem tak boleh tido.. Jeles betul tengok orang lain boleh tido lena. Yang depan katil aku siap bukak youtube nyanyi lagu kpop lagi!


Last-last datang jgk nurse cucuk painkiller tu. Lega rasanya... Barulah boleh tido.. Contraction tu masih rasa tapi kuranglah sikit sakit tu.. Sedar-sedar orang dah azan Subuh... Masa tu dah rasa sakit semula.. Aku nak gi mandi tapi sakit, aku duduk je kat kerusi..nak berjalan pon tak larat... Duduklah meratapi nasib kat situ.. Sambil baca zikir nabi Yunus dan nabi Adam.. Rasa lega sikit. Tak berapa lama, dah capai towel dengan mandian, datang 2-3 orang nurse.. Nak wat ctg dengan amik bp.. Ok..  Dorang dok tanya aku sakit sangat ke..? Adoiii... Kalo tak sakit taklah aku ada kat sini.. Pas dorang gi tu, datang pulak doktor muda melayu wat round.. Aku kenal doktor ni sebab dulu mak dia duduk dekat umah mak aku. Tapi dalam keadaan sakit tu, takde maknanya aku nak berkenalan bagai.. Aku boleh bagitau dia, "doktor, tolonglah, saya nak czer... Sakit sangat ni..." "sabar puan, sakit nak bersalin memang macam ni... Sopan je dia jwp.. Tapi bukan tu jawapan yang aku nak dengar masa tu, haha.. Pastu dia blah.. Malas kot nak layan patient tengah sakit mengarut... Pastu datang sorang nurse, dengan nurse ni pon aku cakap benda yang sama. Masih lagi jawapan yang aku takmo dengar.. "Yang ni kena tanya doktor dulu puan, saya tak boleh buat keputusan... Adoiii... Rasa bersalin czer senang. Takyah sakit-sakit... Bius je.. Pastu belah... Pastu dapat baby.. Cuma time pantang yang tak besh...


Pas nurse tu pergi, tetibe aku rasa macam ada lendir je kat bawah.. Ah sudah nak beranak dah ke aku ni? Terus aku jerit panggil nurse.. Nak capai button merah tak sampai pulak tangan. Orang sebelah pon tolong jeritkan sekali hihi kelakor bila diingat balik..


Datang sorang doktor pempuan muda india.. Bila dia check katanya tu tanda nak bersalin dan dia nak check jalan. Baru je dia nak check jalan, tiba-tiba... Dushhh.. Rasa macam air pecah... Aku panik dah masa ni... ''Apa tu doktor"? Doktor kata, takpe... puan relax ye... Takpe basah nanti salin kain lain. Dia pon seluk bukaan.. "Ooh puan, dah 10cm ni.."


Bukan akulah kalo tak panik. Aku pun watlah kalut aku masa tu. "Haaa? 10cm dah doktor? Macam mana ni??? "Relax puan, puan jangan panik. Kita akan sediakan labour room utk puan bersalin."


Dalam kepala aku masa tu, dahlah aku tak mandi lagi.. Suami tak sampai lagi.. Tak makan minum lagi.. Guane nak beranak ni?? Ada tenaga tak nak meneran nanti...?? Nasib baik ada standby kurma dengan air masak kat sebelah.. Cepat-cepat aku capai.. Danlah makan 2 biji kurma dengan beberapa teguk air masak.. Pastu sempat telefon suami je bgtau dah bukak 10cm.. Takdan nak call mak sebab dorang dah ready nak bawak ke labour room. Cepat sangat.. Telefon pon aku tawakal je tinggal atas kabinet tu..

Sekejap je, dalam kul 8pg tu disorong ke labour room.. Sambil disorong tu, aku terdengar jugak ada nurse cakap, "eh, bukan dia baru bukak 1cm ke malam tadi?" Kelakar tak masa siang doktor check bukaan aku 2cm, bila malamnya bukaan jadi 1cm?? Aku tak belajar medik, jadi tak taulah..

Sampai dalam labour room, disuruh pindah katil.. Pulokk.. Pastu salin kain... Ok lagi.. Pastu suruh aku salin baju. Masa ni aku tak dengar dah.. Dah sakit sangat dah... Baju aku tak salin pon.. Ada jugak sorang lelaki dalam tu. Doktor kot.. Dalam hati, alahai ada jugak ke lelaki.. Kan best kalo boleh request nk pempuan semua.. Nak wat camne.. Bila dah sakit tu, redha jela.. Yang lelaki tu cucuk untuk masuk drip. Nurse lak dah bagi warning jangan teran lagi.. Bila nurse cakap cam tu, terus je aku teran.. Haha.. Psikologi manusia... Makin ditegah, yang tulah dibuantnya.. 2-3 kali jugaklah aku try push.. Baru baby kuar... 

Alhamdulillah lega akhirnya dapat juga merasa nikmat bersalin normal. Bila baby dah kuar tu rasa hilang sakit.. Actually, masa teran tu aku tak rasa sakit pon, sebab sakit contraction mengatasi sakit beranak.. Pukul 8.16pg Jumaat 29hb 5, lahirlah puteri kami yg ke-2, dengan berat 3.025kg.. Ingatkan dah lega, rupanya kena jahit pulak... Adoiii... Aku tak tahu jahit berapa jahitan.. Sebab nurse tu kabo dia jahit sikit je belah dalam. Belah luar tak jahit.. Syukur jugak sebab aku takde kena gunting bagai... Bila dah setel semua, kami pon disorong ke wad luar.. Petang tu jugak boleh discaj. Syukur Alhamdulillah semua dipermudahkan.. Bila diingatkan semula, nasib baiklah doktor dengan nurse tu tak layan permintaan aku untuk czer.. Kalo tak, tak merasa kesakitan bersalin biasa. Paling penting, berpantang untuk orang czer tak sama macam bersalin normal. Tak boleh nak berurut, bertungku, berbengkung bagai... Tak best..


Saja snap gambo katil ni.. Teringat kesakitan masa tu..






Terima kasih mak, yang sentiasa ada di sisi di waktu anakmu susah dan senang.. Tak berbalas semua jasa-jasa mak dari dulu sampai bila-bila.. Ok, dah gerimis nampaknya... 





Fresh from the womb



Air liur tu...Sian dia...






Tokwan dengan cucu ke - 12





Aisyah dah dapat adik.. You are now officially a kakak!  Yeay!!






Saturday, May 16, 2015

Pau Ayam Gebu

Assalamualaikum...

Pagi tadi terjaga kul 4.00.. Masa aku bangun, Aisyah pun dah terjaga jugak.. Terus dia minta susu.. Bila dah bangun tu, nak tido balik memang susah.. Pusing kiri, tak kena, pusing kanan tak lena.. Last-last aku ajak dia tengok tv kat luar.. Pastu aku ke dapur.. Mikir nak masak apa... Tengok dalam peti ais banyak lagi stok ayam tak berabis.. Tinggg!! Idea datang suh wat pau...

Google punya google resepi, aku tertarik dengan pau kat blog www.sumarz.com ni.. Sebab sukatan dia sikit je.. Pastu dia guna sukatan cawan dan dalam gram.. Senang la kan kalo xde kitchen scale boleh guna sukatan cawan/sudu..
Cari bahan-bahan nasib baik semua ada... Untuk inti dia aku wat 2 jenis. Satu kari ayam kentang. Satu lagi inti kaya untuk Aisyah.. Aku guna kaya yang high 5 tu je senang kije... So aku copy balik resepi ni...

Pau Lembut
Resepi : Kak Ton@myResepi.com
Sumber : Tun - Life is a constant battle
Sumber : mas

Bahan-bahan :
250g @ 2 1/2 cawan tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh )- aku guna tepung hong kong balance wat kek lapis aritu
3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
50g @ 4 sudu makan - gula castor
 20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening )
2g @ 1 sudu teh - bread softener - tak letak
1/2 cawan air suam

Cara :
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.

Bahagikan doh kepada 10 bahagian.Masukkan inti dan tutup kemas.Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.Untuk inti :
bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.Untuk mengukus :
Didihkan air didalam periuk pengukus. 
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. 
Kukus pau selama 10 minit.

Tips :
Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya. Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..

Inti ayam:

3-4 ketul dada ayam, dipotong dadu halus
3 biji kentang dipotong dadu
1/2 biji bawang besar, didadu
1cm halia ditumbuk halus
2 biji bawang putih diketuk
1/2 paket serbuk kari daging
2 sb sos tiram
Garam gula secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.sampai naik bau. Masukkan rempah kari. Biar garing sikit.

2. Masukkan ayam dan kentang. Masukkan air sikit. Biar sampai ayam dan kentang empuk dan air kering. Masukkan perasa.

3. Biarkan sejuk sebelum dibuat inti.

Friday, May 15, 2015

Kek Minyak Marble

Assalamualaikum..

Ni antara kek yang aku bawak ke tadika Aisyah pagi tadi.. Sempena hari guru merangkap sambutan birthday budak-budak kat situ.. Cikgu suh mak bapak bawak kuih serba sikit... Aisey kalo cikgu cakap awal seminggu senang sikit.. Banyak mende boleh dibuat.. Tapi baru dapat info semalam.. Tak banyak la yang boleh aku plan dalam masa sehari ni...

Kek ni pun aku buat kul 6 pagi tadi. Pas subuh... Dengan nak bergegas gi ofis lagi.. Fuhh memang gilerr.. Sebab malam tadi aku penat sangat... Tak larat nak berjaga dan terpaksa masuk tido awal... Nasib baik kek ni siap dalam kul 7.00 pg.. Sempatlah bawak ke tadika...

Resepi aku amik dari blog azie kitchen.. Tapi aku ada ubah sikit-sikit sebab barang yang ada kat dapur aku tak cukup syarat..huaaa... Tapi kek ni memang lembut dan sedap... Senang kije pasni kalo ada potluck kat opis takyah bawak cheesecake.. Bawak kek minyak ni ajer hikhik..

Kek Minyak Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster (aku guna 1 1/4 cawan gula sebab susu pekat tak cukup. Tapi aku kurangkan sikit)
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat - (aku guna 1/4 cawan)
1 sudu besar ovallate- (aku guna 1/2 sudu besar ajer, ovelatte abis)
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan hijau

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. (Aku tak timbang pon. Agak2 je) Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.

Bakar hingga masak pada suhu 170C selama 50 minit atau sehingga masak. Saya bakar selama 40 minit sahaja. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan. (Aku ikut azie bakar 40minit je)



Selamat Hari Guru



Assalamualaikum wbt...

Ni kisah minggu lepas... Rasa sangat excited sangat nak sambut Hari Guru kali ni... Puas memikir hadiah apalah yang nak dibagi kat cikgu-cikgu tadika Aisyah.. Last-last wat cheese tart jela senang sikit.... 

Khamis lepas aku amik cuti, nak baking kuih-kuih ni... Pagi-pagi pas subuh, teruslah on start wat projek kek pandan layer dengan snow cheesecake untuk celebrate birthday cik abang sekali. Kebetulan birthday hubby jatuh pada hari guru jugak... 






Kek Minyak marble.. Resepi ada kat entry ni...





Pandan layer cake untuk celebrate birthday Imran kat sekolah... Resepi ada kat sini..





Ni gift yang aku bagi kat cikgu-cikgu dan pembantu tadika... 







Resepi chesetart macam kat bawah ni dari website myresepi, tapi aku tukar dah sket:


oleh: haz_amonBlueberry Cheese Tart

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • Bahan untuk Sweet Pastry:-
  • 125 gm mentega / margerin
  • 60 gm gula aising (aku guna 30gm aje gula castor)
  • 1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar (aku guna kuningnya shj)
  • 240 gm tepung gandum - (aku guna 250gm)
  • 2 sudu besar air paip (aku tambah)
  • 1 st esen vanila (aku tambah)
  • Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula aising
  • 20 gm mentega (lembutkan)
  • 1/2 sudu besar perahan lemon (aku guna esen vanila)
  • 1 biji telur (gred B)
  • Blueberry pie filling

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. (Aku guna 170 C)
  2. Untuk membuat sweet pastry: 
  3. -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 170 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  4. Untuk membuat cheese filling:
  5.  -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  6. Isikan filling blueberry dulu. Pastu baru paipkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan ke dalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 160 C selama 10 minit atau filling tadi dah tak melekat bila disentuh. Jangan bakar lama sangat nanti dia merekah dah tak cantik.




Monday, May 11, 2015

Cream Puff

Assalamualaikum wbt...


Banyak betul makanan yang aku teringin nak makan.. Tapi yang kesiannya, sendiri nak makan, sendiri kena masak. bestnya tengok orang lain, boleh main order-order je..Huhu... Memandangkan zaman sekarang zaman Gst..Kenalah berjimat cermat...

Dua kali aku wat cream puff ni.. SEdap sangat kononnya...Yang kali pertama ni aku tak pakai piping bag pon.. Pakai sudu je... Tak ngedan-ngedan cari piping bag tu... Cari-cari tak jumpa.. Aku dah nak makan sangat... Haa ambikk aku dolop-dolopkan ajer...









Inti di aku sumbat banyak-banyak.. Sendiri nak makan kan....





Ni kali ke-dua, barulah aku guna piping bag... Ni sebab nak bawak ke pejabat.. Watlah senonoh sket... Aku bawak dengan pandan layer cake sekali...


Resepi aku dapat dari blog mamasya... aku copy semula kat sini.. Sedapnyer pandan layer cake aku ni, hihi...


Cream Puff Jagung 
Sumber , Zaliana, My Resepi 
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff ) 
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 
* 100 gm butter 
* 250 ml air 
* 1/2 sudu teh gula 
* 3 biji telur 


* Bahan-bahan untuk inti jagung 
* 1 cawan air 
* 1/2 cawan susu cair
 * 1 cawan jagung dalam tin 
* 1/2 cawan tepung kastad 
* 5 sudu besar gula 

Cara-cara 

cara untuk puff
 1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. 

2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer

 3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang

 4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. *- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25-30min min; 180'C (api atas bawah) 

5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung 

Cara-cara untuk inti 

1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap 

2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam puff.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...